Sunday, July 20, 2008

C.I.N.T.A

menyebut word itu saja bikin hati bergelora. cinta oh cinta. manusia sanggup buat apa saja demi cinta. Cukuplah mungkin pengertian cinta yang bersepah kalau di google kan. Aku sekadar berkongsi pengalaman, nostalgia sedikit dan mungkin sedikit tips. Cinta itu sangat2 luas, cinta yang aku nak kupas tentunya cinta manusiawi. kecintaan pada Allah dan rasul rasanya juga sudah banyak dikupas oleh orang lain dam aku bukan ahlinya.

Cinta sesama manusia juga luas. ibu ayah, adik, guru. aku ingin sempitkan lagi pada cinta diantara adam dan hawa. namun cinta adam dan hawa juga luas. aku rasa aku
tidak ingin kupas cinta jalanan. atau erti kata lain cinta biasa2 muda mudi tepi jalan. aku tidak punya banyak info tentang senario itu. cukuplah filem2 dan drama2 melayu yang terhidang sebagai santapan.

Cinta luar biasa


bak kata ct nurhaliza. cinta luar biasa. oops luar biasa bukan maknanya cinta sesama lelaki atau sesama wanita. maklumlah la ni isu ini sungguh sensitif. Cinta yang yang ingin aku kongsi boleh la aku katakan cinta muslimah atau mungkin boleh dikata "cinta bawah naungan ka'bah" (macam dah tajuk drama la plak) . cinta ini sungguh unik dan mungkin berliku. sorry aku tak punye idea lagi nak namakan apa.

ada beza ker dgn cinta biasa?
mm, ada part yang berbeza ada yang tidak. namun feel cinta tetap cinta.cuma bezanya adalah method. bagaimana cinta diurus.bagaimana cinta dipamer, disembah. sapa harus urus siapa? kita urus cinta atau biar cinta mengurus kita. sapa yang lebih berkuasa. kita atau cinta. ini antara persoalan2 yang perlu dijawab dulu.

islamic kah bercinta sebelum kahwin??
mungkin ada berpendapat.
"tak boleh! haram, cinta sebenar adalah selepas kahwin. x islamic tuh. astaghfirullah..."

aku tidak pasti orang lain. mungkin pendapat berbeza. tapi aku jujurnya bercinta juga sebelum kahwin. sesuatu yang fitrah dan natural pada aku untuk seorang muslim berasa jatuh hati/berkenan dengan muslimah yang lain. jangan ditolak fitrah ini. Suatu yang tipu kalau ada yang kata muslin yang baik tidak mungkin jatuh hati,
"ish, ni mesti x jaga pandangan, mana boleh jatuh2 cinta ni, x islamic"

x islamic lagi. yang islamic bagaimana ye???

Contohnya aku dan hubby. sebenarnya aku kenal dia sudah lama. pernah berjumpa tetapi tak ade feel apa2 pun. dia di UIA dan aku di UPM. Dia juga telah berjumpa ramai muslimah, yang bijak, yang cantik, sopan, karisma, jauuuuuuh lebih hebat dari aku. namun Allah campakkan rasa cintanya tumpah pada aku. Hubby terdetik hati dengan izin Allah untuk memilih aku. Ini kuasa Allah yang Maha Hebat. dicipta lelaki itu berpasangan denagn diterbitkan rasa suka.Ta'jub bukan? Allah jadikan lelaki/perempuan untuk cenderung hati nya pada orang tertentu dan tidak semua.banyaklah asbab musabab nak ditakdirkan jatuh hati ni.

Namun aku tidak menafikan sama sekali ada setengah2nya menggunakan orang untuk mencarikan jodoh. ini pada aku juga bagus. Hubby juga guna orang tengah untuk sampaikan hajatnya. lelaki contohnya, sudah ada rasa ingin kahwin, boleh meminta sahabat2 senior tolong bantu mencarikan calon yang sesuai. aku dan suami sendiri perlah terlibat dengan urusan ini. Bukanlah pelik sebenarnya meminta sahabat yang kita percaya untuk carikan jodoh. Ini juga method untuk menemukan 2 hati. Malah ini jalan yang paling selamat dan lebih islamic untuk mereka2 yang belum berjumpa calon masing2 dan sudah teringin bernikah.

