Tuesday, July 31, 2007

tidak keruan

Dalam2 hati seronok untuk untuk berpindah rumah hati aku dan huby menjadi tidak keruan. serba tak kena rasa. Aku yang tension untuk menyiapkan report selalu marah2 dan satu ketika marah2 juga dengan hubby. Nasib baik cepat sedar yang berdosanya tinggi suara dengan suami. Lantas aku segera mintak maaf sambil mencium tangannya. Ah!! kenapa la aku emotional sangat. Banyak sangat yang aku tensionkan. Dengan rumah baru yang tak sempurna lagi, penat kemas rumah lama, letih dengan ngadap buku, tension dengan alat kat lab rosak, baju bertimbun2 x kering sebab radiator rosak, karenah anak2, nak transfer telepon, internet, sky, macam2. Baru hajat hati nak siapkan, kerja anak2 dah menyibuk, baru nak pegang buku, anak2 dah merengek. Aduh!!! pening aku. si habil asik nak menenggek kat riba. asik nak bergayut x habis2 nak menyusu. Sungguh meletihkan. Demi untuk menyiapkan kerje terpaksala aku korbankan waktu tidur. Waktu orang lain lena dibuai mimpi, aku berperang menyiapkan kerje. hai, seronoknya kalau dtg UK ni utk honeymoon , bukan untuk study....(ish, jahatnya impian)

Geram juga kat supervisor. aku dah bagi report lebih 2 bulan baru dia pulang balik. Subhanallah, tuliasan dia aku x paham. dahla tu ada part yang dia x puas hati lalu da menulis 5 pages utk aku. berchenta rasa nak baca tulisan dia. pastu dia bagi aku tempoh 2 minggu utk aku bagi balik kat dia. Aduh, dgn sibuk nak pindah rumah lagi, ngan lab lagi. Due sebenar (official) nak hantar lagi 2 minggu (17/8) . Byk correction yang perlu dibuat. kalau dia pulang balik kat aku awal boleh la aku cari bahan2 tu. Ni dah panic sebab apa yang dia minta aku x jumpe cari. puas aku buka katup buku + journal+internet. Mati aku, esok kena hantar kat dia (utk dia tengok sebelum hantar pada 17/8!!! dia pulak tgh bercuti di Australia then NZ.Selepas 1-17/8 dia x boleh di access sebab bercuti di NZ. Jadi 1/8 adalah last utk segala2nya. Confirm byk lagi correction!! Aku x tau la larat ke tidak , atau aku terus terang yang aku x jumpe, aci tak minta dia yang cari, heheheh

Fuhhh, awatle professor (rasanya x semua kot) tulis macam malas2 je, tulisan tarik2 yang buat aku rasa nak terkeluar anak mata membacanya.....Harap2 lama2 aku dah boleh familiar ngan gaya tulisan dia yang pelik itu. Bayangkan dia tulis 'the'. sengkang (-)pada huruf t ditulis selepas 'e'. Harap2 kalau aku jadi professor satu hari nanti aku tidak mahu mendera student aku membaca handwritting aku!! paling kurang biorle tulisan tu boleh di baca kalau x lawa pun.

Friday, July 20, 2007

hand phone



handphode di atas adalah pemberian Ustaz Asyraf hashim . terima kasih ustaz. Seorang lecturer di UIA yang baik hati utk beri hp ini pada hubby. malah turut tolong bayarkan £30 dari £45 bayaran bulanan. Hp ini tersangat canggih bagi kami , maklumlah sebelum ni hanya pakai yang cikai2 (eh ade ke bahasa ni, ampun) jek. sebab hubby aku dan aku jugak kalau beli yang byk function bukannya reti pakai, x fully utilised. dia cuma pelru hp utk, hantar sms (sampai la ni kami x tau nak buat mms) , terima call, buat call. itu jek. paling2 pon asal boleh amik gambo utk suka2. CUKUP. tapi bil aada hp ni dia dah mula sket2 le explore 3G. malah gambo2 di fotopages kami di ambil guna hp ini sebab camera 3.2MP.

