Tuesday, July 18, 2006

cik siti kita

mm, arini semua surat khabar tanpa kecuali letak gambo ct + datuk sebagai front page. mmm, ish dasat gak siti ni. tu baru announcement. pak lah buat press conference pon tak live. mesti rating tinggi kol 12 semalam walaupon waktu tu keje.

mmm, byk mende bermain di pikiran aku. hebat sangatkah siti tuh? aku bukan nafikan sumbangan dia (actually x leh clarify jugak apa sumbnagan dia pada negara bangsa dan agama), , tapi aku confuse....frankly speaking la, siti ni suara dia memang sedap, aku minat, memang gifted . semua org keep talking pasal dia, termasuk aku jugak dan jgn surprise lecturer2 kat jabatan aku jugak.

Firstly, aku tak berkenan. chewahh, tapisiapa kita nak cakap byk2 . dia nak kawin bukan kita. perkahwinan dia x beri impact pon pada kita. dia dpt rete, kita x de dpt apa pon. tapi aku terpikir apakah perasaan bekas isteri ( ye ke?) dan anak2 datok k. walaupon aku x pernah alami dlm kehidupan tetapi sebagai seorang wanita, betapa hancur luluh hati melihatlelaki itu bersanding dengan begitu elegant nya di samping ' si dia yg hampir sebaya dgn anak dia. mmm, hubby aku tuh dlm x suka pon komen gak.
"yelah takut wedding of d year , tapi nanti cerai of the year. tapi kita ni doakan yang baik2 jelah kan....lagipon dia bercerai hidup , isteri dia bukan x cantik, malah kaya jugak,
aku pon tanye, "cantik ke bang", yelah aku x penah tengok bini dia
hubby: perepmpuan semua cantik, maknanya x delah senget benget ke apa
hubby lagi: dalam perkahwinan ni kena ada pengorbanan (chewah dia start ceramah tuh), bukan sekadar nak kawin jek
aku: eh, bang abang kawin ngan elly apa yg abang dah korbankan?
hubby : senyap jek....

aku cukup takut bila melihat majlis kahwin yang beria2 sgt nih. dlm islam pon x nak over2. Yang paling penting ialah keberkatan, lepas beberapa bulan org pon dah lupa betapa grand majlis kita tuh. la ni aku tengok org kawin macam nak perabih duit. kadang tu aku tengok x de le kaya sgt tapi siap ngan cameraman profesional, gambor studio semua, pelamin ribu riban gak. aku kawin pon ada gak pelamin tapi pelamin aku macam backdrop program jek. hehehehewalaupon dlm hati aku teringin gak nak bertukar2 naju , kejap punjabi , kang kejap jawalah, heheeh tapi angan2 jek....tapi sampia la ni aku teringin nak pakai naju gowm putih tuh, kain kembang2 gitu...heheheh. rasanya kalau aku ada lebih duit yang tak tau nak buat apa lagi selepas bersedeqah sana sini, aku teringin nak pakai baju2 kawin tu semua, amik gambo studio, make up2 semua...wah!! tapi muat ke baju2 tu utk aku? hehehehe

dulu aku selalu menilai lelaki hemsem mesti nak cari pompuan lawa . tapi percayalah, lawa itu x menjamin kebahagiaan. Byk sgt contoh kalau nak bagi. ahh u all pon tau. bila dah kawin, yang dipandang suami adalah kasih sayang dan tanggungjawab. kalau muka cantik, comel tapi cakap ngan suami tengking2 pon, skait ati jugakkan. aku ada kwn, laki dia hemsem , putih lepak, aku gi umah dia, ada la pompuan sambut, aku ingat maid dia. memang gelap. tapi rupa2nya wife dia. ish, sib baik aku tak terkuar mulut tanya mana wife dia atau terpanggil bibik ke ish!!. tapi bila aku tengok cara wife dia layan anak2, dan family, subhannallah, sungguh soft dan baik sekali. sesungguhnya dia telah membuat pilihan yang sgt tepat. macam aku gak, heheeh aku rasa aku ni ketegori gempal2 gitu (please bukan gemuk, heheh) , aku ingta x de le lelaki minat kat aku, tapi rupanya ramai wei...heheenanti aku buat entry khas kisah2 yang tersebut. tapi husband aku yang yang kurus murus tuh memilih aku, heehehehe

tapi yang aku tak berkenan tuh, bila ada kes cerai berai, alasan nye dah x de jodoh. padahal kita sendiri sebenarnya yang sepatutnya mengubah nasib kita. aku cukup takut bila orag permudahkan cerai2 nih. "alah....cerai jelah, x sefahaman, ada jodoh kang kawin lain"...amboi2...ambik mudah nyer....

kesimpulannya, walau siapapon kita kawin, lawa ke tak, kaya ke tak, perkahwinan itu perjuanagn bukan PERJUDIAN yang boleh kita gamble gitu2 jek. moga mahligai aku dan suami terpelihara , hidup dalam mawaddah dan rahmah sepanjang hayat....

Tuesday, July 11, 2006

gambar2 BTN

baru pagi ni dapat gambo dari Kak La nottingham....

Dari kiri pakai spec tuh, syafizal (lecturer UPM), tipah (angkat 2 tgn tuh), jenny (seluar pink), aku (yg cekak pinggang tuh, eiii comotnyer), ashwaq (tudung pink, dipanggil ustazah barbie), kak fuziah (baju merah, dr. veterinar), fauzi (bawak beg) azlimin (seluar itam, bomba)



just tambhan Kak La, yg gambo dia x de kat atas sebab tukang amik gambo.....

Rindu u all semua.....

Monday, July 10, 2006

akhirnye mimpi ngeri itu...

akhirnye igauan ngeri aku menjadi kenyataan. baru tadi aku dapat result ielts. sakit jiwa aku tengok. aku dah agak aku tak boleh score speaking. tapi terkujat gak reading aku score 7.5. listening aku 5.5, eeeei teruknye. akhirnya aku hanya dapat 6.0 sahaja. Hancus harapan aku utk dapat 6.5. sedih + nak nagis+ geram+ nyampah+ nak tumbuk orang...segala macam rasa.

First, mesti call hubby punye. ku luahkan rasa hati nan luluh ini. aku rasa aku dah buat yang terbaik. tapi nampaknya bukan rezeki aku tapi rezeki IDP itu utk dapat lagi RM510. Hnagin betul rasa. interviewer aku tu macam x ikut standard jek, patutnye taney le simple2 dulu waktu mula, hobi ke, family ke, ni taney nama pastu terus tanye soalan bla....macam yang aku citer kat entry IELTS dululah...aku dah agak dah...kalau org mesia ni kedekut markah sket. $&^%(*^&)(*

bad mood nyer rasa, nak buat kerje rasa geram. macam ni rasanya bila gagal...tapi bila ingatkan balik, bukan aku sorang je kena repeat. ramai kengkawan aku pon repeat, so, aku pon telling to myself la, aku ni tak le teruk bebenor....ada yang amik lebih dari 3 kali pon ada.

La ni dok pujuk hati nan lara. ada lah hikmahnye. mungkin ALLAH x nak aku riak dan takabbur, hehehe yelah, mana tau bila dpt result , rasa cam bagus konon. aku pon la ni tengah dok pulun posa ganti nan BANYAK itu. sempat ke aku ni. entahlah, cuba jugak. aku pon pesan kat husband posa sunat + solat hajat utk aku. aku pon dah lama tak amik exam. lagipon masa aku amik cam kelam kabut, denagn penat nyer. pastu busy ngan BTN dan LO, asik ada workshop jek, memang kurang fokus . chewaah, konon nak bagi alasan la ni...hehehe. nak sedapkan hati...

so, ku tekad dalam hati. gagal itu satu CABARAN dan COBAAN. aku tidak akan mengalah. moga sahabat2 dapat mendoakan aku supaya aku KUAT untuk lalui nye. perit jugak, nak buka buku lagi tu satu hal, DUIT lagi, RM510 bukan sikit bagi orang macam aku ni. eeei, macam2 boleh buat.

cuma aku risau aku akan lambat register nanti. Supervisor aku nak aku attend traning oct-dis kat sana nanti. entah sempat ke idak. tapi dia kata januari pon x per. mmm, aku la ni nak pikir tarikh untuk retest la plak. semester dah bukak plak tadi. tadi lecture 2 jam. huwaaa....

YaAllah, baru sedikit ujianMu aku dah gelabah. Bantu lah aku untuk redho atas ketentuanMu, Bantulah aku mencapai kejayaan, Terangkan hatiku menerima IlmuMU yang Maha Luas, Ikhlaskan hatiku setiap apa yang dilakukan, Berikan aku ketenangan dan kerahmatan......

Amin Ya Rabb....

Friday, July 07, 2006

awet muda la konon...

start rabu aku dah mula busy melayan budak2 baru di fakulti. pensyarah dan PA (penasihat akademik) menerima 8 orang student. student aku semual melayu . tapi masa semalam, aku terpaksa take over pensyarah lain punye student jugak. tak kisah la. yang aku nak kongsi ni ialah satu peristiwa yang amat lucu.

Scene 1: selepas aku memberi penerangan kepada pelajar tentang jadual akedemik dan sebagainya, kami semua lunch bersama2. aku x de masalah makan ngan student. so, selepas makan, aku sendiri kemas meja, buang samaph semua. tetiaba ada student tegur
student: kak
aku: yup ( aku dah biasa studenty panggil kak sebab ramai x caya sangat aku ni lecturer)
student: eh, awak studnet fizik kan?sambil tunjuk borang AK3 (borang pendaftaran)
aku: (aku actually pelik gak soalan tu, aku ingat dia tau aku lecturer), mmm, saya x paham la
student: awak fizik kan? (dia bertanya banyak kali)
aku: la (rupanya budak ni ingat aku ni studet baru macam dia) , mm, saya pensyarah kat sini
student: (muka terkejut dan malu) eh, saya ingat student tadi (sambil lihat nametag aku)
aku: senyum dan berlalu

Ni mesti student dari group lecturer lain ni....wah !!! aku dah jadi muda 10 tahun gitu...budak baru ni ada dari bekas diploma, stpm, matrik. agaknya budak yang tanye aku tuh budak x matrik kot. budak matrik ni muda sebab matrik sethaun, diploma 3 tahun. jadi bila masuk degree ada berbeza2 usia.

Scene 2
di dewan besar ada ceramah untuk pelajar baru. sebagai pensyarah aku ngan Dr jumiah pergi jugaklah beri sokongan. tapi mata aku dah mula berat , ngantuk sungguh. aku tengok Dr. jumiah dah terlelap. aku pon bingkas bangun nak jalan2 luar dewan. aku dah lama x gi Dewan besar. banayk perubahan dah, aku tercari2 mana agaknya toilet. tiba2
student: dik, adik cari apa ni..
aku: saya cari toilet
student: kat sini (sambil menunjuk)
student tu adalah fasi (pembantu pelajar) kira student senior la.

aku pon masuk toilet dlaam keadaan tersenyum2. kuang kuang...Hari ni dah 2 kali org ingat aku freshie....lepas tu terus sms kat husband citer....

tadi aku baru borak ngan timb. dekan. aku citerle kisah di atas, wah, laily awak jadi mudalah, dia senyum, hehhehehe

kesimpulannya. eh, aku ni x le tua sangat. aku selalu rasa aku ni tua sebab aku beranak tiap2 tahun. rupanya ada insan yang melihat aku muda dan aku kena pertahankan kemudaan aku ni. muda bukan sebab pada fizikal sebenarnya, tapi sikap kita yang yang ceria dan mudah mesra ngan student.

tadi gak aku jumpe sorang student lama, dia jumpe aku sambil salam dan cium tangan aku dan ucap terima kasih . dia dapat A subjek yang aku ajar. mmm, inilah kepuasan seorang guru. bukan kerana student dapat A, tetapi kerana pelajar masih menghargai kita dan ilmu. sebab itu aku sayang dengan kerjaya aku sebagai pendidik ni....kepuasan yang tak terucap....

