Tuesday, May 29, 2007

my little angah!!

Dalam bath tub ketika nak nbasuhkan berak dia.
\ummi: angah, umi basuh berak angah, ni, nanti besar dengar cakap ummi ke
angah: ye, nanti angah besar angah basuh ummi lak
ummi: nanti angah besar nak jaga ummi ke
angah: (angguk) kalau ummi pakai pampers nanti angah basuhkan..
aku pon citer kat hubby, hubby terus tanye angah
hubby: betul ke besar angah nakbasuh ummi pakai pampers
angah: iye
hubby: entah2 bibik yang basuh
angah: tak, angah...

very cute and sweet anagh!!! angah ni sekali tantrum pening yang rabbi. nangis susah nak berenti. jenuh nak pujuk. tapi kalau mood dia baik, best giler, lagi2 kalau2 layan dia cakap....very friendly and talkative....manja yang amat. kalau start mengada, ampun....rasa nak hantar dia balik mesia jek. Tapi la ni makin besar, kureng sikit dah ngada tuh tapi masi ada....

Start last week, kami ajar husna dan hanis tidur asing. good starts indeed, tapi pagi2 kalau jaga, semua gi bilik ummi , semua nak tidur atas katil...along siap cakapn lagi, "ok sekarang siang je boleh tidur kat bilik mmi, mlm2 tidur bilik along...girl bilik girl ok, habil boy tidur nagn ummi...." amboi bukan main dia...aku nak dia tidur bilik yg agak besar sikit sebab dua orangkan. tapi depa nak jugak bilikkecik as their room, lantakla, asal depa sukahati, cuma sempit la..

Hubbby palk, siap ajar, "kalau nak masuk bilik ummi n babah kena ketuk pintu dulu ok." mmm, budak umur 3 n4 tahun bukan nyer reti.....tunggulah depa besq sikit...

Friday, May 25, 2007

keluarga, kerjaya dan jamaah....

Fuhh, over rajin nampka update bloq, hang x de keje ke? kata busy?? heeh tula, lepas antar assignemt kurang le busy sket, pastu lak patutnya ada meeting. haritu supervisor call dok taney tarikh miting. aku kata result x siap lagi. memang la. punye la byk dia suruh buat. x logik la nak siap 2 minggu. dia kata kalau dah siap bagiatu tehn boleh buat miting. hureeeee, x dela aku nak rush sgt, tapi keje masih buat jugak. masih lambat balik gak. takut by the time dia mintak harap2 siap lah...dia suruh ukur thickness sample, i hate this job, please... asik broken je smaple. tau jelah sample PMs(permannet magnets)nikan very brittle. aku cam surrender nakbuat. thickness dah la senipis kulit bawang. pastu dia suruh aku seal + anneal sample. aku x reti jadi kena mimtak senior ajar. susah tu, nakkena pakai api2 lak nak seal dlm glass. ish, complicated lak tu. lab coat jgn citer la, cam belacan. bidang aku ni x leh pakai lawa2, kang kena manjat, gergaji sample, mcm kerje kilang besi laks. dia plak busy kena ikut time dia (senior tu la) la. lepas anneal dia suruh measure balik hysteresis. tu satu hal lagi. nak mesure hysteresis tu berchenta rasa. perlu spend time sebulan tu. pastu ada series Ta (tantalum) , 21 sample utk buat hysteris lagi. wei, bior benar ni. confirm x siap walau dia bagi sebulan, walau aku stay kul 10 malam hari2 pon belum tentu siap. camner ni....aku kena be be honest la nagn supervisor aku. boelh buat meeting tapi result yang mana ada dulu la. ni aku rasa macam dah nak final year plak. writting + lab. rasanya dah boleh produce 1 paper nih....chewah, ye le tuh, harap2 dengan cara ni dapat le aku siap cepat. nakbalik mesia...rindu satay samuri, ikan patin, roti bom hasan cafe, cendul klang........bila bunyi tepon kat lab rasa seriau, takut dia yang call...aku tgk budak fisrt year lain cam relax jek, aku la terkejar2 buat kerje...tak pe tak pe....nanti aku final year, relax sket kot..harap2 le...

eh, ni dah jauh dari topik ni....pasal tajuk entry kali ni. aku pernah buat usrah gabuangn tajuk ni masa aku jadi ketua helwa serdang. sepaker nya adalah kak Nor atau Prof. madya Dr. nor zuraida.) seoarang akat psikitrist dari PPUM yang juga exco abim selangor. ramai orang boleh berkeluarga dan berkerjaya tapi blom tentu boleh berjamaah. kenapa perlu berjamaah????? haa itu kena buat entry khas tu..