Cinta bermatlamat
Akhlaknya, bercinta mestilah punya matlamat untuk diakhiri denagn ikatan yang sah. Jika anda belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, janganlah bercinta. Ini nasihat aku. Cinta perlukan tanggungjawab. Ya, aku pernah di approach oleh sahabat aku sendiri, , sanagt baik, akhlak mulia, tapi aku masih di tahun 1. Satu keputusan yang sukar pada waktu itu. Dalam hati , "ish, bagus budak ni, rajin solat di surau, akhlak terpuji, bijak, muka pun boleh tahan (alamak hubby jgn marah ek) ". Kalau aku tak terima nanti, ada ke orang nak kat aku lagi. nanti menyesal pulak. dia ni baik , belum tentu nanti aku dah grad jumpa bagus macam dia. Kalau aku tolak kang dia cari lain pulak. Ini satu lagi isu muslimah, desperate!!, aku mengambil masa setahun untuk memberi keputusan. lama kan? dan sepanjang setahun itu solat istikhorah seolah2 menjadi solat wajib bagi aku. dan aku rahsiakan dari semua orang kecuali sorang saja kakak yang aku percaya. sampai kini, sorang pon x tau. Namun aku berpendapat, aku bercinta untuk berkahwin, bukan suka2, dan pastinya kami kalau nak kahwin pun lagi 3-4 tahun, lagilah dia buat perubatan, mau nye 5-6 tahun lagi. mampukah aku mengawal diri??"

jawapannya adalah "TIDAK"


cinta datang wrong timing. maka berlalulah begitu saja. sian mamat tuh....

aku sangat2 tidak rekomen bercinta lama2. bukan saja sukar diurus, tapi banyank ujian dan cabarannya. lebih2 lagi mengawal nafsu dan gelojak hati. syaitan amat gemar....
bercintalah seadanya sebelum nikah.

Aku sibukkan diri dengan urusan study dan persatuan. Aku benar2 sibuk dan tidak ada ruang untuk cinta2 ni. sepanjang tempoh study ada juga hati ini digugat. hehe tak sangka gak eh, comot dan ganas macam aku ni pun ramai orang minat, kui kui.

hubby datang dalam hidup aku sebaik saja aku grad dan memulakan master. Ya, pada aku ini waktu yang sangat sesuai. dan hubby hadir, memang orang kata timing cantek!!

"Hati ini bukan milik saya, maka mintalah pada Pemilik mutlak sebenar hati ini". mudah saja jawapan aku.

disebabkan kami sudah sama2 matang. kami sudah tau apa yang perlu dibuat. perkara nombor wahid yang hubby buat sebelum apa2 lagi adalah menghubungi mak aku (setelah usahanya memohon kepada Pemilik sebenar hati) . eheheh, selepas call, hubby terus jumpa family dikampung (aku x de pon waktu tu) dan line clear (proses dibuat dalam tempoh seminggu) .Ini dah macam prosedur ISO la pulak. dia lulus interview. then dia beritahu mak dia yang dia dah jumpa calon isteri. kemudian mak dia call mak aku, bla, bla....alhamdulillah selesai bab tu. Paling kurang hubungan kita dibawah pengetahuan keluarga. Jadi ada kawalan disitu. nasihat aku, family first, then barulah hati kita.

kenapa aku cerita kisah aku? sebenarnya kisah aku bukanlah yang terbaik untuk dikatakan cinta islamic. ada juga cacat dan cela. ini sekadar berkongsi dengana adik2. kisah cinta masing2 pasti berbeza. tapi mungkin ada sedikit sebanyak yang adik2 boleh ambil iktibar.

cinta islamic Vs dating
aku benar2 boleh kata kami bercinta adalah sesudah kami bertunang. sebelum itu orang kata sekadar "hai hai bye bye". maka bermula proses taaruf kami. Ya, kami saling telefon dan email. Satu penipuan besar kalau dikata tak de perhubungan langsung. Tanyalah pada sesiapa yang bertunang, pasti ada sekelumit rasa cinta, sayang, rindu. saling memberi motivasi dengan hadiah mahupun kad . Ustaz pun ada naluri macam manusia lain. cinta tidak mengenal status. Namun biarlah berpada. bijaklah menilai suasana. sibukkan diri denagn urusan gerakan atau persatuan agar tidak dilalaikan dengan lamunan asmara yang keterlaluan. Sedar diri, yang kita apa2 pun belum lagi suami isteri. Saat ini kita benar2 diuji. Sabarlah. Sabar makna yang proaktif. penantian satu penyiksaan sungguh. Inilah masanya kita kutip pahala kesabaran.Jangan terlalu dilayan lagu2 jiwang karat, janagn sellau biarkan diri sorang termenung. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...misteri cinta. sebab kita asik dok bayang dia sesaja. bangun tidur dia, nak makan dia, gi mana, dia dan dia.....misteri sungguh cinta ni kan???