Tuesday, July 04, 2006

pulun cuti

start dari khamis aritu sampai isnin (semalam) aku amik cuti. saja, maklumlah, aku ni antara staff yang byk cuti, jadi sementara student x masuk lagi ni, aku pon pulun la cuti.
Khamis- aku lepak2 kat umah jek, actually anytara sebab aku cuti ialah aku nak kembalikan susu aku balik. nak susukan direct pada habil, sebab lepas gi BTN 5 hari, susu aku merudum. jadi habil kat umah kerjenye nenen jela. petang akdan anak2 nan 3 itu mandi 'swimming pool'kat luar umah. alah pool yang bulat leh li[at2 tuh. husna dan hanis aku siap pakaikan baju renang lagi , heheh padahal mandi kat umah jek. jiran sebelah, student KDH tumpang seronok dok lain anak2 aku mandi. siap pasang lagu raihan + aku buat kuih che' mek moleh petang tuh....happening umah aku

Jumaat: memula gi hantar anak2 ke umah kakak aku. untungnye dia, umah dia memang dekat giler ngan anakku. boleh pegi hari2. tehn aku sorang gi warehouse anakku. mak oi, x cukup tgn nak pegang barang. biasanya gi nagn hubby , la ni gi sorang. aku nak cari baju sejuk, tapi x de yg OK, just beli baju habil + mainan tolak2 habil tuh, habih gak duit aku ~rm200. lagipon aku belikan apa2 patut sebagai hadiah adik ipar aku baru besalin, termasuk gak kat ofis aku ni byk no orang bersalin.
lepas lunch umah kakak aku, aku pon balik umah mak aku plakkat telok gong . sampai umah mak, aku tolong mak aku buat kek, tolong tulis atas kek, mak aku x reti tulis omputih..sejak mak aku dah pandai buat kek. dia telah mencetuskan satu revolusi dikampong tuh. la, ni bende kecik2 pon orang tempah kek, anak balik asrama, tempah kek, baru abis peksa, anak peksa nombor satu.....kadang tu nak tergelak aku. masa hari guru aritu, budak2 tadika pon tempah kek. dah nak petang , wei...kita kena balik umah kita kat kajang.....

sabtu, sibuk kemas2 barang kita nak gi sabak bernam umha yoyot (moyang bahasa jawa) anak2 aku ni. hubby aku kerje lak, kol 11.30 am aku kuar umah, sekali ngan anak2 ku samua. sampai ofis babah kol 1. husband aku malas nak baik umah, kang takut lambat bertolak. tu yang kena amik dia tuh , pastu terus kami ke sabak bernam, sungai air tawar. mak oi, sampai sana hampir kol 6 pm. penat giler...hubby aku plak sibuk siap2 dia ada usrah kat sg. besar. so, hanya kami anak beranak jelah lepak kay umah yoyot.

ahad, siap2 nak gi perak plak, umah MIL. ~ zohor baru hubby aku balik dari sg. besar. dlm kol 2 gitu bertolak, sampai trolak dah asar. wah!!! penat lagi....habil tidur dari lepas maghrib sampai subuh......

isnin- aku + hubby amik cuti. terpaksa sebab hubby dah x de masa lagi untuk balik kampong. nanti mak dia merajuk. susah nak pujuk wei. mmm, hubby aku beli durian, sedapnyer.....durian sungkai......lepas asar kami pon balik samai umah di kajang dah pon maghrib...........

Malam tadi, kami semua dan terlentang kepenatan......

pagi ni tiba2 dapat call dari pejabat dekan, nak result miting semalam. aik? miting apa lak ni, aku kat cuti. La, dia nak calon2 untuk hadiah universiti dan fakulti. alamak, pagi ni aku pulun semak result student2 ni.....kerani ofis aku kata , jenuh dia call, masa aku cuti . minta aku gi ofis masa cuti. sebab aku yang incharge bende bertahun2. ehehe, aku kata henfon tinggal ofis. sib baik henpon aku tinggal, kalau tak cuti pon kena kerje........

wah......minggu ni dah sibuk nagn pelajar baharu.tapi kali ni aku kureng motivasi sket le nak mengajar, may be hati dan minda aku dah pikir nak buat PhD. pastu lak, cam malas2 je tengok buku timbun2 depan aku ni. tapi nak buek caner kerje aku ialah mengajar. itu je yang aku tau buat. ikhlas kan diri wahai laily!!!!!

Tuesday, June 27, 2006

http://warkahhasri.blogspot.com

IELTS

nak citerlah citer lawak aku. masa nak masuk exam, sumer orang kena kuarkan my kad lah. so, dengan confident nya aku kuarkan kad Mcdonald yang sama warna biru ngan my kad. sib baik ada sorang chinese tu tegur, eh, u kuar kad McD lah...heheehmalu aku....
Actualy dlm purse aku ada byk card diantaranya, lesen, my card, kad kawin (dulu ada la ni dah ilang) , kad anakku, kad McD, kad KFC, kad metrojaya, kad bonuslink (ni pon ntah mana ntha) ...tapi aku tak credit card.

di sambung citer. aku gerun gak nak amik ielts ni. maklumlahm dah berkarat english aku ni. tapi dengan semangat malaysia boleh ku kuatkan azam. husband aku amik cuti antor aku, sementara aku siap dia lepak umah wadi uia tuh. masa aku duduk dlm bilik exam, belakang aku ada doktor pakar. sambil2 tunggu org kami borak . rupanya dia repeat. dulu dpt 6, dia kena dpt 7. heheehdlm hati aku , kalau doktor pon repeat, aku repeat x le malu sgt kot, heheheheh. apapon bila pikir mahal nyer yuran dia, no no....AKU KENA DPT 6.5 paling kurang, x nak kurang lebih sampai 7 aku x confident...dpt 6.5 pon aku rasa dunia ini aku yg punyer....

masa listening.....awatlah mat salleh ni cakap x baper clear. aku dok tunggu mana le answernya, tup2 dia dah abis ckp, alamak, bantai jelah, isi...Tapi bab reading, aku rasa aku did very well beb. terasa sennag dari latihan yang aku dah buat. rasanya aku dpt score kot bab ni. Writting plak. task 1 tuh mudah sebab aku byk idea, tapi task 2 tajuy benefit private school. sib baik aku ni bab mengoreng ni boleh tahan, tapi bab grammar aku paling risau. hentam jelah labu....

yang tensen bab speaking. abis 12.30, turn speaking aku 215, lama wei nak tunggu. tapi sebab org sebelum aku x de , dpt le aku awal. hubby pon jenuh tunggu. soalan dia awat le payah beno. tanye pasal kaitan nombor dlm kehidupan. pasal makanan, habit malaysian. tapi tulah, rezeki Allah telah memberikan aku mulut yang byk cakap......harap2 disebabkan akuramah , dptle extra manrk ke....

sahabat2....doakanlah aku....hopefully, x nak repeat, aku dah sengkek, baik duit 510 tu aku pergi bercuti deri kasi kat idp Australia yang kejam itu. ada ke sapa nak result hantar by post, dia minta extra charge RM10. wei, stamp cuma 30 sen jek. awat sampai rm10? mentang2 le kita x de pilihan....

AKU KENA LEPAS, AKU KENA LEPAS......PERMUDAHKANLAH YA ALLAH....

BTN

haa, nak buat entry khas ni, sebab byk citer.
Entry 1: kebetulan masa kami yg group nak ke oversea ni ber berBTN ada pulak group lain pon sama di Kem b, group dari doktor2 +pharmacist + nurse pon ada, dari kementerian kesihatan. nak jadi citer adalah sorang doktor ni mask dorm aku, dia rupanya pregnant anak pertama dlm 2-3 bulan. sian tengok dia. mabuk+lembik dek penangan pregnant tuh. satu pagi dlm kul 3 kot, aku dengo Pak guard ketuk2 pintu, aku pon kelam kabut bangun capai tudung dan tuala sebab baju lengan pendek. Pak guard minta IC doktor tuh. nape plak. dia kata dia jumpe doktor tu pengsan dan nak bawak gi hospital. La...bilamasa pulak dia pengsan, nak jadi citer rupanya dia skait, x kejut kitorang, dia gi jln kaki sorang 2 pagi ke bilik pak guard sejauh ~1 km turun bukit. Rupanya dia ada epilepsi, bahaya tuh....kami ni pening , naper dia x kejut kami. sanggup jln kaki sorang2.....pelik lah, doktor ni kurang bercakap, dia x bergaul sangat dengan kami , may be dia segan nak kejut kami yang terlentang keletihankot...tapi kami plak rasa bersalah sebab org ingat kami ni x jaga ahli dorm, sampai pengsan2 dibuat...pelik, dia kan doktor, takkan x tau betapa bahayanya perbuatan dia tuh....Akhirnya di pon masuk ward dan tidak lagi meneruskan BTN.........
Entry 2: Pasal aku di BTN. aku dah agak akan di brain wash , kena berus lah org kata. tapi kelakau pplak, semua org play safe jek. Ada ahli group aku, bukna main nye dalan kumpulan beria2 sokong fasi semahunya, tapi bila time makan, dok komplen. hoohoho..rupanya2 semua orang ni pandai berlakon ek?????
Kadang kala aku rasa aku ni BODOH dan DIPERBODOHKAN . Sibuk kata kami ni BIDAi (bijak pandai) tapi bila kami bagi idea , depa dah ada jawapan dan kena ikutlah jawapan depa, kami ni jadi burung hud hud. angguk kan ajelah. eeeii terasa DAYUsnya diriku ini diperkudakan sebegituh...TOLONG!!!!!tapi percayalah, 5 hari tidak dapat mengubah pendirian yang telah lama kubina dan kubaja dengan penuh rasa tanggungjawab . Buatlah modul macam mana pon, orang bidai tahu membezakan mana betul mana tidak.

Bukan la aku kata semua x bagus, ada gak yang positif. Aku di ajar utk berfikiran terbuka. belajar menerima org seadanya. tetapi 5 hari disitu satu perjuanagn yang panjang dan penuh onak duri. perasaan bercampur gaul. geram ada, tension ada, rasa nak tembak orang pon ada. penat tu x payah citer. tapi penat minda ni memikul beban 'ilmu baru' yang pelik2, kadang tu aku takut depa syok sendiri jek...apapun, terpulang pada kita, yang baik tu amiklah, jadi teladan, yang buruk tu...buang jauh2....

Pelajaran baru yang aku dapat.....Kita tak boleh paksa hati dan minda orang utk sama dengan kita. Mungkin kita boleh paksa mulut supaya cakap senada nagn kita. tapi Yang pastinya kami boleh dapat award atas lakonan yang cukup menakjubkan...hehehehhe

Monday, June 26, 2006

penat tahap gaban

mmm, startdari 12-15 aritu aku dok sibuk bengkel LO (learning objective). aku ngan senior lecturer lain bertungkus lumus menyiapkan hala tuju buadak2 fizik ni, kena review subjek 2 yg depa amikla, nth macam2 lah....wah, pada masa yg sama dok sibuk nak prepare IELTs plak. 15 hb - 19 hb, aku kena gi BTN la plak...
alhamdulillah, rezeki aku, dpt tumpang pajero faculty ecology. dah le kena usung petis ais mini milik mazlinda. yel;ah mana aku nak taruk susu2 aku tu nanti??? x de pilohan. kena bawak jugak. dah le gi BTN 5 hari. aku kena sediakan susu untuk 5 hari!!! dptlah lebih kurang 30 bekas. thanks kengkawan yang beri sokongan utk aku!!! samapi sana, dah le tinggi le plak atas bukit hostelnye. sib baik driver tu tolong angkat sampai atas. org sumer pelik, apa ke jadah nye bawak peti ais tgh2 utan ni. heheeh macam2 andaian dibuat. ada yg ingat aku diebetic , so perlu simpan ubatla, ada ingat aku kena jenis kena minum susulah...

bermulalah episod aku berjuang utk 5 hari di BTN. kalau ikut mana ada masa nak perah susu pon. tapi aku gagahi jugak. aku bawak kehulu hilir cooler bag. bila aku rasa cam boring ceramah tu, aku gilah toilet. perah kat toilet. masa mula2 perah tu, terkujat gak, awat susu aku warna pink! rupanya dah campur darah. Habil lah ni, la ni ganas sket nyusu. satu citer lagi orang pelik gak , apa yang aku usung ke sana sini tu. ada ingat aku bawak camera, ada yg ingat aku bawak bekal makanan dalam cooler bag tuh. heheeheh. kadang tu sambil perah susu kat toilet, aku senyum sendiri....

aku terpaksa curi2 masa utk perah. terseksa gak. sebab susu makin kurang bila masuk hari 4 dan 5. yelah, habil x isap....:( . Tapi bila pikir comelnye anakku menyusu, aku gagahi jua perah mana daya.