Di UK ni, alhamdulillah, dengan mengususng anak 3 org tu kami sempat berusrah dan program di stanford, nottingham, hull, coventry. Deangan wadah yang sama, MISG ABIM UK Eire (click sini tgk web site) .Di malaysia juga kami sekeluarga juga terlibat dengan abim selangor (click web abim) . jadi sebagai penerusan kami di sini pon terlibat dlm usaha2 dakwah to li'la' kalimatillah

Bukan mudah sebenarnya, kena iltizam dan mujahadah bila kita dah menggabungkan diri kita dalam jamaah. BUku maza ya'ni liintimail islam (apa ertinya saya memeluk islam) karya ustaz fathi yakan adalah buku yang terbaik setakat bagi yang nak tau kenapa perlu jamaah. buku ini aku baca sejak sekolah lagi dan dijadikan bahan usrah. hingga aku beranak pinak aku masih lagi membaca buku itu entah kali keberapa. sungguh tajam pemikiran ilmu ustaz fathi yang berasal dari syiria , antara orang kuat ikhwanul muslimin.

Berbalik kepada tajuk. Dulu masa aku blom kawin aku cukup takut kalau aku futur. Futur punye makna yang luas.jangan salah faham bukan kufur, itu makna lain dah. bukan sekadar berhenti dari jln dakwah tetapi kalau dah rasa malas2 nak pergi usrah pun dah boleh masuk kategori futur. kena muahasabh sebab aku selalu rasa cam nak futur jek. ialah, bila dah beranak pinak, komitmen dah terbagi2. susah betul, berat je rasa nak gi usrah tuh...Alhamdulillah, dengan izin Allah aku bertemu jodoh dengan orang yang mempunyai inspirasi dan aspirasi yang sama dengan aku. punya wahdatul fikr dan wahdatul a'mal. mudah sikit tugas aku. Jodoh kami betul2 magic and fantastic. tanpa perlu bercinta lama2, dan tanpa perlu gossip2. tup2 kawan dengo citer kami bertunang dan kemudian kawin.

Mmepunyai husband yang memahami sangat penting. tak kira dia terlibat jamaah atau tidak. sebagai isteri, kita kena faham , lelaki tetap lelaki. walau dia atau kita aktif jamaah pon, dia masih nak kita layan dia jugak, nak makanan kita masakkan. aku punye maid sewaktu lahir hanis. tetapi bab makan aku akan sediakan sendiri. aku akan masak sebab hubby aku lebih suka begitu. Time managemnet sanagt penting. sebab kita membuat extra duty. may be orang lain bersukaria pergi shopping, tgk wayang, santai2 an hujung minggu. tapi kami sekeluarga berperang minda dan ilmu di tamrin atau usrah. kadang kal letih juga tetapi lebih baik letih berilmu dari letih duduk umah tgk tv yang x abis2 cerita. tapi bukan bermakna kami x jalan2 atau shopping tau rehlah. KAmi buat itu smua bila x de program. jadi kena la pandai. sebab itu aku suka bawak anak2 ikut seklai berprogram. aku nak dedahkan mereka , ini lah kawan2 ummi dan babah, inilah 'kerja' ummi dan babah yang akan disambung oleh kamu2 semua. memdidik anak2 x semestinya di rumah dan berkepit dengan mereka saje. Husna seawal 2 bulan setengah telah ku bawak ke tamrin Qiadi di morib. may be ada orang kata boleh ke focus bertamrin dengan bawak anak tu. jawabnye Boleh!!! just kadang2 dia nagis2 sikit tu biasalah. kena bijak la. alah bisa tegal biasa. InsyaAllah, ramai adik2 brotehrs dan sisters yang tolong jagakan. tu yang seronok tu. ukhuwwah terjalin erat disitu. ehhh jap nak gi tgk sample, sat gi sambung...

ok, sambung balik, tgh run sample tungge le lagi 1 jam. ada plak sorang lecturer dari china ni jenguk2 apa aku buat ni. dia mintak plak alamat url blog+ fotopage aku nak tgk2. ehheheh dia buat reseacrh attchment kat sini. very friendly orang nyer....

sambung citer. teringat masa tamrin tu. selalunya jadual waktu tamrin dan content sgt padat. tapi kali ni tetiba depa buat malam persembahan gitu. jadi ada 2 group minta izin utk guna husna sebagai pelakon dlm drama diaorang. hehehe sronok tgk hunsa 2 1/2 bulan di kendong utk berlakon smaa. menang plak tuh..

Teringat gak baiknya husna, kalau aku kena bagi cerama, masa dia baby, baring je dlm bakul. kalau adik2 ppkpim ajak aku bagi pengisian syaratnye tolong jaga anak aku sekali. depa ok jek. bila meeting yang serius cam syura ke, adik pkpim nilah tolong jaga, bawak si husna merata alam. maklumlah masa tu x de maid. jadi x boleh tinggal. kena usung. x de pilihan. Husna memnag membesar dengan dlm usrah. bila buat halaqah usrah, dia kan duduk tgh2 dan main ikut suka dia , x kacau orang. senang betul bawak dia. agaknya dia paham...