aku pulak, kalau nak beli hp akan cari yang paling murah juga sebab perangai aku sebijik cam hubby. yang basic udah le. malah di Uk ni dari januari sampai june £10 tak abis2. aku ingtakan aku je yang paling teruk rupanya technician aku lagi teruk. semalam dok borak ngan dia, dia kata dia beli hp 5 thn dulu. besar! dia malu nak tunjuk dan dlm tempoh 5 thn dia hanya top up 2 kali dan jumlahnya hanya £20!!bayangkan 5 thn pakai hp hanya guna £20!! dia kata hanya utk emergency jek. mmm di UK ni x sama ngan M'sia. kalau x top up after 3 month kira no tu akan 'burn'. tapi di sini tak. so, jimat utk org yang x berapa use to have hp like me.

kadang2 aku x faham, org sanggup spend ribu riban utk beli hp canggih. aku tgk sepupu aku tu kerje kilang tapi hp sampai RM1K+, kerani aku pon pakai hp canggih manggih dari aku. eh, mana depa dpt duit ? aku yang gaji lecturer pun pikir byk kali nak beli hp mahal2, baik aku beli buku ke, baju ke, apa2lah. cam sayang la plak. malah, student aku punye hp laaaagi mahal dari aku. buek malu jek kadang tu. pernah masa aku ngajar depa siap guna hp utk record. antara sebab aku pakai hp selain utk emergency ada;ah utk tengok jam. aku tak suka pakai jam. x taula napa , cam rimas plak. pernah hubby aku beli jam kat pasar mlm utk aku, sabo jelah. sebab aku ni kang asik ilang je jam. so kena pakai yang murah jek. smapai la ni aku x de jam tgn.

kadang2 aku pun x faham juga, kenapa muda mudi sanggup berhabisan untuk hp. mmmlambang kemewahan? prestij? nak tunjuk hebat? atau memang keperluan? kadang2 mende2 simple pon hanatr sms .
A: u tgh buat apa?
B: tgh makan
A: makan apa?
B: makan nasi dgn ayam
A: ayam masak apa?
B: masak pedas (sambil hantar gambar pinggan nasi+ ayam tu
A; eh, napa x merah sgt cili tu
B: aku pakai sos je
A: sos jenama apa?
begitulah seterusnya.......samapi 2-3 jam dok layan sms, buang masa + duit sungguh...itu x masuk dengan upload lagu2lah, ringtone...pembaziran..

banyak sangat aku x faham!! bukan le aku ni anti hp. tau penting hp tu. hubby aku tugasnya ialah charge hp aku, dan ingatkan utk aku bawak, malah dia sendiri akan masukkan dlm beg 'sekolah' aku. heheeh. kalau x buat camtu, hp tu jadi tukun. bagi yang mampu utk punye hp yang canngih, silakan,,, kaalu bijak, byk kegunaan positif. hp juga ada tom tom utk tunjuk arah jln. mm kan ke bagus tu. hp boleh tau masa solat, ingtakan waktu solat. haa ok lah kan . hp juga pengikat kasih sayang. kadang2 boleh gak 'nagda2' hanatar sms kat hubby " i love u", heheheh mmm, penting tu...

tapi yg x mampu jgn le berabis hanya kerana hp. Hp hanyalah tool. ada yang kata i x leh hidup tanpa hp!! hp tu nyawa tau!!

pada aku , pandai2lah. letak mana keutamaan. kang duit habis beli hp + bersmsian dapur x berasap la plak.....

la ni budak2 kecik pon dah ada hp. malah jadi isu pulak sesuai ke tak bawak hp ke sekolah. aku bukan apa, kalau boleh bawak hp, confirm mesti ada yang bersms masa tgh belajar. mmm, entahlah, AKU TAK FAHAM