teringat dulu waktu b'day. aku impikan hadiah yang romantis dari tunang. mungkin jam, bunga, kad istimewa, , (ish yang ini janagn ikut, tak boleh jadi contoh ok!) . tapi hubby bagi aku jam jugak. tapi jam meja UIA. ish sabo jelah. Sama juga bila raya. ingatkan dapatlah kad raya tulis "istimewa buat tunang". tapi yang aku dapat kad raya UIA yang gambo depannya masjid UIA, dan hubby hanya sign jek. x tulis mende2 pun. jadinya janganlah kita terikut2 dengan budaya2 biasa yang orang lain buat. bikin kita angau dan sasau!!

Ok, bab dating. Ini isu yang sangat2 sensitif. Boleh ke berdating dalam islam?? aku tak boleh jawab. adik2 boleh fikir sendiri. basicnya sangat2 mudah, simple,
"bila ada sorang perepmpuan, dan seorang lelaki berdua2an, orang yang ketiganya adalah syaitan"
jadi statemenmt di atas sudah cukup untuk menjawab , boleh ke tidak dating ni.

Dan ayat alquran yang kerap kita dengar. gerun bunyinya
"La taqrabuzzina"

bukan x bagi zina, dekat pun x boleh. dekat macam mana, jangan mulakan. jangan beri ruang dan peluang untuk diri kita dan tunang kita untuk berjumpa berdua. Berjumpa dalam erti kata konon2 untuk melepaskan rindu dendam. Fuh, ngeri bunyinya. mungkin ada yang kata
"ala, kami bukan jumpa tempat sunyi, kami jumpa tempat ramai orang!"

walau kita berjumpa tempat yang ramai pun kita dan pasanagn kita tidak dibawah kawalan mana2. tiada siapa ingin menegur, tiada siapa yang kisah. "Hanya aku dan kau saja". Ya benar, dalam byk kes, bermula dari jumpa kemudian bersambungan dengan perkara2 lain. Percayalah, (ini dari pengalaman aku sejak di upm, belajar dulu), bila terlalu kerap berjumpa, Allah sudah hilangkan rasa malu. bila bercakap sudah tidak rasa apa. sebab itu tidak hairan, walau muslimah, namun sudah berani pegang tangan!! ini kisah benar ni.lantaran cinta amat sanagt musliamh pun rela hati tangan dipegang. ini lantaran kekerapan berjumpa hingga hilang kesiuman. Cinta sudah berada pada tahap yang paling tinggi dalam hidup. ini sangat bahaya!!

Inilah salah satu kelemahan yang sanagt sukar dibendung. Bila cinta menguasai diri, duit dan masa sudah tidak dihitung.apatahlagi iman. Aku lihat didepan mata banyak muslimah2 upm yang nampak hebat, berjuang demi islam, namun jatuh tersungkur dipintu cinta. merelakan diri diperguna oleh cinta. hilang sifat malu dan jati diri yang selama ini dipertahankan. bagaimana seorang yang musliamh berpenampilan terpuji dengan muslimnya juga dilihat soleh boleh naik motor bersama tanpa ikatan sah? pelik bukan? sampai sekarang aku dok fikir2 macam mana boleh terjadi? jenuh berusrah bagai, tup2, begini jadinya. Ini satu fitnah yang besar buat Islam.