Hanis plak, seawal 40 hari sudah di bawa ke induksi exco, tapi kali ni aku dah ada maid. bawak sekali dia lah. habil plak, aku x iangta tapi awal juga aku dah bawak dia gi usrah. Cuma nye bila anak dah 3 aku terpaka buat giliran. tapi susah jugak, ada yg jeles. tengok program la. kadang tu aku angkut jelah semua. habis citer....anak2 aku kadang2 ok , kadang2 x ok masa program. ikut mood la. kena byk sabar tapi laam2 depa dah biasa. macam kami di UK ni, depa ni memnag suka nagn abg (budak undergrad) yang rajin melayan depa waktu program. itu yang anak2 aku n i mesra rakyat. dengan sapa pon x kisah.

Entry sekadar bagi motivasi utk diri sendiri jek. aku paham ada keterbatasan masing2. cumanya KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. buat mana yang mampu. cuma janagn terlalu creat pelbagai alasan untuk tidak terlibat sebab bila dah selalu beralasan, makinlama Allah bagi jauh dan jauh....bukan menuding jari pada sesapa, cumanya muhasabah diri aku jugak yang ngelat jugak. hehehehehe kalau ada azam, InsyaAllah, sebenarnya x seteruk mana2, dan tak sesusah mana. Percayalah, Hidup berjamaah ini penuh keberkatan. ikut kapasiti masing2. x perlu semua nak jadi ketua, kang sapa lak nak jadi follower. dan jgn la asik nak jadi follower je sepanjang zaman, kena lah juga cuba jadi leader. Cumanya bila kita pegang amanah , tanggungjawab lebih besar. bila tanggungjawab lebih besar, kita akan jadi lebih matang untuk uruskan diri dan keluarga. Ujian hebat akan datang. itu pasti. cumanya sejauh mana kita nak tangani...itu perlu mujahadah...

Aku bukan la syadid seperti orang lain, cumanya aku cuba untuk jadi yang terbaik seboleh mungkin. aku kagum kakak2 dan abang2 yang terus istiqamah walaupun dihujung usia, walau pelbagai mehnah melanda, tribulasi danmacam2. aku ni adeh, apa la sangat. kagum pada usaha dakwah Dr Mohd Manuty (ex lect uia), ustaz halim muhammady (lect UKM) cikgu sidek (lect uia), ustaz sidek fadhil (lect ukm), ustaz ni;mat (al marhum), ustaz fadhil nor (almarhum, pemangku presiden abim sewaktu anwar di penjara) dan ramai sangat lagi termasuk helwa, kak no sendiri, walau doktor yang kenkadang on call, jarang miss usrah, kak adib ( anak 6 ) masih setia,kak mas (lect upsi lani) dok susung anak jugak,, dll....rindu mendengan butiran ilmu dari mulut kalian!!!!!!!!!

amboi , panjang bebenor, minggu ni jelah next week aku akan busy, jadi ni pulun abis2 memblog...kalau rasa nak baca , bacalah...blog ni byknye guna sebagai tpt utk aku ngomel jek...

ahad ni aku umur 29 tahun....takutnya nak cecah nombor 3 tuh...Doakan terus kuat dan tabah....

kelahiran anak sulung...

Wah lega yang amat, Alhamdulillah, 6 in 1 assignment sudah pon dihantar. harap2 x kena pulang balik. harap2 lulus lah. ini merupakan subject RTP (reseacrh Training program) . di sheefield ni utk grad kena amik 45 credit. subject ni 10 credit. jenuh gakla menyiapkan assignment ni...maklumlah lama dah tak buat assignment, asik suruh student buat je selama ni...

