Thursday, December 18, 2008

kecil tapi bermakna

pagi ni aku hantar husna ke school. bila smapai je husna baru perasan yang hari ni non-uniform day. yang dia plak pakai baju uniform lengkap. pastu bila dia tgk kwn2 dia pakai baju lawa2, colurful, ngelip2, mula lah dia muka monyok. hari ni last day, jadi sekolah dia bagi pakai baju apa2.
"umi, along forgot to tell you..."
"la, napa along x cakap, umi x tau.."
bila masuk class, masa dah nak mula, semua orang tgh senyap. tetiba2 husna cakpa dengan kuat
"Mr Cowen, I am forgot...bla..bla" (dengan muka sedih bebeno)
aku menambah, "she is upset, she is in uniform...bla...

"It's Ok husnna, sit down..." kata Mr cowen...
on the way balik tu aku terbayang2 muka sedih husna. samapi rumah terus aku keluarkan baju dress dia. masa tunggu bus call ngan hubby . nanti abang hantar baju utk husna.

tup2 tadi hubby mesej, dia dah pergi school, then pakaikan husna dress dalam toilet . husna senyum dan happy sangat. terus pergi kat kawan2 dia tanpa semapt salam babah dia.

moral of the story: mula2 aku rasa ala kes kecik jek, bukan x pakai baju. tapi bagi budak2 seperti husna memakai baju yang cantik macam kawan2 dia membuatkan dia happy sangat. happy yang ikhlas dan bermakna. dan aku seronok kerana dapat buat husna happy walau sekadar pakai baju non-uniform.

husna masa umur 2 tahun, di rumah Sg. ramal dalam

Thursday, December 11, 2008

doa dan power rangers

lately ni malas yang amat untuk memblog. entahlah seakan rajukan ku pada prof davies x padam2. memang patut sebenarnya aku kecewa sanagt. report aku yang diepram lebih 3 minggu berakhir dengan " sorry laily, i have no time to check your report", kata ini (selasa) sehari sebelum dia berangkat bercuti ke australia (rabu) .
padahal beberapa hari sebelum tu (jumaat)dia janji akan submit within 24 hour.
amboi2, siap cakap 24 h tuh...

entahlah hangin satu badan rasa denagn perangai dia la ni... Alhamdulillah Thomas pengubat duka lara. Walaupun kesibukan dia memang tahap gaban,dia tetap tekun membaca satu2, dan sabar melayan dan sudi berbincang. Cuma dia tidak expert part experiment. Itu kelemahan dia yang aku terpaksa lah buat extra work. namun thomas tetap rajin membantu denagn mencarikan bahan2 yang sesuai untuk aku baca. Ya Allah, bukakan lah hati thomas agar tak jadi ke austria...ameen.

lately, gerun mendengar berita sahabat2 yang gagal dalam first year viva untuk transfer phD. kegagalan yang merupakan kesilapan sueprvisor! siapa yang tidak tensen jika supervisor sendiri yang patut menyokong pekajar menjadi sebaliknya. Inilah antara kelemahan phD. Terlalu banyak bergantung pada "power" supervisor. Dapat yang OK, alhamdulillah, dapat yang teruk, terpaksa la berhempas pulas.

apalah daya kita, usaha2 juga, doa jangan dilupa. aku cuba untuk jadikan masa membuat phD ini sebagai masa yang mustajab untuk lebih dekat padaNya. walau macam mana power supervisor pon, walau hebat mana terror kita, tanpa izin Allah, tiada maknanya. oleh itu marilah kita sama2 mencari IZIN ALLAH. bagaimana mencari izin Allah??? may be next entry aku akan buat cerita tentang izin Allah...

Ya Allah, aku lemah yang Allah..berilah aku kekuatan, seperti kekuatan para anbiya' dan mursalin..."

Teringat semalam sebelum tidur. aku mengajak husna berdoa" Ya Allah, bagilah ummi pandai, Ya Allah bagilah umi cepat habis PhD, bagilah umi kekuatan."
berbelit2 lidah husna untuk sebut bahasa melayu "kekuatan". lantas aku ubah,
"Ya Allah, bagilah umi strong.."
tup2 habil disebelah menyampuk..
"macam power rangers"....kah kah....tergelak besar aku..

ish!! power rangers tak sekuat mana.....



habil sewaktu menangis bagai nak rak..