Monday, March 27, 2006

PhD ku....

entah le, 2 minggu lepas dapat offer letter dari sheffield. aku bukan apa, dari 2004 dah dpt offer study, york, bristol, soton, termasuk sheff, tapi disebabkan aku memilih utk jadi lecturer, terpaksalah aku lupakan hajat phD itu kerana kena service 1-3 thn dulu. ala, bukannye susah nak dpt tpt kat UK . asalkan ada financial support, dpt jek, walau result x seberapa. betul tak??la ni aku dah confirm jawatan, boleh le aku study. Aku berat gi bristol memandangkan supervisor kat situ beria sungguh dan berminat dengan ilmu yang aku ada. memandang aku kena reapply semua balik semua u yg aku dah dpt dulu, dah le tpt aku tu dah ada org amik, supervisor tu pon terpaksa serahkan aku pada orang lain. cam x best plak, pastu pikirkan cost of living kat situ tinggi. dah le aku anak 3.

aku hanya reapply sheffield jek. pastu cepat le dpt nye. kebetulan bidang material kat situ 5*, Ok kot. bidang aku pon ada kat situ. rumah pon agak murah. kira Oklah kot. kawan2 pon ramai dokat2 situ.

HIJRAH!!! semanagt itu yang aku tengah garapkan. kadang kala , hijrah tempat untuk menuntut ilmu itu penting, untuk memotivasikan diri. ehhehe, dah x larat belajar kat malaysia. chewah! bunyi cam eksen la plak. cukuplah, pengalaman aku buat master kat sini. cukup perit dan tragis. punye le lama samapi tesis aku pon dah rupa tesis phD. majoriti komiti aku suruh convert, aku dah x larat wei. dah rasa nak muntah tengok tesis tu. eeiii, bertahun2 buat master, dari blom kawin samapi semapt beranak pinak.

Yang penting, aku boleh belajar, tuntut ilmu yangbermanfaat untuk disumbnag kepada agama bangsa dan negara chewahh. yang penting untuk UMMAH.

Walaupun aku tau bukan mudah untuk menggapai kejayaan. aku telah memilih jalan ini sebagai pendidik. aku tak mahu menyerah kalah. aku kena teruskan perjuangan ini. kadang kala stress juga jadi lecturer ni. kena ngajar, bukan mudah. lecture nya 1 jam, tapi prepare lecture notes sampai 1 hari. kadang kala kena stay up malam2, hujung minggu kena dtg ofis. supervise student, meeting, kursus sana sini. hadapi karenah student yang pelik2. balik umah, karenah anak nan 3 itu. malam kang usrah la meeting la. usung le anak2 pergi. hujung minggu pon x macam cuti. bila le aku rasa nak rehat. kadang tu menguji kesabaran aku. kadang kala aku pikir, lagi senang jadi cleaner, deal nagn sampah, basuh toilet, dah. malam boleh tidur lena. esok kutip sampah lagi. hehehe tapi hubby kata jadi cleaner pon stress jugak. kang plstik sampah x cukup le, gaduh ngan cleaner lain sebab ada yang pakai sabun byk2 la. ntah macam2 (ini kisah tpt keje hubby aku le) . kena marah nagn boss, stress jugak. heheeh. kesimpulannya, semua kerje ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita kena jadi berbeza dengan org lain utk berjaya. stress ada di mana2.

Menjadi pendidik memang idaman aku sejak kecik lagi. bukan mudah nak didik jiwa supaya betul2 jadi MURABBI. aku selalu tekankan pada student kepentingan keberkatan ilmu. sebab aku ni bukannya pandai sgt, cuma entha, rezeki aku dpt kerje ni. kepuasan yang tidak terkira bila pelajar2 faham apa yang aku ajar. atau paling minimum pon, bila pelajar jumpa dan ucap terima kasih pon aku rasa satu kenikmatan. bila pelajar dtg denagn muka sodih dan pergi dari bilik aku dengan muka ceria, itupon satu keseronokan. walaupun kadang2 ada pelajar dtg dgn masalah yang ntah apa2, yang aku rasa malasnya nak layan, tapi aku gagahi jua, walau dlm hati, eeei, geramnyer. sapa yang tak geram. pegi class malas, test x dtg. asik nak merayu jek. sakit jiwa nye aku. susah nye nak ikhlaskan diri. kadang tu peliknye, pelajar aku ni ada yang masuk bilik aku cam x nak kuar jek. diaorang suka dengar aku membebel. katanye best. sabo jelah. Dan satu lagi, kita bukannya ajar fizik semata. aku pernah dlm kelas dok citer pasal budi bahasa ni. pastu bila aku pergi ATM, dah le que berjjela2. aku tgh sarat pregnnat . dan tiba2 ada seseorang pelawa aku kedepan. Ohhhhh, my student rupanya, terharunya aku....

Hai, dalam sedar tak sedar, dah 10 tahun aku di bumi UPM, sejak aku masuk sebagai pelajar matrik 1996. tak gitu Uda? peliknya, awat aku tak boring duduk UPM?? aku sendiri tiada jawapannya.......

Kalau ada rezeki teringinnya nak main snow, ehheeh . andai kata x de rezeki, pandai2lah aku memburu ilmu dibumi MALAYSIA nan tercinta ini, MAlaysia boleh!!!!

2 comments:

uDA said...

semua orang rezeki lain2 elly. tapi semuanya ada kebaikan untuk diri masing2. saya dulu pun teringin nak pegi sambung belajar oversea. tapi tak ada rezeki. skarnag kawin, ada 2 dah pun. tapi alhamdulillah. tak ada kurangnya pun kehidupan sekarang.

selamat pegi sambung study. bestnye leh dok oversea hehe. timba pengalaman tempat orang. memang ler..dok lama2 kat upm tu bleh muntah nanti. ekeke.. all the best to u..& your family. ada rezeki sok, bleh saya jalan2 gi sana pulak. hehe.

ummu_naqeebah said...

akie: wah, jumpe kita ek di alam cyber. ada rezeki InsyaAllah. ape aki pon kaki blogger?
uda: mmm, rezeki masing2. orang dok sibok kompul harta, saya kompol anak je lah, hehee
myworld: alamak, sapa ni ye, x kenal la plak, apapun, thanks atas nasihat. sebelum pergi lagi dah terbayang ranjau berduri kat oversea tuh.lagila dengan anak nan 3 itu. kita gi sana bukan nak melancong, nak belajar. of coz, x seindah di bayangkan. cuma inginkan perubahan, tukar angin jek, heheeh itupon kalau ada rezeki, kalau tak, rasanya x UK, UKM, kalau tak US, USM, heheeheh