ytgh tunggu sample nih..aku masih belum cerita pasal kelahiran husna yang sangat2 ditunggu2. kami kahwin hampir setahun tapi blom ada tanda akan berbadan dua. dah tension sangat orang ask dok tanye jek. Satu ketika aku begitu hampa, aku siap boleh pergi pusat kesihatan nagdu nagn Dr ezra. Dia actually from india tapi lama dah duduk mesia. Aku suka ngan dia, even family kalau skait request nak nagn dia. dia kata mungkin aku "berat" . So dia kata dia nak aku exercise. dia amik berat aku dan kaat lagi 3 bulan kalau x pregnant dtg lagi. haa, lepas tu aku dok pulun raound satu upm bila habis office hour. siap bawak baju lagi. kadang tu siap naik tanggga turun tangga fakulti nak bagi turun berat. hasilnya seminggu turun banyak gak. tak lama lepa stu aku demam . tak terfikir le apa2. tapi lain macam. aku stop exercise. takut kot2la masatu aku peknen ke. dah x larat nak buat UPT. hubby pulak rajin dok solat hajat, moga kami ada rezeki untuktimang cahaya mata... satu malm aku mimpi. ada nurse tu cakap akt aku, patutla awak demam, awak pregnant! aku terus terjaga. kebetulan masih ada satu UPT kit simpan. aku terus cuba. Subhanalllah!!! positif!!! aku kejut kat hubby tidur, dia terus melompat masuk toilet nak tgk hasil test tu. yes 2 line!!!. dan pagi tu seperti biasa kami solat jamaah subuh bersama2 tetapi doa kami pagi tu sungguh syahdu.air mata kesyukuran tidak dpt ditahan2 lagi... syukur yang amat.!! Pagi tu hubby dok tepon ofis dia kata masuk lambat nak gi klinik. Aku terus gi PK (pusat kesihatan UPM. Dr ezra xde. jadi jumpa dr fauziah. dia ni pon dr favourite aku. aku byk tanye dia masalah peribadi aku. yang berkaitan kesiahatnlah. bila result kuar kata yes, betul positif. tanpa segan silu, kami berpelukan depan kauter tu. fuhh, rasa nak bagitau satu dunia. budak yang buat test tu senyum2 jek. ehhehe dan lagi 3 minggu lagi fisrt anniversary....inilah hadiah anniversary terhebat...

Hubby aku sangat gembira, bermula episod manja aku, heheh, hubby mula rajin buat kerja rumah. aku rasa bagaikan puteri chewah....berita mengandungnye aku tersebar la luas. alhamdulillah, kawan2 ucap tahniah...mak abah dan family mertua sangat gembira maklum, depa dok tunggu2 bila la nak dapat cucu pompuan. kira nye husna ni cucu pompuan pertama utk kedua2 pihak..

oklah, hari berganti hari.hari....fisrt time tgk husna ultra sound,masa dia 4+ bulan dia bergerak, subhanallah....aku rasa nak nagis terharu. tuhan je yang tahu perasaan aku waktu tu. hubby di sebelah pun sama. dia memegang tangan aku dan aku dpt rasakan dia sungguh bahagia...

Sepanjang pregnant husna aku bertungkus lumus siapkan thesis master. cuma masa awal2 pregnat aku asik nagntuk je. maklumlah hubby hantar ofis seawal kul 7. heheh aku siap sambung tidur kat ofis. pastu asik batuk aje. mas ablom tau aku pregnant punyelah aku byk makan ubat batuk. bila tau pregnant aku stop semua. Dr suruh aku minum air je byk2. jadinya aku asik terkencing2 je. tapi aku sungguh bersemangat siapkan thesis. due aku patutnya 6 mei. 5 mei thesis pun siap dan di hantar. aku dok ingat lagi. jenuh aku terkejar2 nak siapkan takut terberanak nanti tertangguh, nak mula bukan senang. tapi lepas 6 mei x de tanda2 nak bersalin. mertua aku dah datang dan berkampung dirumah. hai bila ni....rasa dah seminggu lewat, gi PPUM, Dr kata bagi 10 hari, kalau 16 mei tak bersalin kita induce. So dlm kepala aku, hai induce pon induce la....sampai 14 hb, x sakit lagi, mertua aku dah boring dudk umah, heheh15hb, lepas solat zohor jamaah nagn hubby, aku arsa dah tanda2 can nak bersalin ni. tapi x sure. maklumla anak sulung. akhirnya kami decide gi je hospital. tapi x rasa sakit pun. bila check baru 1 cm. aku kena duduk wad. hubby aku pulak tunggula kat luar wad tu. mak dia x bagi balik takut2 aku kang bersalin lak. sian dia tidur kat luar wad satu mlm....aduh..aku dok pulun lagi baca quran...kontraksi makin terasa. darah kuar dah. tapi aku soalt jugak. ada orang tegur. eh, naper solat,bukanke kuar darah. aku jawab, selagi x beranak, kita kena solat, pecah air ketuban pon masih kena solat. . cumanya kena cuci dulu la sebelum solat. kalau kuar waktu solat nak buat caner. tapi kewajipan solat masih ada. mlm tu aku tak boleh tidur tak keruan ras anya . bila Dr check masih 1 cm. fuhh. pukul 3.30 pagi, pop! air ketuban pecah, bila dr check masih 1 cm. huwaaa!!! bila nak bukak ni...rasa penat + sakit sgt. bila dah pagi. aku mintak cleaner panggil hubby aku kat luar. patutnya x leh masuk, sib baik nurse tu bagi hubby aku temankan aku. aku dapat lihat riak muka dia kesian tenguk aku dok pegang tepi katil tahan sakit. dia pun pegang tangan aku. Aku tepis. dia cuba nak picit2 pon aku tepis, sian dia. ntah aku rasa lagi skait laks. tehn kul 9 pagi, DR check...dah 3 cm, dia kata boleh masuk labour room, masa tu darah dah kuar byk dah...habis lantai.....aku dapat tengok muka hubby aku cam takut..aku lagila takut...

