Tuesday, March 27, 2007

makan makan makan

mm, sejak aku di Uk ni masuk dah 4 bulan, sukanya aku makan. asik makan aje, tapi jgn terkejut beruk, berat aku turun ~3-4 kg!!! mmm, gara2 byk jalan la kot + sibuk layan anak2. jadi kesimpulannya sapa2 yang rasa nak makan banyak tapi nak kurus, bykkanlah berjalan.

bukan itu saja aku juga kemaruk memasak. lagilah sejak beli bread maker ni. kepala ni asik dok pikir idea nak masak apa. lagilah masa beli tu dia bagi buku resepi khas utk breadmaker , punye lah canggih resepi . gerram nak cuba semua . sebab lepas masak boleh makan. ehhehe

hubby aku juga kuat makan. kadang tu aku nak tergelak, satu ketika nak tidur perut dia berbunyi. mm, boleh dengar tuh. padahal makan byk dah. tapi biasalah hubby aku, makan byk mana pon maintain jek. malah di UK ni dia lagi byk makan nasi dari di malaysia. pagi, ptg, malam. anak2 aku juga begitu. smapai aku jerit, tak kenyang2 lagi ke?? yelah kadnag tu lmas abreakfast, lepas makan roti sapu coklat, dia mintak cereal pulak, pastu nak roti canai plak, pstu nak cereal lagi. mak oii, kang meletop perut tu karang. mmm, pastu depa la ni kurang sket dah makan nasi. cheese tu ratah macam makan nasi. sabo jelah. roti tu kira boleh ganti nasi dah bagi diaorang. kalau aku, mesti nasi jugak. sebab tu aku cuba2 la buat roti sendiri . apa tak nye seminggu roti sampai 3 bungkus besar. sib baik murah jugak.

aku x suka beli makanan kat kedai. lagipun sini yang ada hanye kebab+ burger. dah le mahal + x sedap + besaq nye . aritu aku beli kebab share ngan husband, boleh makan dari lunch smapai dinner x abis2. kadang tu teringat m'sia, makan2 kat hasan cafe atau satay kajang. ish22 ishh. rindu betul ikan patin, siakap, pucuk paku, jantung pisang,

lagi satu, di sini, org melayu nye suka buat jamuan. haa masa tu lah dpt rasa nasi dagang, kerabu, dll. masa ni la aku belajar dari kakak2 di sini caner nak masak. haa, last week, a, fuad + kak zurul spend msa boring depa kat rumah aku. dah tu depa bawak pasembor!!! wah!, aku dah belajar dah, nanti aku buat. mmm, aku hidangkan depa laksa sarawak simple. 1/2 jam siap. wahh , mesti terkejut mak aku. x pernah seumur hidup masak laksa. seingat aku first n last masak laksa ialah masa aku amik kemahiran hidup tingkatan 3, belajar buat laksa. itu jelah. heheh, biasalah, kat m'sia kalau teringin melambak laksa boleh beli. kat sini, kena buat sendiri. Tu yang asik teringin memanjang. hujung minggu plan nak try buat muffin laks. harap2 jadik la.

Antara masakan yang dulu aku x reti la ni dah boleh buat: nasi beriani (sempoi, campak rempah je) , pizza (from A-Z buat sendiri) , potato baked (kdanga lapis daging, lapis sardin), nasi daging, nasi minyak, kebab ( balik mesia jual pasar mlm ni). kadang tu aku sempat lagi buat che' mek molek dalam sibuk2 tuh.

antara resepi yang aku belum cuba lagi dan akan dibuat dalam masa terdekat nih: tiramisu (resepi kak kina), pasemboq ( resepi kak zurul), kuah rojak buah (resepi kak wan), nak gak cuba buat apam balik (resepi yus, hhehe x cuba lagi nih), nak buat beberapa kek lagi resepi kiriman mak.

Untuk pengetahuan semua mak aku adalah penjual kek di kampung. aku adalah bagi duit sikit suruh belajar buat kek, gi class. dia kira dah expert la ni. So, kat kg tu kalau b'day, tunnag+ kahwin, tempah kat mak aku la. dia juga jual pelbagai jenis roti + muffin. tapi masa kat mesia aku MALAS sanagt nak belajar dari dia. aku cuma tolong kacau2, lenyek2 roti, tolong tulis ats kek ( kalau tylisan omputih dia x reti tulis, cam eja cogratulation ke, wedding ke ,) tolong sapu creame atas kek. kadang tu mak aku ajar gak , tapi aku x sungguh2. haaa, bila dah sampai sini, nyesal x sudah. napa la x belajar dulu. then baru mintak mak pos resepi. ehheheeheh

harap2 aku akan enjoy memasak untuk melupakan kerinduan aku pada MALAYSIA....

Thursday, March 08, 2007

rutin

ahhh, aku tak suka rutin sebenarnya, buat mende yg sama everyday. masa aku di kampus dulu, masa undergrad hidup aku sgt busy, masa final year lagile. meeting sana sini. kira ala2 mat rempit aku ni dulu. uda awak mesti ingat kisah2 kita dulu. dengan motor kapcai yamaha 80 aku redah KL ke seri rampai utk meeting pkpim. balik umah kol 1 pagi. mandi, solat, baca quran sket dan aku start buat kerje aku. ahh, siapkan tesis. ramai yang tanye resepi aku belajar, masih boleh dpt 4.0. Pada aku, ilmu itu cahaya, dia tidak akan menerangi hati2 yang kotor. Jadi nak study tu setelkan dulu solat, quran, dan jgn lupa baca DOA sebelum belajar . bagi lari setan2 yang nak bergayut tuh. heheheh, inilah sellau aku cakap kat student aku. tapi kat Uk ni lagi byk syaitanla, ehehehhehehe

buat PhD ni bukan setakat belajar, dpt ilmu+findings, tapi aku belajar tentang kehidupan, manusia, kawan, berguru, dan macam2...entahlah, orang kata ilmu ni makin dikaji/baca ,makin byk yang x tau. itulah yg aku hadapi. awatla aku study x paham2???? geram kadang tu. makin baca makin poning. agaknya memang hati aku ni kena masuk workshop kasi cuci sket. heheheeh. ke aku ada dosa nagn sapa2? ni kena muhasabah ni, tazkiyyah diri