Yang x larat di BTN aku kena buat physical exam gak. kena lari 2 km. mak oii, kali terakhir aku lari masa Form 5. pastu dah. La ni terkedek2 aku. sib baik masa aku catat kurang dari 24 minit yang ditetapkan. kira not bad lah, kan...ehehehehpastu kema buat ujian pumping la..balancing la, breathing lah. nth apa2 , walau aku x larat aku buat jugak....akhirnya aku realize, fizikal aku ni dah teruk, ehheheehsatu lagi aku buat gak flying fox dan jungle trekking..... mmmm jungle trekking ni bukan satyu yg baru. masa aku student upm dulu, dah jenuh dah masuk kuar utan. cuma bila dah beranak pinak ni, stamina kureng le, sib baik aku dlm ahli kumpulan yang sporting giler.....thansk!!! best le u all

OK, utk LDK , aku dpt ahli yang gempak. meh siini aku list kan nama2 depa ni:
1) en shafizal (landscape UPM), la upm rupanya, awat x kenal. heheehh dia nak gi cardiff
2) azlimin ( bomba)- dia nak gi US, baru aku tau, bomba ni ada bidang kimia, forensic
3) shahrul (kustem) - adik lagi ni..dia nak gi netherland
4)eh, awat aku lupa ni, muka dah terbayang dah (dari PTD< kenmetrian kesihatan) dia nak gi jepun
5) kak suhaila (UTM), dia dtg dari nottingham semata2 nak BTN
6) tipah- dia pon dtg dari jepun utk BTN, alahai, kiutnye dia pakai baju sekolah., cam budak firm 5
7) Kak fuziah (jabatan haiwan) dia nak gi australia,
8) ashwaq (kiim) lahir di mekah, dia buat bidang terjemahan arab-english, berabuk arab la...
9) Jenny (cikgu sekolah) dia nak gi beijing , suka tengok dia cakp, pelat2 gitu...

10) aku le...

Best gak aku dapat dormate yang gila2. Dorm aku le paling bising. dahle kali ni, peserta paling ramai, batch ni. 100 lebih + ada group dari kementerian kesihatan + penjaran. riuh rendah ULu Sepri tuh,,,,,
ahli dorm aku yg giler2
1) kak hasnah (x ingat dari mana)
2 Kak zana , ni mak yg happy, dari jabatan haiwan
3) kak zatul ( wah cik gu kami yang ajar utk exam ). acually dia ngajar kenegaraan kat UPM, so diala jadi tukang ajar utk kami)
4) kak askiah, lecturer ecology
5) easy (tutor bintulu)
60 alamak, spa nama kakak ni, dok sebelah katil aku jek, lupa lak, dia pemngantin baru. ianai merah2 lagi....
7) aisyah. dari UKM, dah lama kenal adik ni. La budak PKPIM rupanya.

Ish, byk cityer nak share ni....rasanya nanti aku bukan entry baru....
Yang aku realize bila balik dari BTn 5 hari ni semua orang rindu kan aku. x pernah aku berpisah ngan suami dan anak2 lebih dari 3 hari. Tapi kan yang pastinya husband aku la paling rindukan aku, kuang kuang. betul lah kata orang, bila berpisah sekali sekala, rasa kerinduan menggamit jiwa...tak gitu cik abang nyer....

then 19-21 aku kena gi workshop nanotech kat UiTM, sib baik biasa gak ronda2 shah alam. aku drive sendir jek. rasa badan melayang2.....penat tahap GABAN

dan 24 th aritu aku amik IELTS. thanks hubby, amik cuti semata2 nak antor dan amik aku. aku amik kat IDP subangjaya. mak oii, ramainya . boleh dikira le yg melayu. hehehehaku rasa aku dah buat yang terbaik utk listening, reading dan writting. cuma aku takut tang speaking. sebab aku ni kan over ramah. byk cakap kang byk le salah. aku pernah amik ielst ni dulu, tahun 2000. la ni dah x valid lagi lah kan. tapi kan masatu aku speaking rasa cam lintang pukang tapi dia boleh bagi aku band 7. rasanya sebab dia mat salleh. kalau malaysian ni kedekut sket kot markah. aku rasa kelebihan aku adalah aku ni peramah dan byk idea nak cakap, bukan sebab aku teror omputih. heheehh

lepas abis exam kami berdua2 an gi ke jaya jusco klang. wah rasa cam bercinta cintun gitu...kadang kala aku pelik bin ajaib tenguk ada org baru 2-3 tahun kawin dah cerai berai. aku ni dah kawin 5 tahun, rasa cam baru lagi, dan rasa makin hari makin tebal cinta kami. rasa macam pengantin baru gitu...

Eh, awat lately ni hubby aku suka minum power root? nak menag nazaria ke? atau???

Sunday, June 11, 2006

solat gemilang, akhlak cemerlang

haa, begitulah tajuk ceramah yang aku sampaikan malam tadi. wah, tajuk macam forum perdana la plak. padahal hanya ceramah kat budak2 sekolah rendah. aku pon terkejutla , si intan PEKKA call minta bagi ceramah. la aku kata bagile kat ustazah. tapi dia nak aku jugak. jadilah aku ustazah fizik malam tadi.

pali beso yang ada umur 10 tahun. lawaknya dari jangkaan ~50 hadir hanya 6 jek ada mlm tuk. dah le jadi alah LDK jelah, nak ceramah apa kat budak2 ni..dah lama x ceramah kat budak sekolah, sampai byk term yang aku cakap depa x paham

Aku: kita kena ikut apa ulamak cakap..
budak2: ulamk tu apa?
Aku: ulamak tu amcam org bijak pandai lah, kena belajar byk2, baru jadi ulamak]
budak2: ooo
Aku: baguslah adik2 ni dah banyak belajar pasal solat. dulu x de kursus2 ni..
budak2: kursus tu apa?
Aku: macam latihan...(sambil garu kepala)
budak2: kem?
aku: haaa,aah lebihkurang la tu..
pastu aku sambung lagi citer...la ni byk kursus kan? sampai nak bersalin pon ada kursus..
budak2: kenapa ada kursus? doktor kan ada?
aku: yelah, kalau ikut kursus, kita senang sket nak kuarkan baby
budak2: yelah, tapi kitorang x de anak..
aku: yelah, nantilah kalau ada anak...

aku habiskan ceramah tu kejap jelah, patutnya 9-10.30. alah, kol 10 dah stop. sian, penat dah budak2 tuh......

Friday, June 02, 2006

ku temui dia

Ini adalah post dari blog suami aku..sekadar berkongsi dengan semua. La ni dia dah gian membelog setelah tidak jadi YDP lagi. tapi kena jadi jugak TYDP. sibuk masih sama, cuma beban tanggungjawab dah kureng sket. masa bersama keluarga pon banyak sikit la.....

http://abuhabil.blogspot.com/2006/02/ku-temui-dia.html

Ini blog baru dia
http://warkahhasri.blogspot.com

rasanya cerita dia tu cam tiru aku punye blog jek....

rasa cam nak share le kisah cinta kami, tapi nantilah...tunggu......

Wednesday, May 31, 2006

Hanis yang manja

sejak lahir sampai la ni, memang tabiat dia isap ibu jari....
warak sket, sebab suka pakai tudung, huns ax suka
satu lagi, pantang telefom bunyi..jgn harap le kita dpt cakap...
pon suka main air.....sama la ngan along dia tuh...
cuma dia ni x pandai bergambar macam husna, x potogenic la...
rambut lambat panjang, ramai ingat boy, mmpastu keriting plak...ikut sapa ek...
hehehe, pakai baju along yang lama, tu hikmah anak rapat2 ni, baju boleh pindah2
sewaktu birthday pertama Hanis, ummi dah sarat 7 ++ bulan dah....


sewaktu majlis aqiqah hanis, cutenye, amcam bidadari syurga....
RECALL KISAH LAMA.....

Just finished my maternity leave. Ingat tak last 3 month i send email regarding my baby was breech. Sampai w39++ masih breech. But subhanallah, few days before my due, baby head down balik. Thanks to all of u yang bagi sokongan. Otherwise at that time, pressure juga.
Nak jadi cerita. tenghari , dah ada sign nak bersalin, tapi contraction sikit2. So, I kata my husbnad, kita pekena tom yam dulu, then baru gi hospital. Sabo jela. Then bila pergi ke H.Putrajaya, Dr. kata baru 2cm, Yg geram tu, Dr. Tu marah2 sebab my house in sg. ramal, kajang but i nak deliver kat situ. So, I confuse , coz masa i register i tanye, boleh ke deliver situ kalau bukan org putrajaya. So, admin kata OK. so proceed la, and regular semua buat situ. Last2 bila dah nak bersalin kena marah2 nagn dr. Dia kata bed x cukup. ada 3 jek, itu khas utk org putrajaya, Saya malas nak bertekak,. Dr. suruh saya balik rumah. Dia kata kalau sakit pergi H. kajang. Sabo jela. Saya x pernah pergi H. kajang. Padahal rumah saya lagi dekat nagn h. putrajaya. Takpela, lagipun masa tu x sakit lagi.
Maka, balikla, saya, my husband bising, why the Dr. bagi saya balik, Dah 2 cm terbuka. Then mlm tu start kul 12 samapai kul 3, sakit nak bersalin, saya kejut husband, masa tu, dah rasa kepala baby dah nak kaur. ketuban x pecah lagi. My fisrt baby dulu, contraction lama sangat2. So, i thought this time pun lama la. Dlm kereta, kepala baby dah rasa nak kuar, tapi saya duduk kan dlm kereta. dlm hati, eh, kang lemas pulak baby aku, saya angkat punggung sambil duduk, terus keluar kepala baby, I jerit Abnag!!!kepala baby dah keluar, few second lepas tu, terus baby kuar, tergolek depan saya. Panic nye masa tu, my husbnad tgh drive. I takut sgt masa tu, takut baby mati,,,then I tengok mata dia kelip2,tapi x nangis . So, I cakakp"bang anak kita " I tak tau nak buat apa, So my husband kata , angkat. Barulah saya angkat dan baby nagis. Alhamdulillah, hidup anak aku...
Sampai di hospital my husband pangil staff nurse, mm potong cord dlm kereta jek. Yang tension dan geramnyer....nurse tu marah2 saya, dia kata"Inilah gara2 nak bersalin di putrajaya jugak", then Dr. plak marah lagi, u cari pasal , berslain dlm kereta. Subhanallah, dahla saya masih terkejut baby kuar cam gitu, kena marah lagi.Takkan la saya saja2 nak bersalin dlm kereta. Dah baby tu nak kuar. tapi sabar jela, masa tu uri pun x kuar lagi. Sedih sgt masa tu, nurse yang kuarkan uri dan jahit , buat dgn kasar dan marah2. Hai, memang serik nak bersalin kat putrajaya. Padahal sebelum ni , DR, dan nurse dia OK2 sgt. Entah apa nasib saya mlm tu dpt yg KO.
U all bayangkan, saya bersalin kul 3.20am, tapi sampai kul 10 pagi sorang Dr. pun x tengok saya, semua nurse buat. Yang peliknye kul 10 nurse dtg dan kata saya dah boleh balik. Saya kata saya nak Dr. check saya dulu sebelum balik. Masa tu sedih sgt, sebab rasa macam dianaktirikan. Daiaorang macam nak tak nak je layan saya. masatu katil penmuh hanay ada 1st class. Memang saya layak dpt 1st class, tapi dia perli saya mampu ke saya bayar. Subhanallah. Padahal saya ada GL. saya lecturer UPM, memang boleh dpt bilik 1st class. pelikla diaorang ni.
sampai kul 12 lebih baru ada Dr dtg tengok. bayangdan dari masuk wad pukul 3.20 pagi. Itupun saya yg request. Pelik betul . Husband saya masa tu Marah sgt!!!. Masa tu ingat Allah jela masa tu.
memnag kami plan hendak hantar surat kepada pihak pengarah hospital dan ketua jab. O&G . Perkhidnmatan di situ amat memilukan saya. My husband pun dah hantar suart ke surat khabar, hehehe tapi x kuar pun. Bukan kami nak dilayan hebat, cuma layan kami seperti manusia.
Sorry, ini kira lepas tension la ni tulis ni.
Alhamdulillah, baby sihat- 3.2 kg, Hanis Naqeebah

sebenarnya apa yang i tulis di atas ni adalah email yang i pernah share ngan kengkawan selepas peristiwa hitam dan manis tersebut...kira recall lah ni, sebab email ni i simpan lagi....

sekarang dia telah pon berusia setahun 9 bulan. dah ada adik dah pon. ehhehe.dah dipanggil angah. manja sebab asik nak mintak atat je (angkat). yang x larat kadang tu kejut kol 3 pagi minta atat. aduh...kadang tu aku pernah dukung dia kat belakang sambil makan berdiri sebab dia ngamuk asik nak atat je, pastu pili nak atat belakang. sabo jelah.....