Tuesday, July 17, 2007

erti cinta


"hadirlah cinta, cinta...." husna menyayi. ish, aku confuse , mana pulak dia belajo lagu cinta2 ni. radio x de, kalau ada pon mana ada lagu melayu. aku terkesima kejap.
"La....rupanya dia dengar kat internet lagu kumpulan inteem.."hadirlah cinta, cinta utama..." ish ish, cepat plak dia tngkap lagu ni. husna ni walau 4y tapi dah pandai godeh pc boleh gi favourite, cari blog2 nashid, pandai cari cartoon , padahal bukan reti baca pon sgt. rupanya dia cam word tu bila dia tgk ummi dia. boleh pilih sendiri nashid yang dia minat. lagi yang paling dia suka ialah lagi nyanyian kumpulan mirwana nagn jay jay tu. Allah, lupa dah tajuk nyer. actually aku pon suka gak lagu tu. . malah dia akan cuba ikut bait2 lagu tu..ah, budak, cepat betul dia belajar... Honestly aku kureng gemar mendengar nasheed yang lembik2, asik2 cinta walaupun di sulami dengan "ingat Yang Maha Esa", tapi nashid itu aku rasa agak kurang menyegarkan minda. aku sungguh terkesan nagn lagu nyayian asri rabbani sewaktu dulu dlm nada murni iatu lagu "munajatku". haa, nashid macam tu barulah rasa cinta sebenar...motivated sket...

kadang tu rasa 'geli tekak' bila dengar husna sebut cinta. untuk budak seumur dia, apa lah diatau erti cinta. aku sendiri jarang sebut word tu. selalu word yang keluar ialah sayang.
"along sayang ummi? " tanya aku
"sayang", ujar along sanbil mengangguk2 kepala
"kalau sayang, dengar cakap ummi, jgn ngada2 sanagt, ok?? kata aku
"OK!" sahut along....

dialog di atas antara dialog yang kerap berlaku di antara aku, along, angah dan habil

Cinta memberi makna yang berbeza pada individu yang berlainan. malah cinta bukan sahaja berkaitan manusia dengan manusia sahaja. pada aku cinta terbahagi kepada 2. 1) cinta kepada Khaliq yang mutlak sifatnya 2) cinta kepada makhluk (apa saja, insan, lion, wang ringgit, kuasa, star, gunung ganang dll atau dengan kata lain "ayat2Nya"). Yang pastinya cinta kepada makhluk mesti berasaskan cinta pada Khaliq.

Terlalu luas ruang lingkupnya. boelh buat beribu2 tesis pasal cinta ni. Cinta hanya tinggal cinta jika tiada pembuktian. apa bukti kita cinta Allah? cinta Rasul? bukti cinta suami? Ada orang , malah boleh dikatakan ramai (mungkinkah aku??) , tidak meletakkan cinta mana yang lebih utama.

anak ummi!

Actually apabila tau aku hamilkan anak lelaki, kami punye beberapa nama. Yang pastinya mesti bermula dengan H. antaranya Harraz, Hafiy, Hasif, nama habil tu ntah macam mana boleh terpacul dari mulut hubby. agak jarang orang melayu nama habil. nabil adalah. apabila orang bertanya nama anak aku, kebanyakaan akan mengerut kening dan bertanya, apa makna habil? lantas aku menjawaab mudah, ambil sempena nama anak nabi adam yang soleh, Habil . Bukan Qabil tau!! tapikan ada juga orang namakan anak dia Qabil.mmm kesiannya....lain kali check dulu , org selalu confuse yang mana baik, habil ke qabil?

ok, kembali pada tajuk. Habil yang cheeky2 bom ini sangat2lah manja teramat lantaran memegang title adik paling lama, hampir 2 tahun kini, malah kemungkinan besarnya lebiiiiih lama. sabtu lepas kami visit yah dan hairul yang akan balik m'sia disamping 'mengutip' brg2 yang dia nak let go terutmanya lesung batu yang aku lama idamkan. Dia kata ini pon lesung batu zaman berzaman diperturunkan. heehh ah melayu, kat englang pon masih nak jugak makan sambal belacan. betul lah takkan melayu hilang di dunia. Kami di sini masih makan masak lemak cili api, rendang ayam, ikan bakar cicah air asam. malah aku rasa makanan aku di sili lebih 'melayu' dari waktu aku di m'sia. yang menariknya, habil sungguh teruja sangat tengok baby twin milik yah n hairul. ah!!! sian habil nak main ngan baby...