masuk labour room, nurse inject apa pon x tau. rasa ubat tahan sakit kot. pastu ras angantuk. kul 12.30 dah rasa gesa. dr suruh teran aku pon teran la..rasa cam lawan bola pon ada, nurse pelatih situ dok pegang aku, jerit ramai2, teran2...teran2....dah nampak kepala besar duit syiling...teran2...aku mengah dah x kuar jugak ni...Dr kata cepat nanti baby lemas. aku masih nagntuk...tapi bila Dr kata takut baby lemas, aku pon teran lagi...dah setenagh jam aku teran tak kuar jugak. fuhhh!! akhirnya tepat kjam 1.05 keluarlah Husna.......penatneyr yang amat... lepas Dr jahit semua. eeei aku rasa banyak koyak tu. bayangkan anak sulung 38 kg. Dr bagi aku minum dan aku pon tidur dengan lenanya. dah x inagt apa. bila jaga, nurse hulur baby utk disusukan. kekok la rasa. tapi aku cuba juga...Hubby+ keuarga tunggu diluar. maklumlah masuk labor room kul 9 dah kol 4 lebih aku x kuar lagi, manala depa tak risau. padahal aku dok tidur..kepenatan.......

Dr tanya apa nak bagi nama anak . aku kata Husna Naqeebah. Dr tu kata ooo, rajin usrah la ni...heheheehhe

Itulah dia citernye... dari khamis masuk wad isnin depan tu baru aku kuar sebba masa tua ku demam. Dr takut infection ke apa. Bermula episod aku sebagai seorang ibu....yang dipanggil ummi. tapi kanmasatu hubby aku dok gelar diri dia papa. tapi lepas 5-6 bulan dia tukar la plak ke babah, hinggalah sekarang....ooo very sweet mwmory...alamak tux citer bab mengidam lagi tu...kena buat entry lain...nak gi tengok sample ni..

Wednesday, May 23, 2007

Birthday husna

Husna lahir 16 mei 2003, hari guru tuh, kul 1.05 ( waktu org balik sekolah). kami sambut simple2 jek, menu pon sempoi jek, x larat nak masak2 , sibuk, spaghettie, mini pizza, aice cream. buat le jugak nasi impit+ rendang utk bagi rumah ke rumah. adalah dln 12 rumah di kawasan tu. cadangnye nak baut sendiri kek tu, dah beli bahan2, tup2 dia ternampak le kek monkey tuh. dah le nak plak....nak buat aku x reti.meh tengok gambo kat sini

Tuesday, May 22, 2007

letih yang meletihkan...

Ahh, lately ni balik lab lambat bukan lagi sekali sekali malah hampir setiap hari. sebenarnya aku juga tungkus lumus nak siapkan assigmnet pastutnya hantar jumaat lepas, tapi aku minta extend sampai jumaat ni. aku bagi alasan, supervisr aku blom return literature aku tuh.

sebenonya tika dan saat ini, aku nagntuk yg amat. mlm tadi tidor kul 2 pagi siapkan assignment, pon masih x siap lagi, tapi aku kagum sket, dlm2 aku rasa mcm x de idea, byk lak aku taip utk assignment. ni dok taip blog ni utk ilang ngantuk la ni...

khamis lepas...hubby dok Ym aku, dia tension kat umah, anak2 buat hal, husna pecah piring kat rumah tamu.hanis lak sepah2 kan mee dlm bilik tidur. Dia macam mengeluh tension. aku lak tgh bergelut kat lab. rasa sedih bersarang di hati. Tetiba teringat dialog nagan hubby

hubby: elly , abang rasa petang ni nak bawak anak2 gi park
aku; alamak bang, ummi sibuk la arini
huby: takpelah abang je bawak diaorang..
aku: sorry la bang, sibuk
hubby; tak per...
sian kat hubby tapi apa kan daya assignmnet kena antar esok nih...(masatu x tau boleh extend) tapu ntah naper tetiba baca email lecturer tu balas, aku terus kata nak extend 2-3 hari, dlm x sapai 1 mint dia balas email aku dan kata aku boelh hantar next week. fuhh. lega aku. aku tutup pC. pergi lab off semua equipment. lantakla, dah letih arini, . ahh, esok la sambung. aku perlu tenang diri, hubby dan anak2. aku tetiba teringat janji nak belikan payung utk anak2, harap2 bila aku beli payung ni peranagi depa ni berubah sket. mungkin sebab aku asik baliklambat ajek. pastu asik ank maarh jek, maklumlah bila penat anak2 nagda2 nak manja mula la naik angin kus kus. depa lak asik nak mengaruk je lately. pening aku. jenuh cari payung kecik x jumpa, last2 jumpa kat kedai 99p. heheh punyelah happy diaorang....bila beli payung terus call hubby
aku: bang, elly dah beli payng ni, rasanya sempat tak pergi park, barul 5 lebih ni
abang: tapi anak2 tidur ni
aku: klah