Alhamdulillah, sewaktu bertunang, aku di serdang, hubby di seri rampai. jaraknya dekat. kalau nak dating x sampai satu jam boleh je jumpa. Namun kami pertahankan jati diri ini. Siapa kata tidak rindu? kami rindu juga. Tapi komitmen "menjaga" itu jauh lebih tinggi dari rindu. Ya, jujurnya kami pernah juga berjumpa , tidak pasti samada boleh atau tidak dikatakan dating. Hubby selalunya akan mengatur pertemuan dirumah aku dikampung. maka aku dari serdang dan dia dari gombak akan masing2 menuju ke klang. rumah family aku. Hubby dilayan oleh family aku. kami bercerita bersama2 dengan family aku sekali. Menjelang perkahwinan banyak urusan official, borang2 perlu diisi. maka mak dan abah datang dari klang ke serdang begitu juga hubby untuk sama2 berbincang urusan2 perkahwinan. malah urusan untuk survey rumah sewa juga kami pergi bersama mak dan abah. Sekurang2nya ada kawalan, jelingan mak dan ayah yang membuatkan kita hormat. Terus terang, mak aku sangat2 mempercayai hubby. selalunya kalau aku nak kemana2 aku akan beritahu mak. maka mak akan kata "Hasri tau tak? bagitau hasri jugak" .

bijak bercinta
ingin aku ulangi. aku bukanlah contoh yang terbaik kalau hendak dikatakan "cinta islamic". istilah itupun mungkin kurang sesuai. Namun sedikit2 sisa pengalaman yang aku kutip buat aku jadi lebih prihatin.

Bila sudah mabuk bercinta, katalah apa saja. nasihatlah apa saja. ia bagai angin lalu.kita seolah2 berada dalam dunia sendiri. Cuma nasihat aku sebagai orang tua (kira tualah kan), rasional lah. keluarkan diri dari dunia yang memisahkan diri kita dari orang lain. Nikmatilah hidup ini dengan bahagia. Hidup ini bukan kita dan dia saja.

Ni'mat cinta sebenar akan lahir. jauh lebih manis dan murni apabila tok kadi ngangguk mengiakan 2 saksi. perjalanan masih jauh. jauh lagi. cinta sebelum kahwin hanya secebis daripada lautan nikmat cinta yang ada dalam dunia rumahtangga.


Muhasabah
satu ketika, ambil sedetik waktu. tafakkur. berfikir. takut dan harap. Kita harap biarlah cinta kita berakhir dengan perkahwinan tapi kita juga patut takut ia jadi sebaliknya. Oleh itu seadalah bercinta (agak kurang praktikal kalau aku kata, jangan bercinta langsung) , kerana jika bukan dia pilihan Allah buat kita sekurang2nya kita tidak kecewa yang amat sangat. Jangan letakkan pergantungan cinta mendalam kita lebih tinggi dari perancangan Allah. Bukan Alllah tidak pernah uji dengan cinta yang tidak kesampaian kepada ramai orang? mungkin kita juga diuji begitu. paling kurang kita bersedia jika dia bukan ditakdir jodoh kita. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

hidup dalam rumahtangga tidak seindah cinta masyuk kita sebelum nikah . Ya, indah! namun menuntut tanggungjawab dan amanah besar.

Nasihat

aku tidak mahu adik2 diluar sana kecundang. tewas sebelum waktunya. Cukuplah apa yang cukup. jadilah orang baru. Jika masih gagal. usahakan agar akhlak muslim itu sama dengan keterampilan fizikal kita. usahakan yang mana perlu. Islam ada jalan. pilihlah jalan Islam. cinta dalam islam tidaklah terlalu kompleks. kita yang buatnya kompleks.

Maaf teramat maaf. bukan niat untuk menyinggung sesiapa sebab aku sedar diri , aku ini penuh kekurangan. Sama2lah kita nasihat menasihati."Addinu nasihah" .Di sheffield ini ada yang hampir kecundang. harap adik2 ambil iktibar. aku sebagai orang tua, menjadi tanggungjawab untuk sama2 ingat mengingati.

maaf juga ini entry terpanjang rasanya. heheh. maklumlah malam minggu. masa panjang dan damai untuk menaip.

fuh!!! larat2 diri membacanya. moga ada manfaat!