Ahad lalu, hari memasak. dlm kul 2 lebih petang semua tidur kecuali aku dan habil. nak tengok tv ngan dia, boring plak, lantas teringat ada jagung dlm tin yang telah di buka tapi anak2 x nak makan. sabo jelah. aku juga tengok ada tamar yang berkurun dlm peti ais. lantas terfikir membuat cekodok jagung+ tamar. hasilnya amat memberangsangkan. licin. pastu aku siap buat inti karipap. aku suka buat byk2 sebab inti ni byk kegunaanya. selain karipap boleh dibuat inti murtabak, popia, chicken roll, pau, malah boelh juga jadi topping pizza!! jadi aku akan bungkus ikut utk sekali makan. nanti sennag nak masak ikut suka apa. ini cara akula. nanti defrost jek, pecahkan telur dah jadi murtabak!! sennag anak aku nak breakfast atau sebagai lunch box. kemudian aku masak sayur. siap gubag batang daun jadi bunga ros. ini kes x de kerje le ni. then aku kukus ikan. pastu aku buat kuah kacang utk makan ngan nasi impit. Fuhhh, dengan penuh teruja menanti suami balik dari ngajar utk dinner bersama. tup2 dia balik bawa makanan jugak!!! mee kari dan roti jala. Fuhhh penuh meja..... untuk mengelakkan habil dari kacau aku masak aku terpaksa buat adunan utk dia jugak....

habil ini sungguh feminine. pantang aku tanggal tudung , suka beno dia amik dan memakainya. pantang aku ikat rambut along dan angah dia juga nyibuk utk ikat rambut jugak. malah, periuk belanga kat dapur dia la yang suka buat main masak2. anak ummi sungguh...


ini dia cekodok corn-dates






habil yang comel itu, buat aksi manja bila camera nokia n73 ini nak amik gambo dia bermain adunan menemani ummi masak

Thursday, July 12, 2007

mak


Mlm tadi aku tidur lewat dok surevy2 accomodation utk pergi scotts. bila dah sampai kul 1 pagi aku tetiba terngin tepon mak. dah laam rasanya x tepon.

Aku; Assalamua'laikum mak
mak: waa'laikumusalam
aku; mak, ni Kak wik ni ( kak wik adalah panggilan mak dan adik2, abah aku panggil aku elly, hubby pangil elly gak)
mak: Kak wik?? (nada seronok)
aku: mak sihat ke?
mak: sihat, husna sihat? (mm, husna yg paling dia ingta)
aku: semua sihat, hanis makin tembam, husna pon
mak: mak rindu kat husna (masa ni suara dia dah slow). kat sini ada anak cikgu tu muka dia macam husna, mak sellau bagi dia kek, mak rindu kat husna (masa ni mak aku nak nagis tapi di tahan2)
aku: husna nak masuk sekolah dah, hanis pon, ( aku cuba elakkan dari mak rasa sedih, tapi aku tau mak aku ni x suka tunjuk yg dia sedih)
mak: mak terkilan la x dpt hantar brg kat wa aritu
aku: x pelah mak , nanti ada kwn tu balik mak boleh kirim brg, isi dlm kotak kecik ke
mak: tulah, mak tgk byk baju kakwik kat almari tu, mak hantar la
aku: x yah la mak, baju kurung bukannya pakai sgt kat sini. mak pos baju raya utk husna, hanis ngan habil jek. kitorang x per.

aku sebenarnya memiliki hampir semua sifat mak.antaranya yang x suka tunjuk sedih depan orang. aku akan tahan2 rasa sedih dan rindu tu. macam tu juga mak. even masa mak hantar aku kat airport pon aku tau mak sedih amat tapi dia control, aku pon camtu.

last2 mlm tadi x leh tidur kul 3 pagi baru tidur. teringta mak. maklumlah setiap bulan aku tak pernah miss balik kampung. lagipun kelibat anak2 aku membuat hati 'nenek' nya terusik.

memang dlm byk2 cucu dia lebih sayang husna. aku x leh kata apa. sebab masa husna, ku x de maid, jadi kalau aku outstation, mak aku akan jaga husna jadi husna tu rapat sungguh dengan dia. masa husna lahir dia excited sangat, makumlah cucu pompuan pertama. segala mala dia beli. sayang sungguh dia. tapi bila hanis lahir dan kemudian habil bisness mak agak tergendala lantaran terpaksa menjaga nenk aku yang tersangat uzur. mak berenti berniaga utk jaga nenek. walaupun ada maid tapi maid x nak jaga sangat sgt org tua , dia lebih suka kemas + kerje2 lain+bantu2 jek, dia x sanggup basuh berak semua. bukan sennagg sebenarnya jaga orang tua. nenek aku tu kencing berak semua kat tpt tidur.