hati aku berbunga2 sebab dpt balik awal. dlm train terbayang muka anak2. lotihnya berdiri sepanjang tram. sampai dirumah anak2 dah bersiap2. tinggal tunggu ummi jek.husna pelik" ummi, kenapa ummi balik tak lambat arini?? . mmm, "ummi nak ajak gi park " Ok jom kita gi park. nanti aku upload gambo2. enjoy budak2 tu main segala mala di situ. kami saja x de org lain, heheheh. sila click di sini utk gambo...

esoknya jumaat,aku cakap siap2 kat hubby: sorryla bang hari ni kena ganti selamam balik awal. so hari ni kena balik lewat.fuh...kul 9.15 pm aku masih di tram station. geram betul awat lambat tram ni. di west street ni muda mudi dah mula membanjiri pub dan bar2. bunyi bisng dan gerombolan remanja pompuan berpakaian seksi jalan di tepi2 aku. ish depa ni sabo jelah. hati aku teringat rumah bila aku call hubby on the way balik dari ajar ngaji. sian hubby , ntah kali keberapa usung anak. malam mula menjelang. hati aku rasa takut plak. aku call hubby lagi. dia kata nak solat. aku cakpa. bang takutlah bang. aku sebenarnya x sampai hati nak suruh dia amik sebab baru jek dia balik. tapi hubby aku pon risua sebab dah mlm dia pon terus cakap akan amik aku kat tram station . fuhh lega aku. masuk kete aku terkejut tgk rambut hubby pendek
aku: eh, bila abang potong rambut?
hubby; tadi
aku: eh, pergi sekali dgn anak2
hubby : yelah, bawak semua
aku: tak mengaruk ke dlm kedai tu
hubby: abang dah bagi umpan
aku: ice cream??
hubby ye, habis je gunting rambut, ice cream pon habis..
aku: fuh!! siannya hubby kena usung semua!!!
Rasa bersalah makin menebal, samapi umah dah kol 10 pm....lepas anak2 tidur aku terus minta maaf nagn hubby. sorrylah bang, lambat sangat ummi balik ....x per...(itu lah ayat typical dia)....

Dan pada ketika itu barulah aku realize yang hubby aku x seperti org lain. yelah, bila mother's day beli bunga, valentine ke apa2 la, lagilah kat lab ni depa gi dinner ngan wife, tapi hubby aku tak pun. bila depa tanye hubby tak kasi bunga ke? aku kata; seklai jek dia bagi bunga, masa aku konvo master dulu, tapi aku pon bukan minat bunga sanat pon...hubby aku tunjukkan kasoh sayang dengan perbuatan dia. walaupun aku kata , bang hari ni mother's day. dia senyap jek. tapi pengorbanan dia benar2 menyentuh hati keisterian dan keibuan aku. tak perlu bunga atau cokelat ke, ke apa. hadiah yang dia beri itu lebih tertusuk di hati aku dan benar2 bermakna. Dia tak merungut pon aku balik lewat.Dan aku juga realize, aku telah membuat pilihan yang tepat menerima dia sebagai suami aku 6 tahun yang dulu......Terima kasih abang kerana banayk berkorban selama kita di sini... Love you very much...

Thursday, May 17, 2007

happy birth day husna Naqeebah

Husna Naqeebah lahir pada 1.15 tengahri, Jumaat, berat 3.8kg, dilahirkan secara normal di PPUM...

Sorry husna ummi x sempat nak story panjang, nanti ummi update, ummi busy la ni...


gambar husna masa kecik2 aku upload di sini..., muka sebijik cam habil



nanti aku citer lagi
la ni dia dah pon membesar. anak ummi sangat cantik...

Friday, May 11, 2007

Lagi dan lagi

nampaknye aku kena miting lagi 2 minggu. aku pon x paham. dulu hampir 3 bulan x de miting. supervisor kata dia sian tgk aku sebba x sihat. tapi bila aku dah Ok, dia punye pulun miting x abis2. Fuh baru aku puji dia hari tu kan? Bukan apa, bila miting dia nak tgk results. banyak lak tu. cam x logik lak 2 minggu boleh siap. oleh itu aku terpaksa lagi bertapa di lab. aku x suka bagi alasan kalau x sipa nanti. tapi aku arsa x berdaya kalau tiap2 mlm balik lewat. So, aku kena balik lagi kul 9+ mlm.....Mula2 kata nak miting sebulan seklai. la ni dia kata meeting 2 minggu sekali. EEii, kalau aku x de anak+ suami, aku balik kul 12.