Monday, May 29, 2006

husna yang petah!!!

husna ketika baru meniarap, blom pon umur 100 hari
suka tersenyum, wajah manis, mata sepet
menceriakan, wkatu ummi konvo master, dia pon nak pakai jubah gak
di Bukit Fraser, teman babah, sambil bercuti...
memang hantu air, pantang jumpe...
suka bergaya dan melaram...
sibuk susun blok, di little buds, alamanda
comel kan??? haa perasan la tuh...

husna , anak yang sulu, lahir 3.8 kg. beasunye. jenuh gak la meneran dari kol 12.30 - 1.05 baru kuar. memang penat betul melahirkan dia, tapi berbaloikan???

babak dalam kereta semalam...

Ummi: Husna, tidurla...
Husna: tak nak lah , husna dah tidur.
Bibik: kapan husna tidur?
Husna: Dah kapan dah..(menjawab sambil bersungguh)
Ummi + babah: keh keh keh , golak, sabo jelah....

dulu aku selalu idamkan anak yang periang dan banyak cakap. sifat dia sama cam aku. mulut bising. dia memang menceriakan.

dia selalu ingat byk bende. bila ada aku marah. dia ingat. bila nak tidur sellau aku akan kata.
Ummi: Along, tidur ye, Umi sayang along..
Husna: tapi tadi ummi maah along
Ummi: ish, mana ada ummi marah
Husna: iye, tadi ummi marah
Ummi: Oklah, salam
Husna pon cium tangan ummi, dan dia plak yang kata , Ummi , maaf
heheh, terharu lak, aku....patut aku yg minta maaf (eh, ok ke kalau aku yang inta maaf?, hehe)
la ni, dia sellau dah minta maaf kalau buat salah.....

Insiden la ni, x tau mana dia belajau, kat sekolah lah kot
Husna: Ummi, aku nak kencing!!
Ummi: husna!! cakap saya, tak boleh aku , mana belajar ni (aku marah)
Husna ; Ok, saya
kadang tu terkeluar gak
Husna: Bibik, aku nak minum
Bibik: tak boleh aku, saya..
Husna: OK, saya

ish, ini mesti belajar kat sekolah ni....ikut2 kawan lah tu......

la ni, dia selalu bahasakan diri dia saya. ehheeh. pelik plak aku rasa. selalu dia bahasakan diri dia along. x kisahlah, mana2 asalk jangan bahasakan AKU sudah.

Usia nye baru 3 tahun tapi ramai x percaya, sebab perilakunya sangat matang, jauh berbeza dengan rakan seusianya. pernah kawan aku, Kak Nor (pakar prikitri PPUM) kata, husna ni budaknye banyak vocab. yup. memang aku akui. dia cepat belajar. banyak word baru.
bercampur2 english dan malay. malah dia pon pandai cakap perak. etc: maleh (malas), ateh (atas)
Husna: bibik, ni apa ni
Bibik: ikan
Husna: x lah, ini fish
Bibik: ikan
Husna: fish
Bibik: klah, fish , fish lah

pernah tu, tengok VCD, keluar perkataan CAT dan gambor kucing, dia pon sebut, CAT!! bibik pon sebut CAT (baku BM, paint), ehehehhe. kadang tu dia yang ajar bibik. aku plak tergelak tegok bibik bila ajor buku english, dia sebut engliah dalan baku BM pelik kan, lion, dia sebut, LI- ON, eye, dia sebut E-YE. last2 aku suruh dia aku beli buku Bm jelah, kang confuse plak anak aku...

aku berharap dia cepat belajar...tanpa perlu meninggalkan zaman kanak2 nan indah....

Tuesday, May 23, 2006

habil yang tombam

Habil berkerut, sedang memikir masalah umat
badan berketul2 wei, rasa nak gigit
ceria sokmo, gerammmmmm
bila nak beso ni, nak jalan, x larat dukung dah, sakit pinggang

fullama, cam ade gaya2 nak masuk pa n ma ni, ehhehehe

Melihat tumbesaran habil membuatkan aku terkenang saat2 aku mengandungkan dia. yelah, kita accident pregnnatkan dia ni. mula2 aku tak boleh terima hakikat yaang aku ni terpregnant pada usia hanis baru 5 bulan. hai, aku asik nagis je waktu tuh. punyelah sembunyikan dari orang. in fact mak aku tau pon masa dag 5 bulan. sebab dah x leh sorok lagi....rasa cam nyesal, marah, sediah macam2. tapi bila aku melihat wajah2 dia pada hari ni, YES!!! AKU TIDAK MENYESAL mehirkan dia malah aku bersyukur dikurnia anak yang comel lagi tombam ini. Menyusukan dia satu kenikmatan yang tiada tara. melayan karenah satu keindahan bagiku. melihat kakak2 dia sudah pandai bergurau senda dengan dia. Alhamdulillah, syukur teramat........REZEKI yang tiada nilainya.....

Anak ke empat??? hehehe lama lah lagi nampaknya, sebab kali ni aku sudah pon merancang dengan penuh perancangan. heheeh. Mengikut gynae, kaedah IUS hampir tidak mungkin pregnant. Kaedah ini paling mujarab buat orang yang terlalu produktif macam aku ni. eheheheh. Apapun, kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Dia jauh lebih baik........

Dan, aku kini jauh lebih tenang...tanpa perlu memikirkan, teraccident kah aku lagi. dan buat pertama kali, habil 7+ bulan aku tidak pregnant,hheh. sebab masa husna dulu, dia 6 bulan, dah pregnnatkan hanis, hanis 5 bulan dah pregnantkan habil. aku perlu REHAT. mungkin sebab aku ni masuk kategori yang tak de masalah sgt masa pregnnat, bersalin pon dipermudah, sebab itu kot, Allah bagi aku anak ramai2. heheehheh. Dan aku realize, hubby aku kena belajar cara jadi bidan sebab dah 2 kali aku ACTIVE BIRTH.....

Friday, May 19, 2006

kerjaya anak2 ku

ish umur si husna baru 3 tahun nak pikir kerjaya dia. hehe entah caner saya dan hubby malam tadi borak2 sebelum tidur....

Aku: mm, agak2 si husna tu jadi apa ek nanti. rasanya dia tu doktor kot. dia suka ajuk buat ala2 doktor pada si hanis. angah bukak mulut!! dia akan teropong le apa kat mulut angah tu, sambil mulut dia bebel, bukak mulut lagi. sian si angah tu. pastu husna akan buat ala doktor, pegang dada dan tanye, demam? pegang kepala, emam? hehheheh

hubby aku plak; abang rasa dia ade butik nanti. kan dia tu suka melaram. asik nak pakai lipstik jek

Aku: mm, dia boleh jadi doktor yang suka bergaya nanti, heheeh, hanis plak caner?x nampak apa2 pon?

hubby: eh adalah, dia kan suka jadi cikgu

aku: a haa, ye tak ye gak

hubby: dia suka kepit buku, macam cikgu dan asik minta orang ajar jek. sikit2 ajar, sikit2 ajar. dia rajin la

aku: jadi professor la, eh habil plak?

hubby: ntah, x nampak pe lagi....haa, jadi doktor gigi kot.

aku: mmm, sambil senyum....

dan pagi ni si habil tu gigit dahi hanis, ehheheeheh,


eh, betul la, aku baru perasan , dia hanis suka kepit buku, ... hubby aku yang perasan
Yang ni aku dah lama perasan, dia suka bergaya, kalu amik gambo tu, control ayu jek...

si habil ni kuat mengigit. bila nyusu ke dia , dia punye khotimah , dia kena gigit dulu, tanda dia dah kenyang. bila aku jerit, dia pon jerit. sabo jelah. sapa berani peganglah dia. mesti dia akan tinggal kan tanda 'love bite' di mana2, heheheeh

walau apapun, sebagi ibubapa, of coz, ingin anak berjaya dunia dan akhirat.....


Thursday, May 18, 2006

All in one

alamak, dah bersawang dah blog ni. memang aku busy tersangat2. banyak sangat event yang berlaku.
Pertamanya, buat pertama kali aku tinggalkan habil untuk seminggu dari 22/4-27/4 aritu. nasib baik di dynasty hotel je tempat marking paper matrix ni. so, boleh le balik2. Sian habil....aku pon sian jugak, penat wei, marking ni bukan senang. yang lawaknya, bila aku pergi dynasty pagi2 ikut hubby aku gi kerje kat kg. bharu, kami naik motor, konon nak elak jem. maklum le pagi2 di KL ni memnag x boleh elak jem ni. So, aku ni dah lama le x naik motor. tup2 depan pusrawi, jln ipoh, motor pancit!!!, sib baik dah dekat ngan hotel. sian le hubby aku dok nyorong. aku plak x leh tolong, dah lambat dah ni...sorry bang. tu le bini abang ni gemuk sangat, heheehsampai pancit (itu kata2 dalam hati aku la). bila tak lama tuh aku call dia, dia kata sebab ada paku lah...oooo maknanya bukan sebab aku la , motor tu pancit, ehhehehe, senyum sendiri...

keduanya, buat pertama kali jugak, kami pergi betul2 bercuti sekeluarga. bukan apa sebelum ni, kami pergi bercuti pon, gitu2 jek. samada kebetulan aku outstation, bawak family atau sebalik nya ikut hubby. tapi kali ni aku pulun, bercuti sebab seminggu aku tinggalkan mereka. Wah!! pergi PD jek, bukan jauh pon, mak oiii, hotel semua penuh!! 1 mei, kan cuti, rege hotel lambung tinggi. alhamdulillah, dpt tempat di PD Perdana condo resort. Oklah, cuba kena naik kete 5 minit nak ke laut . apapun aku happy kerna lihat semua heppy...

amboi, gumbire mereka, anak beranak, ,,,,
x sempat basuh baju baru beli tuh, excited dok pakai baju PD, buek malu orang PD jek malas pagi tuh nak gi laut, lepak swimming pool jelah, ek,,,,,,

Ketiga, b'day husna yang ke3. special husna ni dia lahir pada hari guru, 16 mei, kol 1.05 lagi (eh tu kan waktu budak balik sekolah). kali ni buek simple jek. neneknya buatkan kek dan aku dok pulun ngan bibik buat pizza mini. sakit tgn gak dok penyek2 tepong2 tuh tuh. pastu tulis nama husna pada setiap pizza mini guna mayonis. eheheh, tapi bila dah bakar x nampak sangat plak. aahh, OK lah tuh. aku dok antor kat tadika dia jek, biar le dia raikan nagn kengkawan dia. yang penting dia tahu yang aku sayangkan dia.




cantik jugakkan nenek husna buat kek?? mmm, mak aku tuh tengah dok belajar buat kek, jual kecik kecilan kat kampung.


Husna dan kemgkawan dan cikgu2 dia...
mmm, Ah, banyak lagi nak di kongsi, bior le aku citer yang best2 jek2. nanti kalau ade mood aku nak kongsi perasaan sket. tu tunggu masa sesuai......