yang paling sayu selepas seminggu aku sampai di UK, nenek aku pon meninggal dunia. lagipun lama sangat dia sakit terlantar. (alfatihah

yang paling lawaknya bila aku cerita kat husna, yang nyang (moyang) dah meninggal dunia . aku guna istilah mati sebba dia mudah faahm. tapi dia boleh tanye nyang mati kena tembak ke? ish ish budak ni dia ingat cam kat movie apa?

mmm, masih teringat waktu seklah dulu, walau mak aku sekolah x abis dia begitu menghargai ilmu. bila aku study dia akan tunggu dan buat susu nespray!! itu yang membesar bagai johan!!!

ahhhh rindu mak!!!

Wednesday, July 11, 2007

penantian itu...


ahh, literature dan first year report perlu di submit mid august. aku x rush sangat sebab aku dah lama start writting. literature review aku dah hantar utk semakan, 2 months ago. dan until now, supervisor x abis2 baca lagi. fuhhh. dia nak jumpe aku isnin lepas, tapi aku xleh dtg sebab teman husna ke trip. so kami tukar ke selasa, tapi last2 x jadi gak, dia kata hari ni. aku tunggu punye tunggu dia x datang. dia palk x ckp kul baper, biasanya dia call aku kat lab jek bila2 dia nak jumpe. laaaaaast sekali dia call dari rumah beria2 minta maaf dia x dpt dtg plak hari, so laaaaaast sekali esok dia kena dtg jugak sebab jumaat dia nak fly ke australia again!!!!!. dah le masa aku sampai mula2 ke sheffield jumpe dia seklai jek pastu terus ke australia. pastu ni baru 7 bulan dia nak gi lagi. nampaknye jarak jauh lagi kami nih....ish222 ish....bukan apa kalau x de supervisor kat depan mata kita ni 'malas' sket. eheheh kalau dia ada ttttttepaksa rajin. jadinya aku la yang kena mujahadah merajinkan diri. aku dah ckp kan dia awal2 masa aku sampai. aku nak habis phD 3 thn!!! walau rasanya cam mustahil tapi aku kena cuba...sebab ada student dia boleh buat dlm 2y9m. power tuh!!!

actually kat sini pelik sket cara tulis tesis banding m'sia. literature review tu termasuk smeua, intro + theory. aku kena submit 5000 words tapi aku hanay submit dulu 2500 words. itu 2 bulan lepas. konon nak tunggu komen ke apa, nampkanya x leh harap, dia baaaaaaanyak kerje so aku punye tu x priority sgt so dia pon baca last2 jek . sabo jelah. aku perlu tulis lagi dlm 10 pages. rangka dah ada sket2 cuma isi nyer dok tangguh2 sebba aku dok prepare utk first year report tu. dok focus on results and discussion. itu paaaaaling penting. sealing process tu aku x mahir2 lagi. awat le lembab benor . ish bila nak buat jek mesti ketaq semacam. bila api tu kuar jek aku mesti seriau , panic x tentu hala. hari tu glass tube tu dah pecah sebab aku hanya focus api tu pada one area jek. susah la procedure nye sebab sebelah tgn nak pegang tube sebelah lagi pegang torch (dah le agak berat gak). lenguh sungguh. camne nih. esok aku minta sorang lecturer tu ajar plak. ni kira cikgu aku yg ke3 utk ajar equipment ni jek. sbelum ni nicola, pastu nacho esok, Dr betancourt plak. aku x kira depa nak kata aku lombab ke, ngok ngek ke apa, yang penting aku nak belajar alat tu dan next time aku boleh guna dengan penuh keberanian dan semanagt waja. yang aku geram tu, org ni ajar lain, kang esok dia ajar lain plak. itu yg confuse tuh. inilah cabaran aku utk amik bidang ni. bila habis lab, tgn itam jek. lab coat tu kalau rendam dlm kolam mau mati ikan2. ahhh fizikal dan mental teruji sungguh. rasa macam kerje kilang besi jek. mm, one day aku tunjuk alat tu, nampka simple tapi remeh. deal sampai 3 gas, prophane, argon dan oxygen. bila deal ngan gas, tu yang aku takut sekali. fail sungguh!!!