Friday, July 18, 2008

Fitnah bermaharaja lela

satu negara dikejutkan kembali dengan insiden ulang tayang penahanan anwar. Aku bukanlah ahli politik, malah tidak berminat langsung untuk menjadi ahli politik. aku juga tidak berdaftar dengan mana2 parti pun. Namun aku pada aku, sikap ambil tahu tentang politik tanahair amat penting walaupun berada nun jauh di uk.

melihat berita utusan
"Fitnah Rosmah: Raja Petra ditahan"
terfikir jugak, kenapa tidak beritanya juga begini
"Fitnah anwar: saiful ditahan"

satu ketika kita disajikan dengan berita yang amat keterlaluan penipuannya. Malah media seolah2 bertindak menjadi hakim di luar mahkamah. Ketaranya media sudah hilang integriti! media sudah menguasai segala2nya. ketidakseimbangan cerita amat ketara. aku tidak pasti samada wartawan media ini sedar atau tidak yang pembaca sekarang ada akal untuk berfikir.

Sungguh aneh politik di Malaysia. sangat2 pelik. sukar dijangka. penuh dengan tipu muslihat. satu ketika rakyat kebanyakan sudah keliru. mana satu yang benar. siapa fitnah siapa sebenarnya. siapa mangsa, siapa pemangsa.

Sulitnya melihat kebenaran. Namun Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi mahupun nyata. Alangkah amannya dunia bila semua ingat Allah.

mungkin ramai yang dapat meneka aku dibelah pihak yang mana. pada aku itu bukan isunya. ya, jujurnya dulu aku pernah beberapa kali menziarahi keluarga kak wan atas jemputan (pergi beramai2 bersama sahabat abim) . Mengenali keluarga kak wan, aku melihat ketabahan yang luar biasa. teringat kata2 kak wan. " saya ni sebenarnya x de cutting jadi ahli politik". Namun takdir telah menentukan , kak wan yang lemah lembut itu kini menjadi lantang bersuara di dewan parlimen. Kak wan sungguh hebat. peribadi mulia, akhlak subhanallah, sungguh terpuji. sesiapa yang mengenali kak wan pasti mengiakan kata2 aku ini. Seorang yang briliant di zaman belajarnya. namanya terpahat di papan tanda sebagai best student royal surgeon college (sorry nama penuh x sure) di dublin. Antara wanita terawal yang memakai tudung malah beliau juga sangat aktif berdakwah mengajak adik2 pada waktu itu untuk menutup aurat. aku secara peribadi pernah berjumpa seorang pensyarah wanita dan beliau bercerita kak wan lah orang yang mengajak dia bertudung dulu.

sesiapa yang mengenali keluarga ini mana mungkin percaya anwar meliwat saiful. Malah kes liwat pada tahun 98-99 juga membuktikan dia tidak bersalah untuk dakwaan liwat. Sungguh aneh dan pelik orang yang merekayasa cerita ini. Aku tidak fikir anwar punya banyak masa hendak melakukan perkara laknat itu. jika melihat jadual aktivitinya saja sudah semput. sanagt padat dari pagi samapi malam. Terlalu banayk yang ingin dia buat. tuduhan liwat adalah sangat jijik dan keterlaluan. Ya Allah, bagaimana kak wan dan keluarga menghadapi ujian ini. Anwar sudah punya family yang harmoni dah bahagia. dia tidak perlu mencari keseronokan songsang!

Aku bukanlah pengagum anwar atau peminat ekstrimnya. , aku cuma menghormatinya dan keluarganya yang pada aku sangat kuat semangat. Teringat satu ketika sewaktu beliau baru keluar dari penjara dan menunaikan umrah, beliau dan keluarga dilayan seperti raja diistana mewah. kata beliau sewaktu dijemput berceramah di jamuan hari raya abim
" saya dapat merasa tinggal di istana dan dilayan hebat diistana setelah merengkok dalam penjara. kalau ada sesiapa ingin jadi tetamu diraja seperti saya, sanggupkah anda merengkok dulu dalam penjara?"

Cukup2lah apa yang berlaku pada beliau. Entah apa yang mereka inginkan. adakah mereka mahu bertindak seperti Tuhan?

Moga Allah tunjukkan kebenaran.

Ya Hadi
Ya Hadi
Ya Hadi
Tunjukkan kebenaranMu.....