Wednesday, April 19, 2006

isteri YDP 2

mmm, aku pernah buat entry berkenaan isteri YDP. so kali ni aku letak angka 2 menunjukkan ini kali kedua pengkisahan aku sebagai isteri YDP. Bukan sesuatu yang patut dan perlu dibanggakan menjadi isteri YDP ini. YDP bukan jawatan tasyriff tapi satu taklif, amanah umat. Entry ini dibuat sekadar ingin berkongsi rasa dan emosi yang aku alami lebih2 lagi selepas peristiwa malam tadi. harap2 tiada orang salah faham.

aku tak tau hendak mula dari mana. aku sendiri malam tadi hingga saat ini masih rasa sebak dan hiba dengan apa yang berlaku. hasi harun yang aku kenal bukan orang yang menagih jawatan. jawatan itu amanah, diberi bukan diminta2. Tetapi apabila ada orang mempertikaikan kredibiliti dia bagi aku sesuatu yang TIDAK ADIL pada dia. Aku tahu dia pon bukan hebat pun, ramai lagi yang jauh lebih terserlah ketokohan, lebih senior, lebih STABIL dari dia. Kalau nak harap dia menjadi MURABBI memanglah jauh, usia yang muda begitu susah orang nak respect. aku tahu. tapi kita diajar untuk wala' pada pimpinan walau siapa pon dia, berapa pon usia dia. Syura yang memilih , bukan dasar individu. 2 tahun yang lalu sewaktu dia hendak dipilih TIDAK ADA orang yang sanggup pon hendak memikul amanah itu. Aku yakin jika ada orang yang sanggup , hasri harun tidak akan jadi YDP. percayalah!!!! Pada waktu itu tidak ada pun orang mempersoalkan stabilkah dia, family dia macam mana? kerjaya dia? kalau ikutkan waktu itu dia hanya naik kancil jek. dan pada waktu itu dia tengah study. Tidak ada orang bertanye macam mana study? boleh buatke kalau jadi YDP? anak setiap tahun bertambah, stabilkah ekonomi keluarga dia? cukup makan ke dia?heheh, kalau tengok body cam x cukup makan jek. hehehehe

Tetapi atas dasar harapan sahabat2 yang berjanji pada waktu itu hendak membantu, memberi sokongan, menyebabkan dia kuatkan hati juga terima amanah. dia telah menjadi tua sebelum waktunya. dalam entry yang pertama dulu aku ada nukilkan saat2 sukar yang dia harungi. pada aku bukan untuk menagih simpati. Tetapi apa yang telah berlaku seolah2 menunjukkan dia tidak menjalankan tugas dengan baik. Subhanallah!!! Aku sebagai isteri, insan yang sangat rapat, berkongsi suka duka bersama sangat2 terkilan. Ya, AKU TERKILAN!!! Takkanlah hanya kerana dia tidak dapat hadir satu program kerana memang betul2 dia sakit. siap ada surat MC lagi dari Doktor!! orang dah mencurigai kewibawaan dia.

Komitmen dia pada amanah yang diberi sangat tinggi jauh lebih tinggi aku rasa dari komitmen dia pada keluarga. Dia x pernah amik cuti walau aku sakit atau anak sakit pon. Tapi dia akan amik cuti semata2 hendak attend meeting mahupun rasmikan program. dan sebahagian besar cuti tahunan dihabiskan untuk itu. Tidak ada orang tahu pon. Dia sangat berkira2 untuk amik cuti walau cuti raya mahupon cuti aku bersalin!!! dengan alasan, nanti cuti nak guna untuk meeting dan program!!.

Ahh, terlalu banayk hendak aku tulis di sini apa yang dia telah korbankan demi memikul amanah itu. Tapi biarlah Allah sahaja yang menilai. Siapa kita nak menilai pengorbanan dan kerje2 orang lain. Kadangkala kita mudah menuding jari mengkritik , orang ni tak buat ini, tak buat itu, tapi pernah terfikir 4 jari menuding ke arah kita balik, bertanyakan perkara yang sama. Aku sendiri pon terus terang kadang kala terlalu penat untuk hadir segala program. Tapi dia sebagai YDP , tiada istilah penat pun. Dia akan cuba sedaya upaya untuk hadir semua program, dari sekicik2nya hingga sebesar2nya. Tidak pernah keluar perkatan malas atau mencari alasan. Tetapi sahabat2 yang lain?? heheh termasuk aku juga?? sebab aku tak buat kerja sangat jadi aku tak berani dan persoal orang dah buat apa.

Untuk menjadi YDP kita perlu orang yang stabil dan matang dari segi usia. YES!! AKU SETUJU!!. Kalau stabil itu dimaksudkan, mestilah ada kerjaya mantap, ekonomi kukuh, keluarga setel, anak dah besar2. Berapa ramai orang di luar sana yang dah sampai tahap itu. Tetapi di manakah mereka??? Stabil tu macam mana? aku juga boleh kata aku tak stabil, beranak tiap2 tahun, fully brestfeed, baru start kerje, aku juga boleh create alasan untuk aku tidak berada di sini. tetapi, aku masih larat untuk pergi usrah berbanding sahabat yang dikatakan telah stabil di luar sana. aku ni, Kehulu ke hilir mengusung anak. sangat tidak adil bagi aku stabil itu hanye dikaitkan dengan luaran sahaja. Kalau macam tu sampai bila2 aku akan berada dalam tahap tidak stabil selagi aku belum berhenti beranak. Yang penting dalaman, sanggup ke korbankan masa, kerjaya , masa depan,wang, keluarga untuk semata2 pikul amanah? Tanyalah pada diri sendiri.

aku harap tidak ada memangdang serong pada entry aku yang PEDAS ini. AKu bukan nak pertahankan dia sebab dia suami aku. Mungkin sebab aku insan terapat, jadi aku paling terasa. JAuh sekali nak mengharap dia mempertahankan jawatan itu. kita bukan seperti persatuan lain. berebut2 nak jawatan. kalau ada orang yang sanggup aku rasa lebih baik berikan amanah itu pada orang yang berhak. cuma persoalan yang besar, siapa yang sanggup!!Kita di ajar tasamuh, berlapang dada, husnuzzon, oleh itu aku cuba positif. Kritikan penting, amat penting, kalau tidak kita tak boleh maju, tetapi biarlah kritikan itu ADIL dan tidak menyebabkan orang DOWN. Pada aku, kita mesti bersedia menerima teguran, itu yang aku cuba sematkan dalam hati ni. bukan mudah nak terima teguran tau. tapi kita mesti didik hati kita untuk terima, InsyaAllah. orang tegur maknanya orang sayang kat kita. semua nak yang terbaik kan?

banyak akhlak mulia yang aku belajar dari suami aku. sesungguhnya bertuahnya aku bersuamikan dia. walau apa pon dia tetap percaya, menyumbanglah dari apa yang kita ada.Tidak perlu ada jawatan untuk menyumbang. tunggu stabil??? entah bila. bergeraklah dengan apa yang ada. Kalau tak sekarang BILA, kalau tak kita , SIAPA??

Mungkin Allah nak beri rehat seketika buat kita sekeluarga. Lagipon aku akan sambung belajar nun jauh di sana. InsyaAllah , kalau Allah beri rezeki duniawi, kami akan cuba 'stabilkan' luaran kami. mungkin ada orang tengah tunggu kami bawa balik mercedes mata belalang!!!!


lepas ni, Boleh lah kita cuti2 Malaysia selepas ini??? Ahh, isteri mana yang sanggup berjauhan dengan suami hampir setiap malam. Ahhh, selepas ini, harap2 kami punye masa untuk berdating-datingan...., bershoppingan, jom jalan-jalan!!!!

Maaf pada yang terasa dengan entry ni. cuma sematkan satu jek . POSITIF. kalau anggap positif, positifla jadinya. kalau tidak, tidakla.

Tuesday, April 18, 2006

surprise!!!!

wah !! dengao tajuk cam hebat. tapi actually x de mende pun. heheeh ahad aritu b'day hubby. aku dok pikir apa ek nakbagi hadiah. sellaunya aku akan buat le apa2 surprise utk dia. mmm, kali ni aku belajar buat kek sendiri. alamak, camera tinggal umah la. aku ada bukti yg kek tu aku yang buat ehheeh. nanti ek aku masukkan kemudian. Pandan layer itulah nama kek nya.
aku balik klang dengan anak2 tanpa hubby sebab dia ada tamrin qiadi di morib. sampai klang, akak aku pon ada jugak ngan anak2 dia, tanpa suami gak. husband dia outstation. Hai, masing2 balik tanpa laki, hehehehe

jam hampir 12 mlm, aku masih dok sibuk2 nak siapkan kek. konon2 buat mlm nak tunggu anak2 ku tidur, tapi nampkanya tak menjadi. si husna sibuk kacau jugak. try call hubby nak wish b'day, x dpt jugak. alamak tensionnya. aku nak jadi orang pertama wish dia. last2 aku hantar sms kat shiraj, a.lan, dan azman. aku tulis"
"urgent! minta hasri call saya<>

pastu call 3 pagi , bunyi telefon berdering, bunyi gelabah jek, hubby aku. dia tanye apa yang urgetn tuh
dalan ngantuk2 tuh aku cakap," happy b'day".
esoknya aku buatle topping kek tuh, ikut cam dalam buku tu. comotnye aku buat. maklumla first time. siap buat tulisan lagi, dalam jawi lagi, ehheh, mana nak jumpe kek tulisan jawi???

aku sms kan shiraj dan a. lan yang turut sama di morib bertamrin,
"arini b'day hasri, nak buat surprise, boleh tlg kompolkan kwn2, makan kek buatan sendiri jek"
"Ok, lepas zohor ek,
aku pon gilah morib, aku ajak adik aku tolong drive. sampai2 dah zohor. solat dulu. la rupanya baru nak majlis penutup. lambatla plak. perut berkeroncong ni. mana ada kedai dekat2 sini. sib baik kem el azhar tu ada buka kedai mini. jual maggie. so aku nagn adik aku dok pulun makan maggie dalam cup tu. kedai tu dok siapkan air panas. wah!!sekali sekala makan maggie ngan air cincau sedap plak....eh, apa kabar kek aku dlam kete, alamk cair le krim nyer...

memang betul...tak apalah, habis je tamrin, lepas salam2, peluk. diaoarang buat pengumuman.
"Pengumuman!! hari ni B'day Hasri Harun," aku pon kelam kabut gi amik kek tadi.
dalam dewan tu ramai2 nyayikan untuk hubby aku
"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan hasri harun, Allah selamatkan kamu"....

Really surprise!!!!!!(thansk br shiraj sebab bantu arrangekan)

ramai yang tak percaya aku yang buat kek tuh, hehehe ramai yang puji gak, Ini menyebabkan aku bertambah semangat nak belajar buat kek ni.....
aku juga telah membelikan sepasang baju+seluar+stokin, dia nampak happy.....aku pon happy...

mmm, may be orang rasa alahai, b'day ni every year, x perlu nak celebrate. pada aku, event2 yang penting ini perlu dirai, especially anniversary dan b'day ni. aku plak dari kecik mak suka celebrate. alah, makan2 kek , gitu2 jek. kira OKlah kan? tapi bila aku kahwin, budaya aku dan suami berbeza. dia tak biasa celebrate.

pernah haritu b'day aku. aku tunggulah sampai kul 12, dia selambe je tidur. takdele nak wish mende2. aku rasa esok kot dia nak wish. tapi bangun pagi dia selamba lagi. eee, bengang nye aku. dia gi kerje cam biasa je. x de rasa apa2 pon. bila aku sampai ofis, aku bukak le email, kot2 dia nak wish dalam emial. tapi x jugak. check sms x de jugak. sampainye hati, lupa b'day bini sendiri. ni x boleh jadi. aku antor sms
"abang ada lupa sesuatu tak harini"
dia balas
"eh, abang ada tertinggal kunci ke apa?"
aduiiiii, sakit jiwanya, ni kira dah merajuk dah ni...

tak lama kemudian aku terima email...
"sorry...abang lupa, hari ni B'day elly....., happy b'day...."
ish, ish, sabo jelah........

Itulah hubby aku. pernah aku merajuk berhari2 masa mula2 kawin dulu sebab dia x celebrate pon b'day aku. bila dah merajuk , jenuh le cik abang pujuk. ....,

Cuma istimewanya hubby aku, dia suka buat sajak untuk aku sempena b'day atau anniversary. Inilah hadiah teristimewa, x de jual di mana2. almost every year dia buat untuk aku. tapi sejak dua menjak ni, bila anak berderet, dia x sempat nak buat sajak. kira belikan kek pon dah Oklah tuh. aku pon bukan jenis nak demand tinggi. pada aku dah cukup seronok kalau tarikh istimewa itu kita dapat bersama orang yang tersayang. nanti kalau ada masa aku masukkan sajak2 yang dia pernah antor kat aku, heheheh

Actually aku nak buat second surprise kat ofis dia, tapi sebab semalam anak2 aku demam plak, x dptle aku gi ofis dia. x pelah,,,,,

Itulah aku, setiap kali b'day atau anniversary aku akan memikirkan apa surprise dan kelainan yang aku nak buat. seronokkan bila kita dapat happykan orang yang kita sayang???






Monday, April 10, 2006

Yang terbaik hanya untukmu sayang

mmm, sabtu lepas genap la habil 6 bulan. dan pada hari itulah pertama kali habil merasa makanan selain dari susu ibu. baru cuba2 semi-solid food utk dia. mula2 tengok dia cam pelik jek. dia cuma makan 2 susu kecil je nestum tu. actually buat dah blender nasi, tapi tak sempat nak bagi. sebab nak balik kg. Sampai kg dah basi la plak. so, nestum pon Oklah....