ini pon 'berani' nak buat post sebba supervisor kata x jadi meeting, tu yg lepas tension ni......

ok, last week kami sangat busy, sabtu, shopping kat tj hugh (berdua2an), then strawberries picking, then karnival, pastu class ngaji....ahad plak, pergi carboot (berdua2an gak sebab kejut anak2 semua x nak bangun, kepenatan) pastu kami ke rother valley picnic plak...fuhhh isnin, aku teman husna ke trip sekolah dia. full sungguh jadual ..

InsyaAllah, kmai akan ke scotts akhir ogos ni sebba hubby dpt cuti bergaji penuh (maklumle kerje gomen, ngan city council). actually dia dpt 4 mingu cuti bergaji sebab sekolah cuti. dia cleaner kat sekolah. tapi byk accomodation penuh, maklumlah last minute, pastu harge giler2 sebab peak season. so kami plan tidur umah kawan2 yg kami kenal jelah. save budget sket kan. sambil2 tu dok tgk2 gakkot2 ade moel yg murah. lagipon sebagai melepas tension aku yang akan submit report mid ogos..kira trip ke scotts ni ala2 pra celebration kami utk 6th anniversary nanti....i'm thinking for another place to go after this.

gambar di atas di edit guna paint jek sebab tension selepas tunggu supervisor x dtg2. dah lama kami x bergambar kepit2 camtu....

Friday, July 06, 2007

terduduk keletihan

penat sungguh....berdiri lebih sejam utk seal sample..
jum lihat gambo husna kecik2...Lepas bersalin dia, aku lebih kurus dari sebelum kawin. dan buat pertama kali wieght aku sama nagn hubby...ehheeh hubby aku ntah bila nak gemuk maintain jek



baby Husna Naqeebah

Wednesday, July 04, 2007

I look I see

Didik anak...

saja nak sambung dari blog hubby. hubby ni sebenonya ntah baper byk blog da. latest blog pon ntah baper kali tukar nama.mmm, x firm sungguh.ehehehh ni yang latest. harap2 x tukar lagi

Ah, if u have PhD in parenting or in child education/psicology or what ever sewaktu dengannya pun once u face the REAL life, mmm susah nak apply. after being a mother for more than 4 years i realize , tidak semudah yang di sangka. Bacalah buku byk mana, reverse psicology ke, atu bku2 tarbiyyah aulad ,atau buku karya abdullah nasih ulwan, pergilah byk kali seminar atau ceramah pon....tidak dpt membantu sangat kalau kita tidak bersungguh2 dan MUJAHADAH utk menterjemah dlm hidup kita. Aku bercakap ni sebab based on my own experience. Maklumlah, masa dengar ceramah rasa semangat sungguh nak jadi ibu mithali tapi bila dah stress dan penat, emosi x stabil, hilang dah ilmu2 tu semua. Ya Allah lemah sungguh iman aku nih....

Tarbiyyah pastinya berbeza setiap individu. Ada orang suka memewah2kan anak sebab mereka dulu x dpt rasa mewah. apa saja yang difikir terbaik pasti akan di beri walau semahal mana. Ada orang lebih suka anak2 di 'besar'kan oleh orang lain termasuk maid. apa saja, tidur pon ngan maid, makan apatah lagi maid yang suap, hampir segalanya. Ini semua akan membentuk peribadi anak2...

Bagaimana dengan aku???? mmm, aku bukan kategori kaya jadi aku x mampulah nak beli yang mahal2, sekali sekala jelah, itupun bergantung pada apa bende nye. contoh buku2. Biar mereka jadi pencinta ilmu. Even di Uk ni aku suka membiar anak2 aku bergelumang dgn buku biar pun mereka x reti baca sgt. Buku everywhere kat umah aku. malah aku akan bawak mereka ke usrah atau majlis ilmu juga. at least dia dpt exposure awal. dan aku juga x nak anak aku fikir semua yang dia nak, dia akan dapat. espsially kalau ke kedai aku lebih strong dari hubby, aku biar je anak aku nak nagis ke raung ke kalau dia nak junk food yang ntah apa2, lama2 dia tau itu x berkesan, heheheheh. bila anak aku nak minta apa2 yang aku x mampu dan x boleh bagi aku akan cakap " anagh, x semua yang kita nak kita dapat tau"..may be cara aku nampak matured sket tapi aku suka layan anak aku macam tu. aku x suka ckp "baby talk" ngan anak2. nak "mamam" (makan), nak nenen (nak susu), nak le le (gula2). ooo tidak , biar lah mereka cakap bahasa mereka bukan kita.