Ya A'ziz
Ya A'ziz
Ya A'ziz
Muliakan hambaMu disisiMU

Friday, July 11, 2008

London, here we come...

fenin, fenin..terlalu banyak yang perlu difikirkan dalam satu masa. aku juga nak fikir baju apa anak2 nak pakai, sabtu anak2 pakai jeans ke pakai dress ke, beg mana, hubby nak pakai baju apa, aku juga, aktiviti apa depa nak buat masa aku conference, patut ke gi london zoo atau madame tussaud, nak beli tiket masuk islam expo, naik tube lalu route mana, nak bawak makanan apa, logik tak bawak rice cooker, nak buat rendang, sambal tumis, kang aku makan sedap2 masa gala dinner anak2 aku makan apa, aturcara ziarah kawan2 lagi, camera nak beli sebab yang dulu dah jatuh dek anak2, pop up tent nak jadikan bilik untuk syahida dan ju, Fuhhh!!

Termasuk kerja2 lab, dan menyiapkan slide presentation. sedihnya kedua2 supervisor tak ada minggu ni. depa tengok dan respon via email jek. Alhamdulillah ada si Gino budak germany, post doc yang baik hati tolong komen dan terjemah slide dalam bahasa jerman yang supervisor aku bagi. Dia banyak bagi idea apa yang aku patut tulis dan tak patut. slide aku terrlalu banyak words. eheheh jadinya aku kena fikir2kan diagram mana nak letak, picture yang sesuai...bla...bla..agak last minute sebab last week dan samapi hari ni masih dok buat kerje lab, bila nak sit down godeh2 slide presentation. ingatkan nak recycle je slide2 yang terdahulu. tapi macam x relevant pulak. fuh!!

aku dah buat 23 slide , tgh fikir slide mana nak buang ni. Aci tak kalau letak gambar anak2 kat last slide,huhuhu. walaupun ini bukan pertama kali present di bumi asing, aku ketaq juga. malahaku rasa aku lagi ketaq present depan malaysian dari mat salleh2 nih.








Doakan semua berjalan lancar. Anggaplah ini untuk berkongsi idea dan ilmu. bukan nak exam pun. banyak lagi yang perlu dibuat ni. fenin fenin. moga Allah bagi kekuatan.

be honest anyway

see you then...

Monday, July 07, 2008

Hujan

"Hujan yang turun bagaikan mutiara..."
tetiba hati terusik dengan lagu Allahyarham sudirman ini.

Ya, di luar hujan turun agak lebat. Terasa sayu, gersang, dan hambar. Begitu juga hati ini. entah apa yang tidak kena, bagaikan ada satu keresahan dan amukan emosi yang berpusu2 mengasak. Adakala aku termenung membuat kerja lantas di sergah manja oleh technician, dan tadi nyaris2 api menyambar tangan, nasib baik hanya kena pada glove yang tebal itu. segera aku tamatkan eksperimen yang merbahaya ini kerana aku takut aku tidak focus dan berlaku kemalangan pula. entah, api biru yang panas tidak berupaya melenturkan tiub glass yang selalunya boleh. entah apa silapnya. tangan sudah merasa lenguh. perut sudah merengek lapar, jam sudah pukul 3. patutlah...

mungkin glass itu seperti aku, masih belum dapat dicairkan. melting point aku tidaklah terlalu tinggi seperti tantalum atau tungsten. Suhu bilik saja sudah bisa cair kalau kena caranya . Caranya?

Aku tau ada yang tidak kena. ada kegusaran dalam hati yang belum hilang. ada kesayuan yang belum padam. Ada keikhlasan yang belum ditagih.

Salahkah aku begini? menanti pelangi petang?

aku pasrah. namun aku tidak mahu mengalah. ada ego yang bersisa. jujur dan tanggungjawab. demi bahagia ke hujung nyawa.

Ya bahagia, pasti ada yang terusik.

menyerah atau mengalah? menanti atau berharap?

bara menanti salju.

salju yang menyejukkan

sejuk yang menenangkan

tenang yang membahagiakan.

bahagia yang mendamaikan.

damai yang hilang........


aku menanti
damai kembali..



segera kembali

Friday, July 04, 2008

menangi hati isterimu

mengharungi bahtera rumahtangga pastinya sekali sekala hati tercuit, hati tersentak, hati remuk, dengan sikap pasangan kita. Itulah hikmahnya perkahwinan, mengajar kita bertasamuh, berlapang dada. jadilah orang pertama yang memulakan maaf,dan jadilah juga orang yang mudah memaafkan. Kita harus sedar kita jua insan , suami kita jua insan. Tidak lekang dari salah silap. itu pun fitrah kejadian tuhan.