Alhamdulillah....seperti tidak percaya. aku telah berjaya memberikan susu ibu SEPENUHNYA kepada habil sehingga6 bulan!!!!, tanpa beri apa2 makanan!! dan aku berazam untuk memberikan susu ibu sepenuhnya hingga 2 tahun. sejak beli breastpump baru, avent, alhamdulillah, susu pon keluar dengan banyak. Aku berjaya buktikan cakap2 orang bahawa baby boy ni kuat nyusu, mampu ke nak susukan, engkau kan kerja. cukup ke susu tuh, dan bermacam2 suara2 yang menyebabkan kurang motivasi. tapi alhamdulilla, walau aku ni wanita bekerjaya, aku mampu berikan. ramai yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. so, x de alasan kenapa surirumah sepenuh masa tidah boleh susukan sendiri anak mereka. aku selalu bagi nasihat berkenaan penyusuan kepada ibu2 muda di ofis Ok. sampai aku ni jadi seolah2, kaunselor laktasi tidak bertauliah. heheheheeh.

aku bukanlah ibu yang terbaik. aku tidak mampu nak berikan pakaianan mahal2, mainan yang branded, rumah besar dah mewah, bawak anak2 bercuti di tpt hebat2. aku hanya mampu berikan SUSU IBU sebagai yang terbaik yang boleh aku berikan. aku puas melihat anakku membesar bagai johan , hehe, senyum gembira dengan hasil susu ibu. hilang rasa penat lelah memerah susu. sebelum ni aku hanya pakai yang murah je, brand anakku, beli masa offer, breastpump, RM23. bayangkan aku pakai since hanis lagi. ~setahun lebih dah , sampai ke habil boleh pakai. berapa penjimatan tu!! susu lembu la ni mahal!!!

aku tengok ibu2 moden la ni, sibuk nak belikan mainan fisher price, toy R us la, kalau boleh susu yang paling mahal, hantar nursery yang terkenal, semua nak yang terbaik tapi tidak sedar yang terbaik itu ada pada diri kita sendiri. kalau nak yang terbaik untuk anak kita, berila susu ibu!!!
memang , masa mula2 dulu rasa cam mustahil je boleh nyusu sepenuhnya, tapi lama2 , malaysia boleh, aku berjaya. sekadar berkongsi dengan sahabat2...

jika kita ingin nyusu sepenuhnya, berikut merupakan tips personal yang boleh aku share
1) Yakin boleh!!!!! percaya atau tidak sebenarnya susu dari badan kita ini cukup untuk 6 orang budak!!! (ada kajian buat). so x de alasan la kata susu saya x cukup. yakinlah!!!!kalau anak merengek2 walaupun anda dah susukan dia, dan orang kata lapo tu, x cukup susu tuh, bagi jele susu formula. JANGAN PERCAYA, even yang cakap tu ibu anda, atau ibu mertua anda!!!! (bercakap dari pengalamanla ni) . may be anak anda perlukan belaian atau masalah lain.
2) support group. saya sendiri join support group untuk breastfedding mom, ummikusayang.com, susuibu.com, momslittleones.com.Ini penting supaya kita boleh berkongsi aspirasi yang sama, x la tension, share masalah. percaya, really helpful!!!!
3) ilmu, la ni banyak kursus, pergilah, kalau malas carile buku, majalah, website. InsyaAllah, bila kta ada ilmu kita akan yakin dan motivasi. contohnya, saya dulu sakit masa breastfeed, inverted nipple, rupanya kita boleh guna shield, so kurangla sakit dan kita boleh improve sket nipple tuh.
4) kemahiran+ pengalaman. biasanya anak pertama susah sket. saya pon gitu. saya sendiri start fully breastfeed masa anak kedua, hanis dan habil. anak first full masa dalam pantang jek, pastu start le campur.jadi kita pon dah rasa masalah2, inverted nipple, bengkak, demam, berdarah. saya pernah menyusu anak sambil nangis2. tahan sakit. percayalah, sekejap sahaja. lepas 2 minggu, anda akan biasa, dan anda akan rasa satu perasaan yang menabjubkan. cubalah sendiri
5) breastpump yang sesuai
masa anak first saya guna breastpump yang picit2 tuh. penatnya. sampai suruh hubby tolong picit getah tu. bila x larat picit. sikit je susu kuar, dah le fed up. lama2 pakai susu formula je la....pastu my sister introduce pump yang tarik2. tu yang guna anakku tu. pastu letih la plak. tu yang try guna avent plak. mahal la gak rm196, beli sebabkwn jadi dealer. Ni pon teringin rasa nak beli yang terbaru avent, tapi mahal la plak. x pelah. InsyaAllah, ada rezeki beli...so, try la guna breastpump yang OK, macam avent atau medela. boleh beli online kat susuibu.com atau momslittleones.com
6) sokongan suami. ajakla husband anda gi kursus antenatal + penyusuan. suami pon kena ada ilmu jugak. alhamdulillah, my husband memang supportive. in fact sekarang ni, bila habil nangis waktu mlm, dia yang ambil dari baby cot dan letak tepi saya. saya cuma bertugas susukan sambil mata terpejam. bila saya dah terjaga dan habil dah pon tidur balik kekenyangan , kejut hubby, "bang, letak balik habil"....senangkan tugas anda????

6) contact dgn certified lactation councelor (betui ke eja ni) . dulu masa aku ada masalah nipple confuse aku call dr adlina suleiman (kat pa n ma tu). no tepon pon dpt dari support group aku. kekdang aku email kat rita momslittleones. lagipon la ni byk volunteer kaunselor laktasi, just call. mereka sedia melayan anda. aku pon pernak call kak norjinnah, presiden persatuan penyusuan ibu malaysia . mereka ni sangat membantu.....
7) Doa, penting sangat. susu tu kan rezeki dari ALLAH. pohonlah, moga anda di beri kekuatan. "Faiza A'zamta, fatawakkal"...

saya tahu bukan mudah. sebab saya pernah melalui juga saat2 yang sukar, dimana saya pregnant 3 tahun berturut2. saya pernah rasa kecewa yang teramat kerana tidak dpt bagi susu ibu sepenuhnya pada hanis kerana ketika dia 5 bulan saya sudah pon pregnnat kan habil. dan saya masih fully breastfeed hingga hanis 6 bulan setengah dan kemudian saya mula campor susu kerana saya tidak mampu lagi nak full. walaupon pregnnat tapi saya cuba juga susu kan hanis sampai kandungan saya ~4-5 bulan.

Aku harap tips di atas dapat dikongsi bersama. aku pon plan gak ni nak gi kursus. teringin gak nak jadi kaunselor bertauliah. heheh nak bantu ibu2 yang lain. kang kalau tak bertauliah aku cakap org x percaya la plak. ehhehe





Ni antara wajah terbaru habil. sihat nye!!!!! tembam teramat


ni gambar terbaru anak2 ku nan 3 itu!!!!. Ummi harap u all jadi anak2 yang soleh+solehah. Doakan ummi moga jadi ummi yang terbaik.......

percayalah anak2 ku..
Yang terbaik hanya untuk mu sayang.......

Monday, March 27, 2006

PhD ku....

entah le, 2 minggu lepas dapat offer letter dari sheffield. aku bukan apa, dari 2004 dah dpt offer study, york, bristol, soton, termasuk sheff, tapi disebabkan aku memilih utk jadi lecturer, terpaksalah aku lupakan hajat phD itu kerana kena service 1-3 thn dulu. ala, bukannye susah nak dpt tpt kat UK . asalkan ada financial support, dpt jek, walau result x seberapa. betul tak??la ni aku dah confirm jawatan, boleh le aku study. Aku berat gi bristol memandangkan supervisor kat situ beria sungguh dan berminat dengan ilmu yang aku ada. memandang aku kena reapply semua balik semua u yg aku dah dpt dulu, dah le tpt aku tu dah ada org amik, supervisor tu pon terpaksa serahkan aku pada orang lain. cam x best plak, pastu pikirkan cost of living kat situ tinggi. dah le aku anak 3.

aku hanya reapply sheffield jek. pastu cepat le dpt nye. kebetulan bidang material kat situ 5*, Ok kot. bidang aku pon ada kat situ. rumah pon agak murah. kira Oklah kot. kawan2 pon ramai dokat2 situ.

HIJRAH!!! semanagt itu yang aku tengah garapkan. kadang kala , hijrah tempat untuk menuntut ilmu itu penting, untuk memotivasikan diri. ehhehe, dah x larat belajar kat malaysia. chewah! bunyi cam eksen la plak. cukuplah, pengalaman aku buat master kat sini. cukup perit dan tragis. punye le lama samapi tesis aku pon dah rupa tesis phD. majoriti komiti aku suruh convert, aku dah x larat wei. dah rasa nak muntah tengok tesis tu. eeiii, bertahun2 buat master, dari blom kawin samapi semapt beranak pinak.

Yang penting, aku boleh belajar, tuntut ilmu yangbermanfaat untuk disumbnag kepada agama bangsa dan negara chewahh. yang penting untuk UMMAH.

Walaupun aku tau bukan mudah untuk menggapai kejayaan. aku telah memilih jalan ini sebagai pendidik. aku tak mahu menyerah kalah. aku kena teruskan perjuangan ini. kadang kala stress juga jadi lecturer ni. kena ngajar, bukan mudah. lecture nya 1 jam, tapi prepare lecture notes sampai 1 hari. kadang kala kena stay up malam2, hujung minggu kena dtg ofis. supervise student, meeting, kursus sana sini. hadapi karenah student yang pelik2. balik umah, karenah anak nan 3 itu. malam kang usrah la meeting la. usung le anak2 pergi. hujung minggu pon x macam cuti. bila le aku rasa nak rehat. kadang tu menguji kesabaran aku. kadang kala aku pikir, lagi senang jadi cleaner, deal nagn sampah, basuh toilet, dah. malam boleh tidur lena. esok kutip sampah lagi. hehehe tapi hubby kata jadi cleaner pon stress jugak. kang plstik sampah x cukup le, gaduh ngan cleaner lain sebab ada yang pakai sabun byk2 la. ntah macam2 (ini kisah tpt keje hubby aku le) . kena marah nagn boss, stress jugak. heheeh. kesimpulannya, semua kerje ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita kena jadi berbeza dengan org lain utk berjaya. stress ada di mana2.

Menjadi pendidik memang idaman aku sejak kecik lagi. bukan mudah nak didik jiwa supaya betul2 jadi MURABBI. aku selalu tekankan pada student kepentingan keberkatan ilmu. sebab aku ni bukannya pandai sgt, cuma entha, rezeki aku dpt kerje ni. kepuasan yang tidak terkira bila pelajar2 faham apa yang aku ajar. atau paling minimum pon, bila pelajar jumpa dan ucap terima kasih pon aku rasa satu kenikmatan. bila pelajar dtg denagn muka sodih dan pergi dari bilik aku dengan muka ceria, itupon satu keseronokan. walaupun kadang2 ada pelajar dtg dgn masalah yang ntah apa2, yang aku rasa malasnya nak layan, tapi aku gagahi jua, walau dlm hati, eeei, geramnyer. sapa yang tak geram. pegi class malas, test x dtg. asik nak merayu jek. sakit jiwa nye aku. susah nye nak ikhlaskan diri. kadang tu peliknye, pelajar aku ni ada yang masuk bilik aku cam x nak kuar jek. diaorang suka dengar aku membebel. katanye best. sabo jelah. Dan satu lagi, kita bukannya ajar fizik semata. aku pernah dlm kelas dok citer pasal budi bahasa ni. pastu bila aku pergi ATM, dah le que berjjela2. aku tgh sarat pregnnat . dan tiba2 ada seseorang pelawa aku kedepan. Ohhhhh, my student rupanya, terharunya aku....

Hai, dalam sedar tak sedar, dah 10 tahun aku di bumi UPM, sejak aku masuk sebagai pelajar matrik 1996. tak gitu Uda? peliknya, awat aku tak boring duduk UPM?? aku sendiri tiada jawapannya.......

Kalau ada rezeki teringinnya nak main snow, ehheeh . andai kata x de rezeki, pandai2lah aku memburu ilmu dibumi MALAYSIA nan tercinta ini, MAlaysia boleh!!!!