Bagaimana dengan agama?camner nak ajar ttg iman islam dah ihsan? bab ni sangat sukar tapi ini amat penting . aku bukanlah contoh ibu yang baik dari sudut ni tapi sedang berusaha ke arah tu. Bila husna sakit like gatal2, pedih, atau sewaktu denagnnya aku selalu kata (selepas sapu ubat) , kalau sakit sebut "Ya Allah , Ya Allah" nanti Allah bantu cepat kan baik...Aku juga selalu buat doa sama2 "Ya Allah sembuhkan sakit along..Ya Allah sembuhkan sakit angah"...mereka happy dengan cara nih. aku sungguh x sangka husna apply mende ni, satu ketika aku dengar dia sebut Ya Allah, Ya Allah.... sejuk perut ibu mengandung (org tua kata)

Sungguh seronok bila satu ketika aku dlm toilet terdengar conversation between anagn and along. ntah mana angah belajar cam sembur2 air liur, kena muka along. lalu along cakap "angah x baik buat camni, nanti Allah marah"...aku tak ingat bila aku ajar ayat tu tapi x sangka dia dah boleh apply....malah kalau adik2 dia buat perangai sellau dia akan kata gitu.


Bila anak2 aku buat 'hal' aku akan kata "kalau dengar cakap ummi, nanti masuk jannah" atau aku akan kata " Kalau good girl nanti masuk jannah" . Ayat ni byk berkesan (tapi adakala x berkesan juga, heheh) bila mereka meragam. Pesanan normal aku kalau ke mana2 "ingat! ummi kata kena apa? along jawab" berakhlak mulia...."
aku rasa sangat bagus kalau kita dpt introduce ayat yang bersifat mahmudah like sabar, dan mohon maaf.

Even angah since 2y aku dah ajar kalau buat salah dia kena minta maaf dan salam ummi. let say ade la dia buat hal , dan nangis beria2 (angah ni sukar di handle bila raung2) tapi bila dah reda aku akan cakap, cepat minta maaf...lantas segera dia hulur tangan dan cium tgn ummi dia. tapi aku sukar nak explain ngan dia compared tu along. kalau dia buat salah dgn kita, let say cubit dia. after nagis2 dia akan minta maaf then aku akan tanye balik. " along tau tak along salah apa? once dia boleh explain, itu tunjukkan dia learn something hari tuh. Jangan pelik, memang aku cakap nagn anak2 macam cakap ngan student aku. sebab itu adakala husna bercakap x macam usia dia. vocab dia lebih banyak. apapun kita kena tunjuk contoh. x salah kita minta maaf nagn anak. aku selalu minta maaf nagn mereka contoh after aku marah or tinggi suara. atau lepas pukul (read: pukul mendidik bukan pukul dera). selalu rasa bersalah sebenarnya lepas pukul. aku akan kata "ummi pukul sebab ummi sayang, bukan ummi x suka along/angah". kadang tu lepasukul kita lak yg nangis.


Bagus utk kita introduce seawal mungkin like ucapan salaam, sebab kat sini budak 2 melayu ketuk rumah sebut hello, jumpa orang sebut hello. Malah bila tgk something yang best ajar mereka sebut Subhanallah, masa tu terus cakap ini smeua Allah yang buat.

kadang2 kita x sedar yang perbualan harian kita nagn mereka melekat di jiwa mereka. Aku cukup takut kalau ada word yang x elok , maklumlah bila dah marah kan, mereka akan copy paste plak apa kita cakap.

lagi satu bab hantu. parent suka takut anak2 nagn monster, ghost etc. bila anak2 aku cakap pasal hantu aku akan cakap, bukan hantu, syaitan.... heehehe