teringat kisah rasulullah dan saidatina a'syah, lebih kurang beginilah ceritanya. rasanya cerita ini sellau di perdenngarkan. waktu itu nabi balik lewat. nabi ketuk pintu tapi aisyah tak dengar sebab dah tidur lena. rasulullah tidak mahu ganggu tidur isterinya, lantas baginda tidur didepan pintu. bila dah pagi, aisyah sedar yang suaminya tiada disisi dan membuka pintu. Astaqfirullah! rasulullah tidur di luar rumah!. lantas bersegeralah aisyah mohon maaf.
"Maaf aku Ya Rasulullah, aku tidak sedar, aku tidur terlalu lena"
Rasulullah menjawab" Maafkan aku ya aisyah, aku yang salah, aku balik lambat"
"aisyah menjawab.."tidak ya rasulullah, aku yang salah,,,"
mereka saling mengaku salah. alangkah indahnya nya. Subhanallah...

percayalah, bila kita memulakan maaf, kita jadi manusia yang lebih bahagia. dan jika saling bermaafan dengan pasanagn kita selalu (tidak termasuk hari raya) kita akan lebih berhati2 menjaga hati pasangan kita. Nikmatnya hidup jika hidup berkasih sayang.

Apabila ada salah dan silap, cepat2lah diperbetulkan. Kejujuran sanagt2 penting. Apabila pasanagn kita mula tidak jujur dalam sesuatu perkara, itu petanda badai perbalahan hendak bermula. Selisih faham itu biasa, hadapilah dengan akhlak muslim. tiada guna meninggi suara. kita bukan kanak2 ribena. Berbincanglah, bertenanglah, terimalah kelemahan dengan rasa syukur sebab kita ada pasanagn yang mengingatkan kita apabila terleka. itu lah hikmah perkahwinan. Berbekalkan akal dan iman, berhemahlah bila bermusyawwarah. Janganlah pendamkan rasa tidak puas hati kita itu lama2. Ia bakal memanjangkan "perang". Bersegeralah...buatlah sesuatu sebelum terlambat. Isteri itu pakaian suami dan begitulah sebaliknya.

Apabila rumahtangga memanjat usia, kita cepat rasa selesa dan sudah memadai. selesa dalam erti kata cukup dah cinta selama ini. apalagi ingin dimaniskan, anak pun sudah berderet. kita hidup aman bahagia, x bergaduh2. kira alhamdulillah. Namun bagi aku tidak cukup. rumahtangga bahagia bukan maknanya tidak bergaduh. Bahagia pada aku ialah cinta dalam rumahtangga itu "hidup", mekar, subur mewangi dan ma'mur. kita tidak takut untuk menasihati pasangan kita sebab kita tau pasanagn kita dahagakan nasihat. Addinu nasihah. belajar menerima teguran denagn positif. ini satu proses. bukan mudah hendak tarbiiyyah diri agar tidak melenting bila ditegur. bukan mudah. betul. cubalah. jika ada orang tegur/nasihat dan kita rasa gembira, maknanya kita sudah hampir mencapai matlamat itu. A'zeem. namun jika kita masih rasa 'geram' dengan orang yang menegur kita , ada something yang masih tidak settle dalam hati kita. check lah hati kita. mungkih perlu tazkiyah nafs dam muhasabah.

Aku sempat membelek2 buku di bawah. aku buka helaian demi helaian. mmm aku jumpa point yang aku cari. tanpa berfikir panjang terus saja aku membelinya. Buku ini sebenarnya agak basic. lebih kepada asas baitul muslim. Namun bila rumahtangga yang makin bertambah usia, perlu jua sekali sekala di jenguk2 kembali asas2 ini. kita kan mudah lupa. Selalunya sebab lupa asaslah kita tersasar. fikir diri hebat, namun sebaliknya. Aku ingin hadiahkan buku ini buat suami tersayang. Buku ini jua lambang yang kita kena sama2 proaktif. Bukan isteri saja yang harus menangi hati suami, suami juga. mari kita ramai2 belikan buku ni untuk suami kita.