Tuesday, March 07, 2006

isteri YDP

entah kenapa malam tadi bila semua anak2 tidur , aku dok tunggu hubby balik. dalam 10 lebih baru balik dari ngajar kat KUIM. aku teringat beberapa tahun dulu waktu kami sama2 terlibat dalam abim selangor. dari jadi exco biasa, timb. YDP hinggalah dia jadi YDP. aku ni dari dulu exco biasa jek. heheeh.dari aku blom ada anak sampailah anak dah 3. terlau banyak pahit manis yang aku nak kongsi. terlalu banyak. cuba singgah hubby aku punya blogspot. abuhabil.blogspot.com.

sewaktu hubby aku jadi timb. YDP aku baru 1-2 hari bersalin husna. masa hubby gi muktamar aku masih kat hospital. sayu gak. yang lawaknya, beberapa hari sebelum bersalin, aku diminta jadi ketua helwa. mak oii. tak sanggup. bila habis muktamar, hubby bergegas ke hospital tengok aku. soalan pertama tanye, "elly jadi ketua helwa ke bang?" , "x lah, kak na jadi",
"alhamdulillah......".


Ini wajah suami ku waktu muktamar di mana dia sebak dan sadis...

muktamar seterusnya, aku mengandung 8 bulan plak. waktu tu hubby bakal menjadi YDP. aduh!!! . tuhan je yang tahu betapa gelisahnya aku bila dengar cikgu muslimin nak minta dia jadi YDP. aku berdoa moga2 ada orang lain. aku x sanggup jadi isteri YDP. aku tahu, masa dia bersama aku dan anak2 akan berkurang. sanggup ke aku. aku tahu dia juga begitu. beberapa hari sebelum muktamar, aku perasan, hubby aku sungguh gundah gulana. asik termenung, muka dia nampak gelisah dan gementar. aku tahu bukan mudah nak pegang amanah pada usia yang muda. waktu dia baru ~27. kira paling muda di malaysia. dia cuba menghubungi sahabat2 lama dia untuk sama2 membantu dia. tapi sedihnya +geramnyer, sahabat2 yang lain asik beri alasan, tgh writting tesis, sibuk kerje, balik lewat, x leh bagi komitmenla. macam2. aku nampak hubby agak down waktu tuh. dia pon boleh beri alasan yang sama kalau dia nak. dia pon tgh writting tesis!! dia pon sibuk kerje, kuar before kol 7 balik pon nak maghrib!!!. aku turut berkongsi gelojak perasaan dia waktu itu. aku tahu aku pon kena berkorban, segalanya, perasaan terutamanya!!!

makin dekat muktamar, makin gelisah aku lihat dia. aku cuba yakinkan dia, aku akan sentiasa disisi dia, baik susah mahupun senang. waktu itu aku ingin umdurkan diri dari exco. tetapi cikgu muslimin mintak aku stay, supaya aku boleh terus bersama hubby.

muktamar dibuat ni Maktab kerjasama malaysia. malam tu aku hantar husna ke kampong. aku dan hubby tidur di MKM. tidur asing sebab asrama lelaki asing nagn ponpuan. masa tu aku memnag tengah sarat. dah 8 bulan. kugagahi jua menghadiri muktamar. apabila diumumkan hubby aku jadi YDP, hati aku macam tersentak!!! walaupun aku dah tau lama. bila hubby aku beri ucapan sulung sebagai YDP baru. dia sebak. aku juga terasa tersentap hati. perasaan keisterian eh ada ke word ni) aku memuncak. lebih2 lagi bila dia sebut aku isterinya di atas pentas. bila dia kata hanya isterinya sahaja yang tahu. Dia makin sebak di atas pentas. satu dewan sunyi, seolah2 dapat merasakan kesedihan dan ketabahn hubby aku. ingin sahaja aku kedepan pentas dan memeluknya, mengusap belakangnya, dan mengatakan padanya,

"abang, elly di sini, kan terus bersama abang"....(alamak, sadis la plak bila tulis ni)

Itulah ceritanya, hingga kini aku masih terbayang2 wajahnya di pentas itu. Aku tahu dia terpaksa berkorban semuanya!!! demi memikul amanah ini. tesis dia tertangguh hampir 2 tahun. yuran masih bayar tapi x de progress. bila masa dia nak nagdap tesis tu. balik kerje, gi usrah, gi meeting, weekend rasmi sana, ceramah sini. kadang tu aku pikir, x de orang lain ke. takkan YDp nak kena buat semua!!dia jenis macam aku, jenis susah nak bagi alasan. terima jek. walalu aku tahu dia kepenatan tahap maksima, tapi dia gagahi jua untuk memenuhi jemputan. hingga kini begitulah dia. x de istilah penat. aku yang penat tengok dia. muktamar seterusnya, tahun berikutnya, aku pregnant lagi, masatuh dah 7 bulan. tapi kali ni, x de sadis sangat. biasa jek. tapi aku tahu, dia dah mula ada keyakinan berkat doa sahabat dan sokongan semua.

master dia dah lama sunyi sepi. aku nampak dia dah x de semanagt nak abiskan tesis dia. tak acilah orang lain. tak nak pegang apa2 jawatan sebab nak siapkan tesis. sibuk kerje la, macam le hubby aku ni x keje. geram...nyer. aku rasa aku kena ambil langkah drastik. satu malam, lepas habis usrah di rumah, aku pon bertanya pada dia dengan penuh hikmah
"abang, elly tengok, sem ni abang x daftar pon master abang"
aku tengok dia senyap jek. aku tahu ini soalan sensitif.
"abang elly rasa abang kena amik cuti la, siapkan tesis tu"
aku nampak dia termenung dan senyap. bila dia senyap aku mula kan lan ceramah motivasi aku.
bla..bla......bla.( x sangka rupanya aku ni motivator yang baik, heheh)
Akhirnya, aku nampak sedikit ceria di wajahnye. namun gundah tu tetap ada. OK bang, kita cari mana surat pendaftaran. tgh2 malam buta aku selongkar cari. x jumpe juga. Ok bang, x pe, call UKM, boleh daftar lagi tak. bayar denda pon x pe esok abang amik cuti 1-2 bulan? kuarkan duit kwsp abang. setelkan yuran tertangguh+ yuran sem ni. tak pe, duit boleh cari.
esoknya aku call dia , boss dia bagi cuti tanpa gaji 2 bulan. alhamdulillah. alternatif, aklau boss dia x bagi cuti, dia nekad berenti kerje. siapkan tesisi then pikir le kemudian nak keje apa. aku tahu rezeki dia ada. alhamdulillah...syukur teramat. kami berjaya melaluinya. aku sanggup temankan dia malam2 denagn sarat mnegndung anak ke3 supaya hubby aku termotivasi sellau. masa tu aku tengok dia gembira sebab tesis dia hampir siap. orang siap dalam 2 tahun. dia boleh siap 2 bulan. hewheeheh, power tak power tuh. hidup dia jadi macam student abis. lepak librray sampai malam. aku yang tengah sarat , gagah diri masak awal untuyk dia supaya lepas maghrib dia boleh terus gi library. aku nak dia makan yang aku masak. even breakfast dan lunch. solehah nye aku waktu tuh, heheheh akhirnya siap jugak tesis dia setelah ranaju duri ditempuhi....bayangkan selama ini dia kerje fulltime dan belajar juga fulltime!!! hebat hebat.....

sekarang ni dia tunggu viva , dah 3 bulan ni. lambat betul. aku dah x sabar nak peluk dia wkatu konvo dan katakan pada dia " abang dah buktikan!!!". tak sabar nak kongsi kegembiraan. dan aku rasa abim selanmgor byk menyuntik semanagt dia....

apapun, hingga ke saat ini, sampai bila2, aku bangga menjadi isterimu....

i love u sayang....

jgn mare...jiwang sket, apa salahnye ek, sekali sekala...




Thursday, March 02, 2006

Angah telefon MAWI??

malam tadi, angah sibuk nak main hangphone aku. maleh nak bising2 bagi jek. selalunya dia akn berlakon, telefon atuk, nenek atau opah. tiba2 malam tadi
" elo, mawi? awi? ,sambil pegang hp. aku dan suami saling berpandangan dan meletus lah ketawa kami bagai nak rak. tolong!!! anak aku dah kena penangan mawi....

sebeno sebelum ni kami sekeluarga x tau mende dan x nak amik tau pon pasal mawi ni. lagipon umah kami mana ada astro. dengo2 gitu jek pasal AF. cerita bermula masa hari raya aritu. rupa2nya mertua aku, (opah diorang ) peminat mawi. lagipun umah kat kampong ada astro. jadi masa raye asik dok pulun le pasang CD mawi kat umah. tup2 dah melekat di minda along . si angah masa tu x tau mende lagi. Bila balik sini, dah le along cam fanatik la plak. dengo lagu je kat pasaraya, walhal aku sendiri pon x pasti ye ke mawi nyanyi ni...
"ummi, mawi".
aritu aku nak beli CD education, "ummi, beli CD mawi"
Amboi2, bila le hang pandai sebut mawi ni. pastu plak, kat TV, iklan mamee, pernah le aritu beli, masak kat umah, setelah bertahun2 aku dan suami x makan maggie, Ya Allah, si along dan angah makan dengan penuh selera sekali sambil menyebut perkataan mawi berkali2. mulai dari saat itu, segala bentuk yang serupa mee adalah mawi, x kiralah, spaghetti ke, mee , ...la ni, dari dapur dengar intro iklan mamee tu, x tengok lagi pon, along dah jerit, mawi! mawi!

ish!ish!lagi satu aku ajar si along part of body, mouth, neck, chest, tummy!!, bila aku sebut tummy, si along jerit: mawi!! sambil pegang perut dia....hai haru2 . tummy pon boleh jadi mawi. sabo jelah.

entah apa yang hebat sangat dengan mawi tu, aku pon x tau. dari segi suara, hubby aku lagi sedap kalau nyanyi rasanya. aku citer kat class, " kalau husbnad saya masuk AF, mesti boleh menang, suara dia lagi sedap, dan pandai ngaji gak, heheeh"

rezeki dia, nak buat caner....tapi kadang tu aku pikir rakyat malaysia ni can x de mende nak buat dan fikir. pernah sekali tu aku dengar kat radio, org boleh tanye apa2 jek pada mawi, ada yg tanye kenapa mawi suka botak x suka ada rambut ke? Ya Allah, aku dengar,hai, mentaliti rakyat malaysia pikir bende2 gitu jek, x de le nak pikir jauh sikit. kalau borak, citer artis jek.mak nenek dia semua ambil tahu, suka kaler apa, sedara mara semua kenal la. cuba tanye, kenal tak imam ghazali, ibrahim adham, ibnu rusyd sure x kenal punye...

begitulah kita (termasuk aku jugak) sering terlalai dan leka dengan bende2 yang kurang penting. bak kata ustazah bahyah : kita nak lahirkan insan macam ibnu rusyd, bukan george bush, nak lahirkan imam ghazali bukan elvis presly, nak lahirkan ibrahim adham bukan david beckham.....

sedikit sangat orang nak berfikir......

betul ke ni...


dear abang,
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susahsejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar dirikereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngadakereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelakpaling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..pesanan ayang.. :-ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
love,
ayang
balasan dari suami...
dear ayang,bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah.. cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan ...abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza drjepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu.. ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang
love,
abang
ehheeh, ini bukan surat saya pada suami, dan bukan surat suami pada saya jugak.Ini dapat dari email. kelako plak baca, so just nak share. supaya hidup lebih CERIA...

Thursday, February 16, 2006

23 days to go

mm, ni tgh dok buat lecture notes lagi pasal relativity. dah lama tinggal jenuh nak imagine. bende ni bukan nye real on earth,kena imagine kat space. macam lecture kat angkasawan la plak.

mm, hari ni posa lagi. baru hari ke 3. mak oi, 23 hari lagi nak abis. hai, jenuh juga bersalin waktu bulan posa. banyak nye nak ganti. sempatle aku posa 3 hari sebab bersalin habil pukul 7 pagi puasa hari ke 4. ish, larat ke ni...dah le aku ni menyusu. alhamdulillah, habil dah 4 bulan, blom lagi makan semi-solid dan blom lagi dia menerima walau setitik pon susu formula. harap2 boleh maintain le. bukan mudah wei. dah le kerje, penatnye nak perah selalu. tapi sebab dah masuk dalam list azam tahun baru, cuba jugak lah.