Monday, July 02, 2007

tudung o tudung

hari ni tetiba si nacho (mexican) bertanye tentang apa yang muslim women pakai kalau ke beach. lantas aku tunjukkan gambar dari 2 web burqini dan satu lagi swimwear. dah lama aku simpan web ni sebab teringin nak beli. Ini betul2 merubah persepsi mereka selama ini.

bercerita bab tudung mengungkap banyak sejarah peribadi aku sendiri. pertama nak citer berkenaan tudung dan aurat. ramai org bertudung tetapi tidak tutup aurat. peliknya byk pesepsi dibuat, pakai tudung sudah di kira menutup aurat. sebab itu byk sekali kita lihat ramai muslimah memakai tudung tetapi kain belah hingga ke peha (ni biasa bila pakai kebaya ) , baju lengan pendek yang sendat, malah aku penah lihat yang pakai tudung tetapi pakai jeans hanya sampai lutut!!!ini apa citer ni?????? Moga Allah beri hidayah..

Satu lagi yang buat aku agak hangin bila melihat gambar ini dan komen yang diberikan. Boleh rujuk citer lanjut di sini.
Tak faham hingga kini.



‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya

Ini masalahnya bila artis buat camni ramai la plak nanti buat gitu...

Islam agama yang mudah tetapi tidak memudah2kan sesuka hati. aku teringat satukes yang sangat terkesan di sanubari aku. kejadian ini berlaku masa aku belajar di sains selangor. dari sekolah agama ke situ merupakan satu cabaran yang sangat hebat. bayangkan aku x pernah tengok pompuan pakai seluar pendek tapi di situ aku di sajikan dengan aksi2 itu. Depa pakai seluar pendek kat asrama je tapi kat luar pakai tudung. Fuhh masa mula2 sampai rasa nak balik!!!!!homesick giler... Kejadian bermula sewaktu hari sukan. kami form 4 kena la marching (betul ke eja ni). aku x tau yg masa hari sukan nanti smeua kena pakai tudung ikat belakang. last2 minute baru aku tau. gelabah yang amat. dengan cousin pon aku x tunjuk leher inikan pada hari sukan yang punye le ramai umat. ooo tidak!!!!!aku berjumpa kakak2 senior yang aku rasa islamic la sket. namun aku kesal dengan kenyataan yang diberikan"memang macam ni kat sekolah ni , kena gak pakai tudung ikat belakang, ala kejap je lepas perbarisan tu pakailah tudung balik"

Fuhh!!! jengkel sungguh aku. ramai tahu 'masalah' aku. ada yang bagi sokongan dan ada yang memujuk utk aku ikut jek 'budaya' sekolah tu. "kejap jek....lepas tu pakai balik" itulah alasan depa2 ni....

Hati aku sungguh tidak keruan. geram, sakit hati, sedih, takut...semua ada. aku x de kawan yang sanggup 'berjuang' mempertahankan aurat bukan hanya tudung. Siapa lagi kalau tidak Allah yang Maha Mengetahui. menjelang hari sukan, aku makin gelabah. setiap malam aku soalt hajat mohon Allah beri petunjuk. "Ya Allah, bantulah hambaMU yang lemah ini"

nak jadi cerita masa rehersal aku demam. (selamat aku!! tapi nanti??) kemudian dada aku mula sakit. cikgu bawa aku ke hospital. mmm masuk wad dan nama aku di kecualikan dari perbarisan!!! MasyaAllah!!!!! Alhamdulillah....Allah dah bantu aku...
Masa hari sukan aku dah pulih tapi aku tidak menyertai mana2 aktiviti pun. Tapi sedih tengok kawan yang terpaksa 'korban'kan leher utk tatapan umum....

tidak ramai sebenarnya muslimah yang benar2 bertahan untuk menjaga aurat. Ramai yang terpaksa 'korban' kan diri terutama sewatu kawin, bila sakit di hospital, dgn sedara mara like sepupu, ipar duai, atau even mandi2 di pantai.

mmm, takut juga ada yang kata begini
"i pon tutup aurat juga, x dedahkan rambut sebab i dah botak"

ehheheehheeh