Tuesday, July 01, 2008

tidak takut dosa

hati aku agak sedikit terganggu. Benarlah kata seorang pendakwah dari Indonesia yang aku sudah tidak ingat namanya. Tapi beliau memberikan satu forum di UIA semasa abim dan yadim menajdi penganjur jika tidak silap sewaktu awal2 perkahwinan dulu. Katanya
" ahli politik berfikiran , semua orang adalah musuh melainkan yang benar2 nyata saja kawan. TETAPI bagi pendakwah, semua orang adalah kawan kecuali yang benar2 nyata saja musuh"

Pada satu ketika bila kita sudah selalu buat salah, kesalahan seterusnya sudah tiada apa2 lagi. sudah biasa. tiadak terasa apa. lebih2 lagi ramai yang menyokongnya. Teringat apda satu kata2, " Bila menipu sekali, kita terpaksa menipu banyak kali selepas itu untuk menutup penipuan yang satu itu "
Moralnya janganlah cuba2 menipu, walau sekali. takut nanti kita hanya rancang hendak menipu sekali je tapi terpaksa menipu banyak kali.

Susah sangat kah bercakap benar? Ya , susah, jika dengan bercakap benar, kuasa dan harta akan tergadai. Jangan bicara soal maruah, soal prinsip, soal jati diri. Tiada maknanya. Bila manusia sudah terkena penyakit TIDAK TAKUT MATI. Atau mungkin lupa tentang kehidupan selepas mati.

Inilah mungkin sindrom yang dikatakan oleh Ustaz Sidek Fadhil, sidrom tidak takut dosa. Bukan tidak tahu mana dosa, mana tidak. Kenal,,,, tahu. menipu itu dosa, merampas harta orang itu dosa, mengaibkan orang itu dosa, menggunakan kuasa dan pangkat untuk kepentingan peribadi itu dosa, membiarkan kemungkaran depan mata itu dosa, menafikan hak orang itu dosa, dosa belaka, arif semuanya. Namun masalahnya sudah TIDAK TAKUT DOSA. Mungkin boleh di kata, Ada apa dengan dosa?

dosa, pahala, syurga, neraka, munkar, nankir, raqib, a'tid. itu semua sudah tiada dalam kamus orang yang tidak takut dosa.Itulah malangnya ujian kemewahan. Itulah padahnya ujian kekuasaan. Jauh lebih hebat dari ujian kemiskian dan kesusahan. ramai orang boleh survive dengan hidup susah tetapi tak ramai yang boleh survive bila hidup senang. Ini lah penangan bila terlalu lama berpangkat dan berkuasa, sudah tidak betah lagi jadi manusia biasa, terlalu biasa di puja di puji, sudah tidak boleh lagi menerima teguran dan nasihat. takut nya bila hati sudah di tutup Allah, pintu hidayah sudah tiada, apa lagi yang boleh di lakukan. Takut2 Allah akan membiarkan kita terus lena dan leka denagn dosa tanpa kita sedari.

apapun, Allah Maha Pengampun, Maha penyayang. Biarpun hambanya berlalu munkar, Allah masih beri Ar Rahman. ada udara untk diseduti, ada hujan untuk dinikmati, ada lagi nyawa yang diberi.

Terinagt perbincang usrah helwa tempohari. Sedutan sebahagian daripada ayat quran (maaf nanti saya cek surah apa, ayat berapa), tapi lebih kurang begini maknanya:
"sekirang ada segolongan yang mahu memberi ancaman kepada kumpulan lain , ia tidak kan berlaku dengan izin allah, dan sekiranay ada golongan yang ingin memberi faedah/nikmat kepada gologan lain, juga tidak berlaku tanpa izin Allah) .

Semuanya berlaku denagn izin Allah. Ingat!! tiada yang hebat daripada Allah. "Manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik"


Sama2lah kita berdoa agar yang benar biarlah ditunjukkan benar. Yang salah biarlah ditunjukkan salah.

Aku tidak sanggup air mata ini berderaian lagi.....

Ya Latif Ya Latif Ya Latif.....lembutkanlah hati2 mereka

Ya Qawwiy Ya Qawwiy Ya Qawwiy.....kuatkan hati orang yang beriman

Ya Qhaffar Ya Qhaffar Ya Qhaffar...ampunilah aku, keluargaku, sahabatku, guru2ku, pemimpin2ku, muslimin muslimat, mu'minin, mu'minat

Ah, terasa dhaifnya diri...............