Ni tgh tension , siapkan literature review yang x abis2. nak muntah rasa. next week kena hantar lak tu. adeh, lemah longlai rasa badan. mlm tadi balik umah kul ( lebih, tgk husna dah tidur. alamak, sian anak ummi x sempat jumpe ummi. Babah dah melepek penat jaga anak. aku paham sangat. anak aku 3 org tu kalau nagn babah dia manja semacam. teringat semlm dia dok YM aku bagi tau habil tetiba tanggal seluar dan nappy, terabut taik dia kat carpet. alamak, sian hubby aku kena cuci. mmm, Gitulah gayanya hidup aku di sini. entah bila la aku dpt duduk dan makan dengan bertenang. Baru nak pegang periuk, sorang merengek. baru nasi nak masuk mulut ada lak yang nak terkencing. sabar...itu jelah yang mampu aku kata. tu yang kul 11 mlm aku masih di dapor siapkan lauk utk esoknya. sebenarnya hubby aku boleh je masak tapi sianla plak, dahla kena jaga anak pagi sampai mlm, at least dah ada makanan, lega sket. Lagipon, aku lebih suka aku yang masak sebab akdang kala hubby aku masak x berapa nak kena. masak sayur campor taruk halia. hari tu aku kata masak sup daging sempoi , taruk air , letak daging+halia+bawang+sop bunjut+ pelaga sket. sekali sku balik dia dgn bangganya kata, gilah try rasa sop tu. aku rasa, YA Allah, pahitnyer, dia pergi letak pelaga punyelah byk, lagi byk dari ketul daging!! x perlah, aku malas nak komen, aku telan jek...tapi lately dia dah byk improve sket la masak2 tu. bagi aku dia dah amsak tu dah syukur amat dah.kang byk komen dia x nak masak lagi lak...heheheeh

Rasa bersalah lagi kat hubby. Dia kata x perlah buat kerje, balik lambat pon x per. anak2 jgn risau, dia uruskan. Fuhh mithali sungguh hubby aku nih. dia kata siapkan phD cepat2, dia nak balik M'sia cepat!!! sebab dia plak nak buat. Dah lama x tension study. Dulu masa undergrad, study seronok rasa ada geng. ni study sorang2.....

oklah , nak gi jenguk sample, dah siap kot.....

Saturday, May 05, 2007

meeting lagi

sejak minggu lepas aku sellau balik lambat utk prepare meeting next tuesday. 9 lebih baru sampai rumah. aku sebenarnya baru miting isnin haritu, tapi supervisor nak aku bagi data lain la plak. so sejak itu aku tungkus lumus nak siapkan, kena buat 50-60 graph. result yg aku dpt dari measurement kena di tukar ke unit lain la plak. very confusing sebab melibatkan byk calculation dan formula. maklumla aku nii baru merangkak2 dan memahamkan. supervisor ingat boleh dpt direct dari alat tu rupanya kena kira lain la plak. huhhh!
pestime aku balik lewat. 8.30 mlm masih menunggu tram. hati diruntun sayu. Bila naik tram dan bermenung, hati dan minda teringat anak2 di rumah. timbul rasa bersalah. lebih2 lagi pada hubby yang terpaksa mengusung mereka untuk mengajar ngaji. badan dan otak sangat penat. bila terpandang wajah anak2 rasa bersalah membuak2. habil memaut leher aku dan mencium aku lama. Hanis menenggek di riba memeluk dan mencium aku bertubi. husna pulak siap mintak lagi. Ummi, boleh tak along cium ummi?. mmm, hampir 12 jam aku tinggalkan anak2 dgn hubby. pasti hubby aku sangat penat. rasa bersalah makin bertambah bila ku jenguk dapur hubby sudah pon masak sambal sotong. Terima kasih sayang. sekurang2 nya ummi x perlu masak lagi. dan sejak aku busy balik mlm hubby lah yg masak. Aku sungguh terharu dgn pengorbanan dia. malah bila aku YM dgn dia mengatakan aku terpaksa balik lewat utk siapkan kerja2 dia OK saja. dia kata dia nak tolong buat kerje aku pon dia x reti. Tak pelah yang, dah tolong jaga anak dah seribu rahmat bagi aku. kawan2 di lab bersimpati dgn aku yang nampak kelam kabut membuat kerje. kadang tu samapi nak kencing pon dok tahan2. ehheheh. mmm, bila tgk anak2 tidur, aku rasa wajah mereka cukup comel sekali. bertuah aku melahirkan mereka, rasa hiba bersarang, sian anak ummi...sabarlah sayang, akan kita kejap bersama buah2 kemanisan itu...

Pada aku inilah lumrah belajar. dari aku final year lagi aku sudah biasa duduk lab sampai tgh mlm, apatah lagi masa aku buat master. itulah dunia aku. dah bidang aku kena duduk lab, nak buek caner. kadang jeles tgk org yang buat management, language, economics, sebab mereka boleh buat keje kat umah. kadang2 je ke U. tapi aku kena hari2. tapi salah aku jugak, awat aku minat sangat fizik dulu??