Bila posa dan masa yang sama menyusu, aku kena la bangun sahur. kalau tak lembik dibuatnye. malasnya nak bangun...tapi bila teringat, eh, aku ni menyusu, gagahkan diri jugakla bangun...
Habil baru baik cirit birit. teruk jugak le cirit dia.samapi kena gi jumpa pakar paed kat kbmc. terpaksa lebur lecture nak nator dia kat KL. tapi alhamdulillah, better la dah ni. berat dia naik sikit jek. sellaunya setiap bulan naik sekilo. ni 4 bulan berat dia naik 0.4 kg je. tapi still nampak chubby , naik sket pon tapi berat dia 7.8. kira besar jugak la. dia dah pon meniarap. beberapa hari sebelum 4 bulan. maklomlah badan giant!!seronok dah main ngan dia, dah suka bila orang gagah dia. husna nagn hanis dah pandai le main ngan habil. tapi kena tengok2 jugak. kang dia 'tepuk' adik dia, sapa nak jawab!!

aku sellau kata kat hubby, kan best kalau dia pon boleh susukan anak, boleh gilir2 , hehehehtapi biasalah dia sellau jawab bukan sennag nak dapat syurga. mmmm, what ever, aku enjoy breastfeed, walaupada mulanya, sadis gak. bukan mudah. habil ni isap kuatnya, masa mula2 dulu terkjeut, bila perah kuar susu merah. rupanya susu dah campur darah. pedihnya...walalu anak ke3 masih x cekap lagi breastfeed. tapi alah bisa tegal biasa. lama2 OK.

Bila aku renung2kan, dalam tempoh aku kahwin (4+ tahun) rupanya lebih 27 bulan (lebih 2 tahun tu) aku penuh dengan pregnant. mak oiii lama tuh rasanya lebih separuh usia perkahwinan kami. samapi la ni orang asik dok tanye, dah pregnant dah? ada lagi ke? dah berisi dah? ish awat le depa ni, takde mende lain nak tanye, korang ingat kerje aku ni pregnant aje ker? apapun yang pastinya sekarang AKU TAK PREGNANT setealh beberpa hari lepas aku buat urine pregannacy test. don't worry!! negative!!. Yang pastinya aku blom bersedia untuk menerima yang aku pregnant lagi. Tunggulah 2-3 tahun lagi...dan sekarang aku enjoy boleh pakai apa saja. dulu ken apakai baju besor2 boring. tapi bila dah x pregnant kena pilih2 baju jugak sebab breastfeed. kira baju kelawar dah x boleh pakai dah la kan. jubah yang x de butang depan kira simpan kotak jelah.

OK, weekend ni busy nagn syura di shah laam. hubby pon sibuk. no jalan2....

Thursday, February 09, 2006

tempat pertama esei budi bahasa

mm, sebenonya la ni aku tengah dok siapkan lecture notes untuk topic relativity. alamak, aku paling x suka topik ni, lagipun ini fisrt time aku ajar subject ni. before ni aku ajar themodynamic (my fav subject) , pastu bersalin, then la ni aku kena ajar balik semua. pening la nak buat nota ni. aku masa amik physic dulu kalau bab fizik teori atau quantum mesti kantoi. awatla aku kena ajar balik subjek yang aku x suka. dulu aku kena ajar subjek mechanis and wave. lawak plak. dulu aku belajar, cukup2 makan je aku dapat. tetiba aku kena ajr subjek ni. bila aku dah ajar, rasanya x le susah sangat. awat aku dapat teruk masa study?? sib baik student tak tau result aku masa aku amik subjek ni dulu, heheeheh. so ni tengah dok muka einstein ni, mmm, pekena blog jap

INi le sijil yang aku dapat...buat kenangan...


ehehh, nak share pasal last 2 days, aku gi amik hadiah olok2 sempena majlis penutup kempem budi bahasa dan nilai murni. kan aritu aku kata aku dapat RM1000. duit dah dapat majlis tu kira official jek. ehhehe duit nye pon dah abis. macam2 aku. ntah, kan aku kata seribu ni kejap je abis. apapun sekurang2nya dapatle beli radio kete baru setelah dimusnahkan oleh husna....kalau nak harap duit gaji, ntah bila, ehheehehhe duit tu dok bayar kad kredit jugak sebab aritu guna banayk beli buku DBP. kebetulan jualan murah DAWAMA buat. apa lagi kami dua2 rambang mata. RM200++ jugaklah, maklumla, kami ni gila beli buku. bacanye blom tentu. hehehehe

oklah, nak citer pasal majlis hadiah tu. yang bagi hadiah tu NC baru UPM. ada lecturer yang tanye,

"u student ke" ,

"x lah, saya kerje kat fakulti sians"

Ada yang tanye lagi,

"eh, u fakulti bahasa ke"

"x lah, fakulti sains, jab. fzik", aku jawab

"eh, orang sains pon boleh tulis esei gak ye"?

"sebenonya orang sains ni lebih kritikal pemikiranya" jawab aku, pandai jelah.....

Sebeno, hubby aku yang banyak tolong. kebetulan dia baru balik seminar jati diri. so banyak le bahan sket nak dimasukkan. siap amik kata siddiq fadhil, yusuf Qaradhawi. sure yang baca tau yang tulis ni orang abim agaknya, heehehehhaku pernak juga menag tempat pertma esei peringkat upm sempena kemerdekaan. itu pun hubby banyak tolong gak. dapatla aku dalam RM 300 kot (x ingat), dan menag tempat ke3 puisi kemerdekaan lagi .daapt le dalam RM150, pastu esei tu antor kat utusan malaysia. kuar plak tu. dapat lagi RM150. dapat le kami honeymoon kat Kuching, sebab kebetulan aku ada conference kat sana. masa tu aku dah pregnant 4 bulan husna . so, duit hadiah buat tambang air asia hubby. aku naik MAS sebab pergi atas tajaan UPM. so naik flight asing2 le.dan sekarang aku realize, kalau rajin, menulis ni boleh buat duit jugak. so sekarang aku semangat nak join pertandinga esei atau puisi, hehehee, dapat le duit tambahan.

ada satu lagi, masa minum lepas majlis kempen budi bahasa tu ada yang tak percaya aku dah kawin dan punye anak 3!!!!! kuang kuang!!!. mereka ingat aku student!!!inipetanda yang aku ni masih maintain cun tu... (dengo tu bang).



Wednesday, February 08, 2006

hot spring sg klah 2




habih je program maal hijrah tu, petang tu kami bergegas balik kampong suami plak. mmm, ingta tak aritu aku dok citer pasal hot spring ni? ~20 nimit je dari rumah mertua. kebetulan, mak nagn ayah ako nak datang esok melawat bapa mertua aku yang sakit jadi kami pon lepak le lagi kat situ...., jom jalam-jalan


Tengok tu, habil pon rendam kaki jugak kat air panas.x le panas sangat. kat situ kita pilih la kolam mana yang kita nak. beza2 suhu. suhu pon ditulis kat situ. so pandai2lah. happy anak2 ku pergi situ. so , nampaknye setiap kali kami balik kampong, kena la kami gi situ......yang bestnye bila mandi kay kolam besar utk kana2 kita pon x risau dia selsema sangat berendam sebab air kat situ suam2 kuku, kira syok le bebudak tu.....

SAmbutan Maal Hijrah


Padasambutan maal hijrah yang baru ni, Abim selangor telah menerima Anugerah Toko Maal Hijrah (pertubuhan). anugerah ini pertama kali diperkenalkan, dan kiranya abim selangor pertubuhan pertama lah yang menerimanya. Alhamdulillah, hasil usaha, abang2 dan akak2 terdahulu, memungkin kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan abim. moga memberi semanagt dan motivasi pada penggerak2 abim semua. hadiah merupakan plak +duit RM5k+RM500 (buku). Jadi hubby aku sebagai YDP mewakini abim selangor menerima anugerah tersebut dari Sultan.
"Pejabat kat mana" kata sultan
"pejabat jak bangi, tuanku, dulu kat klang" kata hubby aku
"oooo" kata sultan,
itulah je kata2 sultan semasa hubby aku amik hadiah tu...mm, merasa jugakle cakap ngan sultan, heheehh aku usik hubby, ingatkan dia nak tanye, ada tak helwa abim yang boleh dikenenkan dengan beta, ehheheh (alamak , AMPUN TUANKU)

hai, hubby aku duduk kat meja VIP, depan khemah di Raja, yang aku n the geng duduk le khemah rakyat jelata. hai terasa nye antara 2 darjat. makanan yang dihidang pon lain, jenis air pon lain, layan usah nak kata le, nasib baik kami2 ni muka x malu, heheh x cukup , kami bangun carik sendiri...samapi ada caterer marah kami amik air VIP. sian tengok ada yang x dapat makan. bayangkan ada 4 kategory makanan semasa hidanagn makan. 1) hidangan di raja 2) VIP 3) orang awam 4) orang awam , orang kampung. Yang lawoknya, anak2 Kak Na (ketua helwa selangor) teringin nak makan ikan kat meja di raja. abis je program, anak2 dia gi cubit ikan kat situ. kena le marah nagn urusetia. padahal aku tengok urusetia yang dok pulun makan lebih2 tu. ala, urusetia x de buat mende pon, pakai baju punye le lawa, seragam plak tuh..duit sapa tuh...duit rakyat...chewah...geram gak, sian budak tuh, ala, budak kecik biasale....

progran nye mula kol 10, tapi sebab hubby aku terima anugerah di minta datang kol 8. mak oi, malehnye le aku cuti2 ni nak kuar awal. terpaksa le juga. sampai2 je depan masjid kanchong darat, kami di sambut
" Urusetia makan dulu ye, ada sedia sarapan"...mmm, dalam hati aku awatnye nye depa panggil aku urusetia, ooooopatutle, ish tensionnye, baju kami hari tu sedondon, warna pic, sama dengan baju urisetia, sabo jela, cuma pic kami ni terang sket and kain satin. kira kami lawa lagi le, heheh. aku pulak lately ni, suka plak pakai sedondon ngan hubby kalau program formal. maklumla, aku ni asik ngekor dia jek. samapi ada yang kami kami pengantin baru, kuang!!kuang !!. jubah yang aku pakai tu aku buat masa nagndung 8 bulan. kami buat sedondon sempena muktamar abim tahun lepas. heheh, sebab nak sedondon nagn bajumelayu hubby pakai jugaj jubah walau besar, ehhehehe

tokoh maal hijrah jatuh pada Dr. Mujaini (mantan ydp abim klang). wah, seronot le kami lepas program. pastu dengo Prof yusuf othman menag plak peringkat kebangsaan. lagi satu dr siddiq fadhil pon dapat peringkat perak.......alhamdulillah...sekurang2nya jasa2 mereka dirasai.....

Family Day ABIM Selangor

Wah, cuti raye cina yang lalu kami ada family day. best la dapat kompol semua. family day ni aku jadi pengarah. mak oii penatnye. dari nak tentukan tentatif, aktiviti hinggalah kepada nak pikir plastik sampah, sabun basuh pinggan. family day ni x de AJK teknikal. tu yang pening tuh. dari bende kecik2 sampaile ke beso2 akulah juga yang dicari orang. sibuk nagn 3 anak yang cenonet tu lagi. memnag penat sungguh. Alhamdulillah, exco abim selangor ni rajin2 + sporting abis. memang kerjasama bagus punye!!!
Cuma yang x laratnye, malam tu habil meragam rupanya demam. alhamdulillah le bawak paracetamol (cam salah je ejaan nye, heh) dan termometer lagi. mak oi, 37.8 darjah celsius tu. tak tidur le aku malam tu. dah le babah tidur kat dewan dengan semua brothers (ala2 tamrin gitu) . sib baik bawak helper, gilir ngan dia la. hai, dah azan subuh baru dia tidur. aku dah jadi cam zombi!!!!


Bukan senang nak berkumpul ramai2. tapi bila dah berkompol, happening!!! aku yang nagntuk ni pon jadi segar!! anak2 aku, si husna ngan hanis, memang le hantu air. tu le sebab aku buat kat Ulu Yam. kehadiran sekitar 70++.
Ini kali kedua aku jadi pengarah program family day. So dalam kete masa balik, aku sound YDP (huby aku le). surrender!! x nak jadi pengarah lagi, cukup le 2 tahun. penat wei, dari survey tempat sampai nak kutip yuran, semuanya aku. yelah, memang le exco lain rajin nolong, tapi beban resonsible tu yang x larat tuh. Apapun, yang pastinya aku enjoy family day ni. dapat kenal ramai orang !!!!! adik2, kakak2..makcik2..anak2.....mmmmm, indahnya berjamaah....