Di Uk ni, rutin aku, bangun pagi, siapkan anak2, bagi depa breakfast, usung mereka ber3 kesekolah. tadi ada abang tu tegur. "Sian abaang rizal tgk laily. bawak anak ramai2 ke school. mintak la zah hantarkan". alamak, sediahla plak . bukan apa x nak susahkan org . balik jam dah 9.15. sesi baca buku sementara tunggu hubby balik kerje. bukan baca buku aku, buku utk hanis angn habil la. letih kadang tu asik citer animals kat jungle. buku tu jek. sementara tu siapkan makan utk hubby. lauk dah masak malam tadi. 9.40 hubby balik. aku kuar laks. sampai lab kul 1015am gitu. gedebuk gedebak, 5.00 mula nak balik. sampai umah, x sempat mende2, tanggal tudung pun x sempat, dah kena serbu dek habil. apa lagi, nak susu lah. kena bagi dulu kalau tidak x larat dengo dia nangis. dia dah rindu susu ummi dia. aku la ni x larat dah perah. semenatra aku x de, no susu, makan le apa2. lagipon dia dah 16 bulan. dah makan macam2. tu yang macam hysteria tgk umi dia balik tuh.kul 6 , budak2 mengaji samapi, riuh rendah umah aku. depa ni beza sungguh dengan masa kita belajo ngaji dolu2. selagi blom turn depa nagji nagn hubby depa akan main, lompat2, nyorok2, baling2. Ya Allah, pening aku. hubby aku cakap jgn bising, adalah 1 minit, kang bising lagi. x tau dah nak buat apa. kalau riuh ngaji tu x pe jugak. kol 7 depa semua balik. yelah depa dah 7 org anak aku 3, jadi 10 org budak kecik!!! mana x nyer. pastu aku prepare dinner anak2, aku prefer amik nasik, suap sekali utk 3 org. selesai , siapkan makana untuk esok plak, kol 10, tidoq!!! x larat nak study lagi dah. kalau masa bujang dulu, kol 10 ni masaih muda. esok rutin yang sama akan berulang,,,,,,,

mlm tadi esi angah berbual nagn babah dia. sebenonya angah ni lagi peramah dari along. korang mesti seronok borak ngan dia, sebab dia sellau memulakan dialog.
suami aku tgh termenung
angah: Babah, babah buat apa tuh?
babah: tengah fikir masa depan
angah : tgh kat depan, ni dapur pergilah kat depan
babah: ^&)(_)

Babah: kita kena berjimat cermat
angah : naper?
babah: kita nak simpan duit?
anagh: jadi x leh gi kedai iqbal lagi? (kedai ni depan umah, boleh tengok dari tingkap jek), jadi, kena makan nasi jek, roti jek,
baha: babah nak beli kete la
angah: kete TETEDEZ?
babah: haaa, mercedez

angah ni suka dipuji. kalau kena puji memanjang senyumnyer. haa satu lagi, dialog
angah: ummi, angah nak masuk jannah (aku sellau kata , kalau good girl boleh masuk jannah)
ummi: haa, kalau dengar cakap ummi, nanti Allah sa?
angah: yang
ummi: allah sayang baru boleh masuk jannah
angah: uncle goreng masuk jannah tak? (panggilan untuk A. hazri yang sellau nyakat nak goreng dia kalau nangis)
ummi: kalau dia dengo cakap ummi dia , dia masuk jannah la
pastu mula la dia start sebut nama uncle dan abang2 yangdia kenal sleuruh UK. aku x larat nak jawab dah
uncle rizal\/ masuk jannah tak? uncle poad? abang lokman? kak aisyah? abang hadi?abang ryan? ^(*)*_(+_

angah, angah, bulan 8 ni dia akan masuk school. dia tu kepingin sekali pegi school. kadang tu bil apergi hantar along, dia akan tunjuk, ummi itu kawan angah. hehe enath bile le jadi kwn dia. pastu sellau dok citer, ummi cikgu angah ajar nyayi nih...itu ini. sianya, anagh . begitu berangan nak gi school/ lastly kat sini ada sekolah melayu. umur paling awal 4y. dia umur nak masuk 3y. tapi hubby aku daftar jugak. asalkan dia boleh citer nanti kat umah yang dia ada kawan dan cikgu. sebenonya hubby aku pon ngajar juga kat sekolah melayu, ajar faudhu ain. dptlah £6/hour. 5-7 pm hari ahad. jadi bila babah dia pon nagjar tpt sama, dia pon ngekor babah. kejap2 masuk class babah dia. x perla, asal dia happy sudah. Aku notice yang dia ni sangat cintakan buku. sebelum tidur mesti sibuk baca buku sampai mata aku dah terpejam dia masih lagi bertanye, ummi ni elephant kan? ummi, ni apa giraffe ke? aduhhh, udah le tu ngah, ummi nak tidur nih......