Tadi kawan mexico aku merungut wife dia tersilap bagi lunch box anak dia pada dia. aku kata makan ajelah, u beruntung your wife buat kan utk u tapi i kena buat sendiri. dia kata x pelah laily. sekejap je . seolah2 memujuk aku. Dia ni sellau kesian tgk aku yang beranak 3. sebab dia ank 1 pon dia rasa tension dah. Seorang lagi kawan dari spain, mash bujang dia ni sgt rajin , terkejut tgk aku masih buat kerja walau dah mlm, dia kata,kenapa u x buat kerje kat umah. i kata, kat umah i x boleh buat kerje. dia kata, x perlah laily, lepas ni u akan rasa kemanisan susah payah yang u lalui. mmm, pandai le depa ni berbicara. Tapi alhamdulillah, akwan2 di sini walau lain bangsa dan agama kami rasa seronok , berkongsi suka duka.

Satu lagi yang buat aku tambah terharu. Supervisor aku sendiri. Dia ni pada mula tidak percaya yang aku ada 3 anak. byk kali tanye, hampir setiap kali pertemuan dia tanye, betul ke anak u 3? ish, dia nih. satu hari dia dtg menjenguk aku di lab. saja 2 nak borak2. aku pon tunjuk gambo anak2 aku kat pc aku. then baru dia percaya. dia ni family man. sebab itu dia sgt memahami aku. dia kata anak dia pon productive mcm aku. cucu dia nak masuk 6. heheheeh. Dia sungguh ambik berat pasal kebajikan aku. Tulah Allah nak tolong. setengah org, urusan keluarga mudah, ada helper atau anak dah besar, tapi nagn supervisor problem plak. tapi aku alhamdulillah. kalau miting, tu dia mesti tanye anak2, suami, sihat ke semua. satu ketika dia tnye aku berapa lama aku kat lab. aku terus terang ckp aku sampai lbt, 10.30 baru sampai lab, tapi aku balik lambat. aku ckp hubby kerje pagi.pastu dia dok tanyela, kerje apa, baper jam, kat ner. mmm, lepas baru sambung balik isi miting yang sebenar. dia kata asalkan aku boleh managa time, x per. tiba2 dia nak decide miting seterusnya. dia tulis pukul 10 am. aku diam aje. dlm kepala dah pikir aku kena letak anak ku rumah org la sekejap ni. then masa nak abis miting tetiba lak dia tersedar.eh, bukan ke your husband kerje pagi. so kita lewat kan sikitla supaya u confortable. fuhhh, lega yang amat. terharu...baik nye dia. ada satu hari tu aku batuk2, dia kata pergila balik umah. jgn dtg selagi u x baik. mmm, baik2 jugak, tapi kerje kena siap. aku x nak gunakan alasan aku ada anak menyebabkan keje x siap. tapi menurut student dia, dia ni bagus, pergi conference dia akn tanggung family sekali. fuh!! tapi sanggup ke tanggung aku yg ada 3 anak???? aku kena start repo baik sket ngan dia ni....

Dulu aku sellau merungut2, pasal anak2. penat, nak layan karenah yg macam2. sunguh, kadang tu rasa nak hantar depa ni balik mesia jek. Tapi bila2 lama2 aku muhasabah. anak2 aku la penguat semangat aku belajar. masa aku buat master dulu pon gitu. sepajang pregnnat husna aku writting dan sungguh motivated sekali. aku submit thesis tu sehari sebelum due besalin. dan masa aku konvo, hanis telah pon 3 bulan dlm perut!!!dan aku sedar byk rezeki yang perolehi setelah anak2 aku lahir. walaupun pada mulanya sukar, berat rasa memikul tangguungjawab amanah Allah ini. ada rekod di sini yang anak 12!!! masih boleh belajar. aku setkat 3 apalah sgt kan?? cuma pada aku kalau anak 12 sekuarang2nya kakak2 dia atau abg dia boleh tolong jaga adik2 kecik. tapi kalau aku, si husna tu, huhhh,punggung dia pon kita masih basuhkan. sepende dia pon kita masih pakaikan. makan pon kadang bersuap.

Sebenonya masa aku tulis ni jam dah kol 12. aku baru lepas dok basuh ayam, basuh pinggan, siapkan initi popiah, nak blend cili esok kami akan coventry utk usrah. utk ilang rasa penat aku memnbloglah., haaa, lepas ni aku kena kemas baju2 yg nak di bawa. huwaaa!!! pukul baper aku nak tidur nih.....

Ahhh, esok rombongan che' kiah akan berbondong2 ke usrah..harap2 depa ni ni boleh behave le sikit di rumah orang.........